Macam biasa bila nak masuk dewan periksa hari tu, aku maklumkan pada ayah mama dulu. Tanya khabar, mohon doa restu mereka. Susah senang soalan nanti, biar dipermudahkan dengan berkat doa dari mereka.
Tut.Tut.
Ada reply message dari ayah.
"Ayah dah ok sikit. Ayah sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak-anak. InsyaAllah wan akan berjaya dengan cemerlang."
Wah, lega sikit hati ni. Dapat kata-kata pembakar semangat .
Encik Salleh, 51. Ha?
Aik, tapi pelik. Awat ada tulis "ayah dah ok sikit" ni. Musykil2. Tadi masa borak dengan mama, tak cerita apa pon. Semua nampak ok je.
Tahukah, aku belajar untuk sayang. Tiada ia diperoleh mudah-mudah seperti makan ulam raja yang dicicah belacan.
Waktu kecil dahulu kita ni pantang dimarah ibu.
Kalau dimarah sahaja, berjalan kita ke bilik sambil dihentak-hentak kaki ke bumi. Mahu saja bumi terkoyak memuntahkan isi tanahnya kerana hentakan yang terlalu kuat.
Laceration dalam bahasa forensiknya.
Di bilik, katil double decker pula ditendang-tendang dari bawah. Biar meletup-letup bilik.
Kebiasaannya, seorang budak sanggup melakukan apa sahaja sebagai tindak balas bila kemahuannya tidak dipenuhi. Reaksi untuk menzahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap permintaan yang tidak ditunaikan.
Protes!
Sebagai contoh,
anak kamu yang berumur 6 tahun meminta kamu membelikan aiskrim yang dijual di tepi jalan.
Tetapi melihat kepada keadaan sekelilingnya yang kotor dicemari sampah sarap dan lalat. Ditambah pula si penjual aiskrim kelihatan kotor.
Nescaya dengan ilmu yang kamu miliki, aiskrim yang dijual itu kotor. Sebarang infeksi boleh berlaku. "Mintak simpang aku nak makan aiskrim tu!"
Walaubagaimanapun, si anak tidak berfikir seperti bapanya. Apa yang ada di fikirannya adalah "aku nak makan aiskrim tu jugak!"
Bila dihalang, maka menagis meraunglah si anak. Hatta dikhabarkan bahawa anak-anak bandar seperti dari KL dan Selangor sanggup berguling-guling di tempat awam seperti filem hindustan.
Ketika mak dan ayah setelkan beberapa urusan, aku lebih selesa duduk saja di dalam kereta sambil ditemani subjek. Umur beliau 6 tahun. Cubit mencubit merupakan aktiviti pilihan kami. Nak tengok siapa cubit paling sakit. (Haha)
Tiba-tiba subjek bertanyakan soalan.
-Apa yang Allah cipta dulu?
+Hm..manusia ke?
-Ha..
+Nabi Adam lah. Lepas tu dapat anak dia, beranak beranak dapat cucu, cicit, lepas tu beranak beranak beranak banyak-banyak. Pastu dapatlah mama, ayah, Nabilah..
-Oo.. Rasulullah takde ke? (Rasulullah yang dimaksudkan subjek adalah Nabi Muhamad SAW)
+Adalah sekali dekat tengah. Lama dulu sebelum Nabilah lahir. (cuba memudahkan jawapan agar dapat difahami)
Kelihatan subjek berpuas hati dengan jawapan diberikan sambil mengangguk kecil.
Pernah pula suatu hari selesai solat, subjek bertanya..
-Angah, Bilah nak buat pahala banyak-banyak. Nanti boleh masuk syurga.
+(senyum)
-Syurga tu macam mana?
+Syurga ek.. syurga tu cantik, ada sungai mengalir, lepastu airnya manis.. (sila panjangkan hujung ayat dengan 3 harkat agar menarik didengar anak kecil)
-Oo..macam mana angah tahu?
+Dalam Quran..dalam Quran ada sebut. Dah, jom turun makan.
-Owh..ok.
Pelik juga aku, soalan-soalan berkisar kepada pencipta alam, juga perkara ghaib boleh berlegar dalam kepala subjek.
Aku pun tak pasti jika pernah bertanya pada orang soalan-soalan sebegini masa tadika dulu.
Sebenarnya, soalan-soalan tersebut lahir dari pembelajaran yang diterima ketika di sekolah. Langsung diterjemahkan kepada soalan di rumah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih.
Model pembelajaran dan kurikulum yang baik, disamping kebolehan menyanyikan lagu mengatasi godaan syaitan dan cara mengambil wudhu tentu sekali diperlukan bagi mencorak kain putih.
Mantap gila sekolah macam ni. Biar asas aqidah kukuh dari kecil lagi. Tegak tak mudah tumbang.
Kata orang, seribu kali embat haram tak patah.
Wallahu a'alam.
p/s-paling tidak, wanita yang melepaskan rambut akan malu bila lihat budak-budak kecil langsung tidak merengek bila mengenakan tudung =)
Suatu hari si adik dan angahnya berbual mesra. Lama tidak bersua muka. Tentu sekali banyak yang hendak diluahkan.
Tiba-tiba saja si adik mengadu.
Katanya, di madrasah ada sahaja pelajar lelaki yang mengusiknya dan rakan-rakan yang lain kerana seragam sekolah mereka. Bertudung bulat labuh dan berbaju kurung putih. Lengannya pula berkancing.
Bila sahaja berselisih dengan mereka, pasti kumpulan si adik diusik.
"Cendawan.."
Itu usikan nakal mereka. Mudah-mudah sahaja menyamakan mereka sebegitu.
Si angah hanya tersenyum manis di hadapan adik. Siapa tahu di dalam hati dia tertawa mendengar kisah si adik. Lucu. Ada-ada sahaja budak zaman sekarang. Inginkan perhatian apa? Rajin sekali mengusik orang.
Ketahuilah wahai adik, angahmu berbahagia bila melihat seragammu itu. Cantik sekali. Biarkanlah. Pedulikan mereka.
Pandangan manusia tidak semua sama.
Ingat, bukankah Allah itu Maha Mengetahui. Walaupun hanya sehelai daun yang gugur ke bumi, pasti diketahuinya.
Inikan pula perihal dirimu.
Sabar sahaja, kerana pandangan Allah itulah yang sepatutnya kita-kita ini lebih berjaga. Semoga si adik tenang sahaja dan tetap di jalan yang benar.
"Cendawan" yang disayangi rabb-Nya kan lebih molek.
"Nanti umi doakan angah ye. Dah la umi yang doa. Tambah, depan Kaabah lagi. InsyaAllah maqbul kan.." angah berseloroh.
Ummi tersenyum.
"Nanti send la kat ummi mesej. Doa ape yang angah hajatkan ye." ummi membalas ringkas.
Lalu mesej dihantar melalui khidmat pesanan ringkas.
Setelah membaca isi kandungannya, ummi tertarik dengan doa ke-4 dari kesemua 6 doa yang dikirim.
Ummi tergelak kecil.
"InsyaAllah ummi dan abi doakan. Tambah satu lagi. Semoga dapat habiskan belajar kat sana seperti tempoh masa yang dirancang. Takde sangkut-sangkut." kata ummi...
Teringat petikan sebuah lagu dari sebuah band.(xberniat pon nak huraikn isi2 tersurat disebalik bait2 lagu ni).
abang dan adek,suatu hubungn yg sgtlah special.abang la yg selalu protect adek die bile ade masalah.abg la juga yg kadang2 buli adek bile xde keje laen.main same2..tdo same2.carry aku kat belakng bile nek beskal.
Hubungn paling akrab tentulah mase zaman kecik2 dulu.maen polisentry(btul ke eje camni??)..baling selipar.senapang peluru buah ceri hutan n etc.
gamba poyo zaman dulu2..
Antara yg xbole lupe maen pistol mercun.pelurunya bentuk bulat warna merah diisi dgn belerang.sekali pakai bole la tembak beberape das.tembakan hanya mengeluarkn bunyi tanpa ade peluru yg mngenai sasaran.
Tapi yg peliknya ade adegan elak mengelak berlaku sesame geng2 kami.mane xpelik..bukan ade peluru keluar pon.cume bunyi tembakan je.gaya je lebih.lawak n sengal la jgak..(xpe2..tu mase kecik).
Tp sekarang da laen.along dah xmaen game ‘polis n penjahat’ cam dulu2.tahun lepas die masuk PULAPOL kat kolumpo,juz after he completed his degree in business management from UITM.
Mase dulu time ayah kawat keluar selesai tamat latihan utk naek inspector dapat gi tgk.tp mase along tamat latihan kali ni(11hb 7) xdan pula nak pi.sbb balek mesia lmbat..T_T.(dah la tyme graduation day dia x gi jgk)
ayah,mama n along..sapa kasik bunga tu??hehe..
angkat tgn cepat..xluruih kena potong!!
mnggu depan along kene gi kuantan.tugas pertama kat sana.hanya doa seorng adek kepada abgnya yg mmpu diberikn..semoga sentesa bersemangat n selamat bertugas.peace~