Archive: January 2010


dragon walk




video

...

......

Apekah?

Mungkin nama serta fe'el parasit yang berbagai agak mencelarukan otak aku. (memerlukan susun atur maklumat yang baik.)

Video diatas tiada kaitan dengan Druncunculus Medinensis.

Hanya audio penaik semangat.Anyway, gaya asada memakai lab coat dengan melayangkannya ke udara sangat cool.

=p


Api Dan Air




Selesai solat,
seorang Pak Cik duduk
di tangga mimbar.
Berhadapan dengan
manusia-manusia lain.
Manusia yang tidak akan pernah
lepas dari melakukan dosa.

Katanya,
"Cinta dunia(
حب دنيا ) dan
cinta akhirat(
(حب الاخرة itu
tidak duduk sekali
dalam hati seorang manusia.


Ia umpama air dan api yang
tidak boleh bersekedudukan."



Sumber: Yahoo images

Maka kata-kata itu menyedarkan
manusia-manusia tersebut.
Ke arah manakah hati-hati kita lebih terdorong.
Cinta dunia atau akhirat.
Kerana kedua-duanya tidak mungkin bercampur.
Yang itu atau yang ini.



p/s-Jika kita kejar akhirat, InsyaAllah dapat kedua-dua akhirat dan dunia.Tapi bukan tugas mudah kan.



Bila kita shahid.A song from a cute+strong little kids.


Baru-baru ni, ada kesempatan ke sebuah kompleks membeli-belah sekitar Maadi. Kemudian masuk ke sebuah stationary. Dengan tujuan untuk membeli satu peta dunia.

Setelah membuat bayaran,aku agak terkejut sebab publisher untuk peta tersebut adalah dari Malaysia. Diterbitkan dengan izin Pengarah Pemetaan Negara Malaysia.(sampai ke mesir bende ni).

Dan terkejut lagi sebab perasan benda yang tak best pada peta tersebut. Bila perhati di kawasan negara belah asia barat, negara Palestin tiada. Sudah dipadamkan. Dan digantikan dengan suatu yang bukan negara iaitu tanah haram Israel.

Apa barang?

Salah satu propaganda Yahudi. Indoktrinasi kedalam fikiran umat Islam untuk melupakan Palestin dan mengakui Israel sebagai sebuah negara.

Apa yang aku boleh buat setakat ini?

Hanya mampu mengangkat pena, cuba menggantikan perkataan "Israel" dan digantikan dengan "Palestin"?




Setidak-tidaknya, kita boleh kembali boycott produk-produk Israel. Terutama bagi kita, yang semangat memboycott semakin menurun. Boleh start balek kot sikit-sikit.

Sila klik blog Ustz Salman Maskuri untuk maklumat tambahan pasal boycott.


........................................................................



Tinggalkan kamu dengan satu lagu yang cambest.

Dah selalu dengar lagu sedih, jom layan lagu semangat sikit.


video


Budak-budak ni comel sangat. Yang baca doa tu macam baby doll dah. Kanak-kanak disana tentunya lebih cepat matang dan dewasa kan.



Biar bittikh


Penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad SAW menjadi suatu titik baru dimana berakhirnya zaman jahiliyah dan digantikan dengan suatu yang sangat sempurna dan indah iaitu Islam.

maka disini ulama menggariskan 5 perkara yang dikaitkan dengan kehidupan jahiliyah:

Yang pertama:
Syirik menyekutukan Allah.

Yang kedua:
Meminum arak dijadikan kebanggaan.

Yang ketiga:
Perjudian dijadikan suatu amalan atau industri. Biasanya di lembah-lembah.

Yang keempat:
Kegiatan membuang anak terutama anak perempuan kerana dianggap menjatuhkan maruah
keluarga.

Yang kelima:
Sentiasa menolak kebenaran.

Sebagai tambahan, gambar-gambar dibawah boleh dijadikan rujukan kamu.


Puja kubur, bomoh senget. Ni suma sebab nak buat kerja haram macam berjudi.

(gambar hiasan)













Pakat ramai-ramai minum arak. Kes zaman la ni budak-budak kecik dah berani teguk. Ape cer?
















Tak sampainya hati tengok bayi kena buang camtu. Baby boy atau girl sama sahaja.
Ini bukan anak yang haram. Mak bapak yang perangai cam haram.











Bukan di kawasan lembah. Sekarang kawasan perjudian sudah diupgrade hingga ke atas gunung atau tanah tinggi.

Gambar: Malaysia's Las Vegas a.k.a. Genting Highland.










Nak tegakkan keadilan bukan benda mudah. Tapi nak tolak kebenaran senang sangat.














Biar bittikh..!(biar betik versi arab. Tapi bittikh maksudnya tembikai =P)

Apa yang peliknya, gambar-gambar ini tidak diambil sekitar 1400 tahun yang dahulu. Era dimana sinar Islam masih belum menerangi hati-hati manusia.

Tetapi semuanya merupakan gambaran terkini situasi semasa.

Jelasnya, Jahiliyah dan Islam bagai dua titik yang berbeza. Semakin kita menghampiri Islam, maka semakin jauh kita meninggalkan jahiliyyah.

Cuba berpijak di bumi yang nyata, maka anda akan mengakui bahawa secara perlahan-lahan kita sebenarnya sudah melangkah meninggalkan Islam dan sedang menuju kepada jahiliyyah.

Malahan situasinya ketika ini nampak lebih parah dan seakan-akan lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan zaman jahiliyah. Terutamanya di Malaysia.




Back to Al-Quran and Hadith


Konklusinya,

Disana terdapat satu 'kunci'. Kunci yang dapat mengeluarkan kita dari belenggu jahiliyah dan seterusnya kembali kepada Islam.

Kunci yang dimaksudkan adalah Al-Quran.

Merujuk kepada Al-Quran dalam segala perkara adalah penyelesaian terbaik kan.
Mush keida bardu?(baca: bukankah begitu?!)


p/s-muhasabah 51 tahun pemerintahan dan keberkesanan sistem pendidikan negara.


the White Moon rose over us


video


طلع البدر علينا
من ثنيات الوداع
وجب الشكر علينا
ما دعى لله داع

O the White Moon rose over us
From the Valley of Wada'
And we owe it to show gratefulness
Where the call is to Allah



أيها المبعوث فينا
جئت بالأمر المطاع
جئت شرفت المدينة
مرحبا يا خير داع


O you who were raised amongst us
coming with a work to be obeyed
You have brought to this city nobleness
Welcome! best call to God's way



p/s-hari ni 15 muharram 1431 bersamaan 1 jan 2010.
mahu yang buruk jd baik. dan baik kepada lebih baik.selamat tahun baru!