Archive: December 2009


nero zamum..ziarah dari rep. czech



'Nero zamum' means = I don't understand.(ni anip yang ajar.kalau salah boleh lah 'ajar' beliau)

18hb disember lepas, kami menerima kunjungan daripana Hanif Kamil Puad(ceh name penuh tu) dari Rep. Czech.

Anip ni satu dorm ngn aku kat K3 dulu. Sempat setahun je duduk sedorm sebab aku masuk sbpi Rawang pon masa form 4. Dia masa tu form 5.

Tapi kami xde masalah untuk saling membahan. Ntah la. Cambest je dia ni. Even ahli beit aku yang lain pon hairan sebab kami boleh rapat padahal dia batch atas. Kalo sekolah selalunya susah nak ngam sesama batch yang dekat-dekat kan. Ke camne?


kami tak mengumpat pasal sekolah.cerita lama sikit-sikit ja =)


Aku pun ajaklah makan-makan kat umah mase hari sabtu. Masaklah dari petang membawa ke malam. Adab dengan tetamu la konon-kononnya.Menu nasi kabsa ayam cilok kat tenet + daging masak kari + coleslow bujang. Biase-biase je la kot.

oi..makan2. Jangan tido!



Hm..pastu dia join kelas kami. Masa hari selasa,cam biasa ada kelas parasitology.

"Did you know that the class start at 8 AM ?!"
Tanya lecturer kepada kami dengan nada tegas T_T.

Mana taknya, dah kami masuk pukul 8.15. Memang cari nahas. Tambah-tambah dengan doc. yang strict macam haritu.

Kantoi pulak tersengguk sebarang dua. Malas aku nak kejut. Letih berjalan agaknya.
Bila kasi gula,mula-mula menolak.

"Takpe lah. Hang kasiklah kawan hang tu. Dia lagi berhak"sambil mengisyaratkan kepada seorang rakan yang lain. Tersengguk-sengguk juga.


xperasan memory hp tak cukup.terus tukar jd low quality pic.

But,it seems clear that he was enjoying our class.

Tergelak-gelak jugak bila dengar doc tu berceloteh. Doc mesir ni energetic. Katanya.


And then, finally sebelom anip balik kami buat makan-makan kat luar. Ada senior-senior cairo yang adjustkan untuk kami makan kat Ibnu Hamido.

First time makan kat sini. Ok la. Pandai diorng pilih tempat. Try makan seafood. Kalo kat czech nak makan seafood agak mahal.

Aktiviti merebut bil bayaran berlaku antara anip dan kami. Tapi beliau akhirnya tewas kerana masih tidak cekap menggunakan bahasa ammiyah mesir untuk membuat bayaran haha..



sepintarians in egypt(macam mesyuarat rumah kuning pulak.sayuti je rumah lain.hoho)




Aku ngn fahim.



Gambar kenang-kenangan kat depan Ibnu Hamido.Aku, Fahim, Acap,
Sayuti dan Hanip.(Ammu kat belakang memang spoiler habis.)




A gift from a far far away-friend


Kami bertukar-tukar buah tangan sebelum balik. tadaa!!
Dapat key chain Prague. Dan sudah digantung kat 'musafir insani' aku. (peta dunia tampal kat dinding)

Terima kasih banyak datang. Juga untuk buah tangan dari sana.
panjang umur jumpa lagi. Peace!


p/s-Bertemu dan berpisah kerana Allah.




A mountain into a dust




And when Moses came at the time and place appointed by Us, and his Lord spoke to him, he said: "O my Lord!Show me(yourself),that I may look upon You."

Allah said: "You cannot see Me,but look upon the mountain if it stands still in its place then you shall see Me." So when his Lord appeared to the mountain, He made it collapse to dust, and Moses fell down unconscious. Then when he recovered his senses he said: "Glory be to You, I turn to You in repentance and I am the first of the believers."

Al-A'raaf: 143
















mengharapkan agar setiap langkah di bumi Allah ini bukanlah yang sia-sia.
Berjalan sambil mentadabbur isi alam. Best2~

p/s-Rindu dingin angin di puncak Sinai. Ada rezeki insyaAllah ke sana lagi..






hari ni dah 1431H


hari khamis..

hari ni ade test microb.rupe-rupenya mid term 1 exam.markah besar.
mase jawab rasa cam bahgia je.rasa cam byk yang tahu,tapi rupanya lebih salah dari biasa.


panas exam.lebih salah daripada biasa.


nak rasa mnyesal sgt..tapi tak boleh.

Kenape??

sebab usaha aku taklah mumtaz spt markah cemerlang yg aku nak.
betul kata sahabat aku tu.

harapan lebih dari tindakan..T_T



nak ngadu kat mak jugak.mcm dinmat buat.

tapi baru teringat.semalam mama ngn ayah baru bertolak ke Madinah Munawwarah dari Makkah.Boleh juga diertikan sebagai hijrah kan.bezanya bukanlah secara sirr atau rahsia.

sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah lebih kurang 1431 tahun yang lalu.

(Alamak..lupa nak wish kat mereka)

dapat sambut Maal Hijrah di Madinah dimana tertegaknya daulah Islamiyah yang pertama.
hampir pula dengan Rasulullah.

tentu suatu kelainan dalam mengambil pengajaran dari kisah hijrah baginda.best2~




suke yg ni..


Salam maal hijrah 1431.Semoga sama-sama dapat berhijrah menjadi manusia yg lebih baik.(terutama selepas membaca borng muhasabah BPI tadi..lol)





our priceles breath






Berkata Luqman al-Hakim kepada anaknya..

Wahai anakku,
Jika engkau berasa ragu-ragu terhadap kematian,
Janganlah engkau tidur.


Kerana sebgaimana engkau tidur,
Begitulah keadaannya bila engkau mati.






Dan
Jika engkau ragu-ragu terhadap hari kebangkitan,
Maka
janganlah engkau jaga dari tidurmu.


Kerana sebagaimana engkau jaga dari tidurmu,
begitulah keadaannya apabila engkau
dibangkitkan dari kematianmu.


Bilamana setiap nafas umpama permata atau berlian yang tidak dapat dibeli dengan harta dunia,maka tentulah tinggi sekali nilainya.

dan pastinya kita tidak akan redha setiap helaan nafas kita digunakan untuk perkara yang tak bermanfaat kan..

"Mati itu pasti.Hidup insyaAllah.."(a quote from Sunan the legend)


p/s-byk membazir masa.teruk betul.




hulur


hari ini aku dipertontonkan dengan dua peristiwa.nampak sama tetapi sebenarnya berbeza..

ketika di dalam masjid,kelihatan seorang lelaki dewasa duduk sambil meluruskan kakinya kehadapan.ditemani sebatang tongkat.tangan dihulur kepada orang ramai meminta bantuan.

kasihan melihatnya.


maka seketika kemudian berlalu seorang pak cik dihadapannya lalu diberikan bantuan.

pelik..

sungguh pelik sekali kerana 'bantuan' yang cuba diberikan itu merupakan sekeping 3ish ataupun roti yang sudah dikoyak.barangkali roti yang sudah dimakan.

"oi..ambik balik roti ni"

Read more »


Qasidah al Muhammadiyah


video


nasyeed:Qasidah al Muhammadiyah
munsyeed:Ahbab Al Mustafa(Yaman)


p/s-mendamba redha Allah dan cinta Rasul-Nya..


mendekati ilmuan Islam-part 1



Mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya..

dengan erti kata lain,

mereka yang mengingati sejarah akan berpeluang mendapat ibrah ataupun pengajaran daripadanya.

Era kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu menjadi menjadi saksi.Islam diangkat..dijulang tinggi.Sempurna mencakupi segala aspek kehidupan menjadikan ia panduan terbaik bagi manusia,khalifah di muka bumi ini.

Kehebatan para ilmuan Islam tidak dapat dinafikan.Malahan menjadi rujukan dan panduan para ilmuan seantero dunia.

Tapi kini,kita sebenarnya ketinggalan.lihat sahaja dalam bidang ilmu.kita ketinggalan dalam banyak perkara.

memilih tokoh-tokoh ilmuan Islam sebagai idola adalah pilihan bijak dan lebih baik dibandingkan dengan "seniman-seniman" duniawi ketika ini.



Dengan mengenali tokoh-tokoh tersebut,diharapkan ia menjadi satu rujukan dalam meneruskan pengajian dan satu 'daya tolak' yang akan memacu kita lebih kehadapan dalam menuntu ilmu.

Maka,disini sy ingin berkongsi hasil kerja kami(berdua ngan payed) ketika di Intec dulu dalam subjek Pengenalan Perubatan Dan Islam(PPI).

Dikecilkan sedikit skop kepada ilmuan2 agung Islam dalam bidang perubatan.semoga perkongsian kecil ini banyak membantu.Wassalam.

Read more »


booster


suatu hari..

Tesebutlah kisah.Pada suatu hari yg indah ditemani angin sepoi-sepoi bahasa arab ammiyah..bebudak kaherah thn 3 tempah padang kat CAiro u.

lalu sepak mula dilakukan..



Read more »


jangan bunuh rama-rama


('Jangan bunuh rama-rama' for this entry is something of misnomer.because this entry don't have any relation wif 'killing of butterflies'..=)


Life cycle of the cute little butterfree.

semua maklum.kitar hidup seekor rama-rama kacak berperingkat.

from a single tiny egg that produce a caterpillar later on,its developed into pupa(or chrysalis) and then into a mature adult or amigo finally.

penciptaan yang amat menakjubkan.tanda kekuasaan Allah.
subhanallah..




Read more »


ngundi yok


salam alayk.
nak promote sikit untuk hari pengundian PERUBATAN 4hb ni.hehe..

jom buang undi ramai-ramai.semakin banyak borng pengundian diisi.semakin byk la keje ajk2 jpp.yay!

jom jom jom jom..jom ngundi2(eceh..dah mcm sureheboh plak)





Align Center




























p/s-jgn lupe ngundi ustak wea x_x.
the power is in your hands.peace!