Archive: November 2010


Islam bukan milik satu-satu bangsa sahaja





"Di dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenar inilah, maka Kelantan menganjurkan expo Cheng Ho yang julung-julung kali diadakan di rantau ini.

Cheng Ho selaku seorang muslim telah diberikan kepercyaan oleh maharaja cina untuk melakukan misi perdagangan ke seluruh dunia termasuklah ke Tanah Melayu sekitar 500 tahun yang lampau memberikan satu gambaran bahawa Islam bukanlah milik Melayu semata-mata tetapi milik semua bangsa.


Justeru, kerajaan Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam melangkah ke depan melangkaui sempadan bangsa yang disemarakkan oleh golongan-golongan tertentu dengan mengadakan expo seperti ini.
Alhamdulillah, di tengah-tengah seruan perkauman yang menebal di samping ditiup oleh semangat politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan meletakkan Islam sebagai dasar di dalam berpolitik dan bernegara.

Harapan saya agar rakyat dapat membuka mata di dalam menilai kepimpinan yang mahu dipilih agar jangan lagi menjadikan agenda bangsa sebagai keutamaan kerana ia hanya akan menyemerakkan api permusuhan yang tidak berkesudahan."


-TGNA, teks ucapan Majlis Penutup Kelantan International Business Forum-



Islam bukan milik melayu, mahupun milik mana-mana bangsa yang lain. Maka mengapa ingin sangat ditebalkan istilah bangsa.

Kalaulah benar semangat kebangsaan dapat melahirkan kekuatan, mengapakah rakyat arab palestin menangis dianaya Israel laknatullah, sedang bangsa arab di negara lain hanya mendiamkan diri? Di mana liga "Arab"?

Janganlah terlalu taksub dengan Melayu. 'Membangun bersama Islam' kan lebih baik.
Sesungguhnya mulianya seseorang kerana Islam. Islam yang memartabatkan satu-satu bangsa (eg. melayu), bukan melayu yang memartabatkan Islam.

Semangat kebangsaan hanya memecahkan umat Islam.

Wallahu a'alam.


cuti dah habis. bila mula?


Pagi ni ada masa jalan-jalan dengan Azizul (nama basikal aku, ada gear tu..
laju die macam
azizul hasni awang)

Pusing Sayyeda Zainab, membelok pula 25 darjah di selekoh untuk ke Sg Nil. Segaq kepala otak walaupun otot dah sengal-sengal ubi.



Nice2.
Aman sebab arab tak ramai pagi-pagi jumaat ni.

Layan je la gambar-gambar sepanjang cuti end round community medicine yang
dah nak abis ni =( Dah tuan blog pemalas nak mengupdate. Hemo2.


Skuad kesatria di pagi raya. Mengikut resam padi, makin berisi
makin menunduk. Respek!


Budak-budak Jordan (Akim, Pijan n Anas) datang jalan sini.
Jangan serik datang mesiq lagi na.


Pemenang tidak merungut walaupun nasik abis..


Anak-anak yang rajin.


Abeh doh. Selamat sekolah. Peace!-najib hok duk tgh-


p/s-jgn terlalu benci kat orang, mana tahu nanti dia yg buat baik kat kita.

(gambar ihsan paih)


Pengaruh bibik terhadap budak kecik


Oh, tadi mak msg aku. Kata Nabilah bawak balik report card, nak tunjuk dia dapat no 1 kat kelas.

Dah semua orang kat rumah tak berapa nak percaya bila pemberitahuan secara lisan dilakukan oleh beliau.

Ahakz.

Taip message pulak, hantar ke mama.

"Ma, cakap kat Bilah nak ape. Nanti balik wan belikan (pakai duit gaji along =P).."

tit tit.. (ada reply msg. Nabilah hantar)

"Angah, ni Bilah. Nanti belikan laptop ya."

Belikan laptop YA..??!

Haha, Bilah dah cakap guna dialek sinetron sebab lepak dengan kak Esah lama sangat. (kak Esah adalah bibik jaga atuk. Sekian.)

Betullah cakap belakang dari kakak-kakak dia. Melekat dah bahasa indonesia dia nih.
Rosak2..

Ni ada budak PASTI bagi khutbah kat korang.
Pakat dengar deh.

Peace!

p/s-lusa pereksa. doakan YA!


Bagaimana Umar berani kerana benar


Sewaktu Umar Bin Abdul Aziz menjadi penasihat kepada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, telah berlaku satu peristiwa seorang lelaki yang telah melakukan perbuatan biadap terhadap khalifah.

Khalifah telah dicemuh oleh seorang lelaki di khalayak ramai. Kejadian tersebut berlaku dalam satu majlis yang dihadiri olehnya.

Tindakan lelaki tersebut tidak disenangi oleh baginda khalifah. Ini menyebabkan baginda mengadakan satu mesyuarat bersama para penasihatnya untuk berbincang tentang tindakan lelaki tersebut.

"Apa pandangan kamu semua tentang tindakan yang dilakukan oleh lelaki tadi?"
Baginda bertanya.

Sebilangan besar daripada mereka mencadangkan agar kepala lelaki itu dipenggal. Ini kerana bagi mereka perbuatan lelaki itu adalah biadap kerana sanggup mencemuh pemimpin nombor satu di khalaya ramai.

Mereka begitu marah dengan perbuatan lelaki tersebut lantas tercetuslah cadangan sedemikian.

Bagaimanapun Umar hanya mendiamkan diri tatkala mendengar cadangan tersebut. Sedikitpun beliau tidak memberi respon terhadap cadangan untuk memenggal kepala lelaki yang telah berlaku biadap terhadap khalifah.

Sebaliknya beliau hanya membiarkan sahaja mereka berhujah mengeluarkan pendapat mereka tentang hukuman yang sepatutnya dijatuhkan ke atas lelaki tersebut.

Sikap Umar yang hanyamendiamkan diri itu telah dikesan oleh khalifah. Baginda dapat menangkap respon yang tidak baik daripada Umar terhadap cadangan tersebut.



.: IKLAN :.


Sebaik menyedari sikap yang dipamerkan Umar itu, baginda lantas bertanya,

"Mengapa kamu diam wahai Umar? Apakah kamu bersetuju dengan cadangan itu atau tidak?"

Umar dengan tenang menjawab.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa di sana wujud hukuman halal darah terhadap orang yang mencemuh, melainkan mencemuh keji terhadap Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam."

Sebaik memberikan jawapannya, Umar kemudian berdiri.

Dan kemudian berlalu pergi sambil diperhatikan oleh semua penasihat khalifah. Mereka semua terdiam mendengar jawapan Umar itu.

Selepas mendengar jawapan daripada Umar, Khalifah Sulaiman berkata dengan rasa kagum terhadap Umar yang terlalu mencintai kebenaran dan keadilan.

"Kamu wahai Umar, sememangnya kamu adalah kepunyaan Allah," ucap khalifah.

Sumber:
Kezuhudan Umar Abdul Aziz,
Kesederhanaan Nik Abdul Aziz.








p/s- refleks; bila orang yang 'alim berdiam diri pemerintah buat kemungkaran depan mata.
Yang backup pon ada. Tak boleh tahan..~

Wallahu a'alam.