Archive: September 2009


raye lagi


Maaf.Perkongsian kurang unsur ilmiah kali ini..walaupun kuliah da nak start.hoho.


19hb 9 2009

Kajang-->Rengit-->kota Tinggi

Pergh..arini aku dah buang no 1 kat depan umur aku dan gantikn dgn 2.semakin meninggalkan zaman sweet 17.

….dalam pukul 12 tghari aku ngn family balik ke kg ayah kat k.tinggi.hari ke 29 dalam Ramadan kareem.

Singgah sekejap di rengit.beli bende sikit pastu ke rumah maksu utk berbuka.hajat nak bermalam xjadi sbb atuk penyimpan mohor besar kata raya esok.

Jadi kami pun terus ke k tinggi dan sampai rumah nenek dalam pukul 11 malam.

Bertakbir dalam kete je la.


20hb 9 2009

Pagi raya aku,atok n ayah berjalan kaki ke sejid. exercise kate atok..

Dan pagi ni along xde ngn aku.sebab die xdapat cuti.make beraye la dia kat kuantan sorng2.xpa2..sok kami gi melawat.




kak mun dan dik mun


mok n aboh


cucu tersipu2..


21hb 9 2009

K tinggi-->kuantan

Ade yang kate orng selatan nak pi area2 timur pening sebab jalan pusing-pusing.tapi kalo yg belah timur nak ke belah barat atau selatan bosan sebab jalannya luruih memnjang.

Buktinya bila kami gerak dari sini ikut mersing nak ke kuantan..dua orng bdk telah mngeluarkn isi perutnye.muntah terbelahak.kak mun n dik mun..

Kat kuantan along bawak gi teluk cempedak.tapi sejibik cempedak pon aku xnmpak.

Malamnya hajat nak makan kat kedai2 ikan bakar xkesampaian dek kerana kedai yg x byak buka.kalo ade pon ramai sgt.hai~


Soknye kami pon balek.ke kg aku yg sebena..kajang le..heh.




langit kat kuantan..len skit kot


nk berjogging ke langit



pe kes ni..pemerintahn kuku besi ke


seghonok bebeno..



sekian merapu ringkas kali ini.wasslam.


p/s-selamat menyambut aidilfitri.kalau byk tersalah silap..byk lagi aku mntak maap.peace!










rusa dengan tanduk




Pada suatu hari,sang rusa minum menghilangkan hausnya di tepi sebuah tasik.tasik itu sungguh jernih dan bersih sekali.

sehinggakan bayangan tanduk sang rusa dapat dilihat.

"wah,cantiknya tandukku"

sang rusa tersenyum bangga.namun seketika kemudian,wajahnya muram pula.dilihat akan kakinya yg kurus dan tidak cantik.dianggapnya kaki tersebut menyebabkn dia rusa tidak kelihatan sempurna.

tanpa disedari,rupa-rupanya tingkah laku tersebut diperhatikan seekor anjing.tanpa membuang masa,si anjing meluru ingin menerkam sang rusa.

sang rusa yang perasan akan kehadiran si anjing pantas berlari ingin menyelamatkn diri.dengan menggunakan kakinya yg kuat itu,dia mngerahkn seluruh tenaga.

malang tidak berbau.tanduknya yg cantik itu tersangkut di celahan dahan-dahan pokok.lariannya terhenti dan si anjing terus mengigit sang rusa.membaham untuk dijadikan santapan.

sang rusa berasa sedih sekali.menyesal dengan sikapnya.tanduk yang dipuja-puja td menjadi penyebab dia dijadikan santapan si anjing.manakala kaki yang dihina pula yang berjasa.

tapi,apakan daya.nasi sudah menjadi bubur.

dan bilakah waktunya sang rusa menyesal??sudah tentu ketika semuanya sudah terlambat..ketika saat dia dibaham.dan penyesalan itu sudah tentu tiada gunanya.






tanduk punya pasal..


begitulah juga penghuni-penhuni neraka yang menyesal.

dan bilakah penyesalan itu berlaku?hanyalah ketika mereka sudah diazab.dan tentunya penyesalan tersebut tidak berguna.









p/s-kurang lebih seminggu di bulan ramadan.mudah-mudahan kita tidak terlambat untuk menyesal.

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunanMu untukku"







lu..sapa nama


Selesai solat zuhur,seorng ajk masjid aku kira,membuat satu pengumuman.katanya,seorng saudara baru telah selamat berhijrah.memeluk Islam.dan bantuan diperlukan dari segi kewangn utk membantu beliau membuat persiapan diri dan digunakan dalam pembelajarannya di kuala Terengganu.

Seronok.bila lihat ada saudara baru.umpama bayi yg baru lahir.tambah2 dalam bulan ramadan kareem ni.

Lalu kutipan dibuat.

Saudara tersebut dibenarkan duduk di beranda sebelah kiri masjid.dan sejadah dihamparkan dihadapannya,dimana wang sumbangan diletakkan.

Pada mulanya,dia duduk seorng diri.sekejap-sekejap beberape org lalu dihadapannya sambil mnghulurkn sumbangan.

Ade yg tidak enak pada pandangan aku.alangkah lebih baiknya jika ada antara kami yg menemani,duduk di sebelahnya.dan sebuah tabung disediakn utk mngumpulkn wang2 sumbangan tersebut.kerana wang2 tersebut nmpak terdedah dan tidak tersusun.

“assalamualaikum..”selanjur aku memberi salam sambil menghulurkn tgn bersalaman ktika menghampirinya.

Namun salam tidak berjawab.tidak apalah,mungkin x dengar.hanya senyuman yg berbalas.

“Nama sapa..?”nak test bole ckp melayu ke tidak.

“Muhammad said.baru semalam masuk Islam.Lu sapa nama”,tu dia..brader berbangsa cina ni pakai Lu plak.xkan aku nak bahasakan lu-gua.

“Muhammad..”,ringkas aku menjawab.dek kerana terbiasa bila org arab tanya nama aku.hazwan diorng xbiasa dengar.

anak cina mana tah

Borak punya borak,aku minta diri.sbb family dah tggu nak gi belanja kat kajang ni.

sebagai seorng insan..aku sayang padamu.err,ni laksamana sunan ckp kat sang ratu la.haha.xde la aku ckp kat dia.

Salam diberi utk pergi.tp tidak berjawab lg.xpe la,dia x tahu nak jawab kot.alhamdulillah,ramai juga yg sudah menghampiri said.

Ada bisikan ‘nakal’ kat telinga aku.betul ke dia ni betul-betul masuk Islam.

Cepat-cepat aku tepis.buang ke tepi.sangka buruk ni.haih..apa nak jadi.isi husnudzan byk2 dalam hati.istighfar.

Perlu la sangat2 bantu saudara2 baru.betapa perlunya mereka sokongn mental mahupun fizikal.terutamanya dari umat Islam sendiri.kalo x,sape lagi nak tolong.

at least,ade bukti bila disoal Allah kelak.sepertimana kisah si pipit dan nabi Ibrahim.hati dia mana kita nak baca.hanya doakan sentiasa mendapat bantuan dan tetap di jalan Allah.

Kerana tentunya dia akan menghadapi pelbagai halangan dan cubaan dalan usahanya.



p/s- kalaupun seseorng melakukan maksiat kpd Allah.mungkin dilakukan dalam keadaan jahil.bagaimana pula kita..yg melakukan maksiat bila mana kita sedar dan tahu.

Krisis diri..


ada video tuk dikongsi.(klik lg.he~)






merah bukan pink






Seperti hari-hari lepas,waktu2 di malam ramadhan diisi dgn solat terawih.dan seperti biasa juga nabilah,my ‘baby’ sis menunaikn solat isya,terawih dan witir sehinga selesai.pencapaian utk budak berumur 5 tahun ni agak mmbanggakan sehingga mndapat pujian makcik2 yg solat di sebelahnya.


Kalau nak dibandingkan dgn aku dulu..huh.hampeh.

Sampai dirumah semalam mulut nabilah ni bising2.nak buat keje sekolah katenye.

banyaknya keje sekola yg tadika PASTI assyakirin ni kasik. bajet bdk2 kecik camni komited nak selesaikn semuanye.

Hampir pukul 11 mlm.mama yang dari td tolong siapkn keje sekola nabilah akhirnya give up dan mengajak nabilah utk masuk tidur.

Tp ade satu lg keje sekola yg belum disiapkn.keje melukis dan mewarnakan bendera Malaysia.




Adus..demi memujuk adek sorang ni,mama suruh aku menghabiskan keje sekola tersebut.hm..layan je la mewarna sambil2 tgk kyle xy.

Eh..mane plak warna merah ni..tibai je la warne pink ni.same je kot.

Pink diambil utk mnggantikn merah pada jalur2 di bendera.mngharapkn nabilah tidak perasan.

siap!!


Hari ini,nabilah balek sekolah.dan bising2 bila bukak beg sekolahnya.

“angah,merdeka warna ape?”,Tanya nabilah.

’merdeka’ yg dimaksudkn adalah bendera Malaysia.

“warne ape ape?”aku bertanya tidak faham.

“merdeka warna merah.bukan warna pink.ni angah buat warne pink.kite punye je yg laen.”bilah mengadu kerana hasil kerjanya berbeza jika dibandingkan dgn rakan2nya yg lain.

Aih..bdk2 zaman sekarang ni.tipu siket pon tahu.haha.

bukan sengaja pon.dah warna merah xda.


gi sekola..jgn malas!

org sahur dia sahur.org buka dia buka.puasa??huh..


Tipu??adekah aku juga telah ditipu?ataupun kita sume.


Bukan ingin menjadi rakyat yg tidak bersyukur.

Cuma tidak rela menjadi rakyat yg ditipu.


Layan video dibawah.ade 4 bahagian.n the 3rd one is my feveret.jom belaja sejarah~

Sekian.toodles~


ade msalah nak dload pula.(sila la klik)