Infaq dalam kerja sebarkan Islam




Post ini berkaitan dengan makhluk yang bergelar pelajar PERUBATAN di bumi mesir. Maaf kepada yang tidak berkaitan. Sekian.

Suka aku mulakan dengan memetik sepotong ayat Quran



وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan
Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka


كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ

seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat,
maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat.



فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai).
Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.


(Al-Baqarah; 265)

Seminar : Perubatan Islam

Seminar perubatan Islam akan diadakan masa PERUBATAN Winter Carnival. Antara tajuk pembentangan adalah:

* Definisi Perubatan Islam
* Sejarah Ketamadunan Perubatan Islam
* Perubatan Alternatif VS Perubatan Moden
* Sistem Pendidikan dan Hospital Islam yang Kita Mahukan
* Kronologi Kot Putih

Karnival ni antara program mega tahunan anjuran PERUBATAN dengan kos yang tinggi.

Memandangkan PERUBATAN bukanlah persatuan yang kaya, maka sokongan dari ahli-ahli persatuan melalui bantuan kewangan sangatlah diperlukan.





Ahli PERUBATAN sekarang lebih dari 3000!
Kalaulah seorang boleh derma sikit-sikit, lama-lama boleh jadi bukit wo..~

Jom menyumbang melalui Sistem Tajaan Ahli. Hulurkan tangan ringankan beban. Hubungi wakil-wakil yang telah dilantik.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

Moga dengan sedikit bantuan kita, ada ganjarannya di sisi Allah dalam usaha nak support kerja-kerja sebarkan Islam.

Wallahu a'alam.