cuai+abai


Jumpa lagi

semalam dgn baik hatinya aku menukar air dalam aquarium.hati berbunga-bunga ingin melihat ikan2 ku kembali berenang dengan riang dalam air yang jernih.(dah ahli beit sound kata air kuning)

setelah selesai mnyental balang kaca dan menukar air tersebut..maka aku meletakkan kembali ikan2 tersebut ke tmpat asal.

tapi aku xbubuh anti chlorin lagi.dibiarkan sementara mereka sebegitu.sat lagi baru nak bubuh.

maka,tatkala sepeninggalan aku tadi..rupa-rupanya mngundang padah kepada dua ekor ikan aku.kedua-dua nya kelihatan sugul tidak bernyawa terdampar di dasar air.



usaha menyelamat yang nak dilakukan nmpak sukar dan akhirnya menemui kegagalan.
'post-mortem' mendapati ikan mngkin mengalami keracunan klorin.(sbb air kat mesir ni byk sgt klorin agaknya)

kesimpulannya..

kesalahan bukan lah pada kerajaan mesir.tapi kerana kelekaan dan kecuaian pemilik ikan.yang tidak berhati-hati terhadap ikan yg sgt fragile itu.T_T

saufi pernah sound aku bila tahu ikan aku mati.

"pembunuh.."kata beliau.

ada juga sahabat yang rajin bertanya.

"hidup lagi ke ikan ko.."

atau

"dah mati ke..?"

..............

ade kebenarannya.aku terlalu cuai.adab dgn haiwan xjaga.nyawa tu bukan bole beli dgn wang.walaupon ikan ni aku beli dgn genih.

bukan juga macam game mario.kumpul 100 syiling emas,kemudian anda akan dapat nyawa tambahan.

Allah yang bagi nyawa.xdak sapa da lagi yang bole bagi nyawa.subhanallah..hebatnya kuasa Allah ni.

dan semestinya aku xlayak untuk cuai lalu memudaratkan haiwan-haiwan ni kepada kematian.

maka,sapa-sapa yang ada bela haiwan peliharaan tu..jagalah betul2.anggap sebagai amanah dan anda bertanggunjawab ke atasnya.bukan sekadar hobi dan suka-suka.


magikarp kuning dan putih..mungkin ni yang terakhir.


kisah seorang wanita dan seekor kucing

teringat cerita ustaz nazrul.bagaimana seorang wanita yang tidak ada rasa kasih terhadap seekor kucing akhirnya dihumban ke neraka.bagaimana perlunya kita beradab walaupun dgn seekor binatang.


Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang wanita disiksa karena mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka karenanya, yaitu karena ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah


ada pengajaran yang amat berguna dari hadis dan kisah ini.semoga same-same beroleh manfaat.

till then.salam~

2 Responses


  1. faisazli on October 31, 2009 at 5:08 PM

    ahaha..
    aku da cakap awl..
    tuka air~tuka air~
    xpon bela pokok je.;)

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on October 31, 2009 at 8:02 PM

    bele pokok..?
    ee..seram plak.kang ade penunggu.heh~

    gurau ja.

    ye2..tau2.

    (insap mode)