A boy and his nails



This is the story of a little boy who had a very bad habit.

His father gave him a bag of nails and told him that each time he would lose his patience, he should nail a nail behind the door.

The first day the boy nailed 37 nails behind the door. The following weeks, as he learned to control his temper, each time he would nail less nails behind the door. He discovered that it was easier to control his temper than to nail behind the door.

A day came when he could control his temper during all the day.

After informing his father, the later suggested that he should remove a nail each day he could control his temper. The days passed and the youth could announce his father that there were no more nails need to be removed from the door.


Paku pakis (commercial break)


His father took him by the hand and led him to the door. He told him,

'You have worked hard, my son, but look all those holes in the door. Never more it will be the same. Each time you lose your patience, you leave scars exactly as the ones you see here.'

(artikel diambil di sini)

P/s:

-Begitu juga dengan hati, bila dah banyak sangat dikotorkan dengan hal maksiat, takut nanti susah nak dibersihkan. Dan pastinya tinggalkan banyak kesan kotoran walau cuba dicuci.

-Dah abes exam. Lepas tengok medical series dan main game sikit, dah tak tahu nak buat ape. Ayak!!



Rejab sebagai pemanas badan





Alhamdulillah,

Segala puji milik Allah.
Dengan kesihatan yang ada.
Dengan kekuatan yang ada.
Dengan dada yang still turun naik bernafas.

Terasa betul beratnya imtihan kali ini. Sampaikan semalam boleh spend lebih 2 jam main futsel (slang Key El) kat nadi shabab.

Hilangkan serabut dan tensi dengan bersukan. Cool kan? Bangun pagi ni dah sengal-sengal otot. Adeh, mana taknya dah lama tak main. Letihnya ya Allah. Macam manalah pemain-pemain world cup boleh tahan. Tambah-tambah player Korea and Japan. Berlari non-stop. Respek!

.............................................................

Sedar atau tidak, hari ni dah masuk hari ke-10 dalam bulan Rejab. Bulan yang ada keistimewaannya.

Bulan dimana Rasulullah diisrak dan dimi'rajkan.

Juga bulan dimana difardhukan solat ke atas setiap individu bernama muslim.

Seharusnya bulan ini kita penuhkan dengan memperbaiki amalan fardhu dan mempertingkatkan amalan sunat.




Ianya sebagai pemanas badan sebelum memasuki bulan barakah, Ramadhan al-mubarak.

Umpama menyemai benih dan membaja dengan sebaik mungkin pada hari ini, moga-moga kita sudah mampu menikmati hasilnya nanti.

Jika tidak dipersiapkan diri ini dari sedari awal lagi, takut-takut kita mudah kekejangan dan semput tatkala meniti hari-hari di dalam bulan Ramadhan kelak.

“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadan”

Pakat amal doa yang Rasulullah baca ni.

Meniti Rejab, mengintai Syaban, mengharap Ramadhan.
Till then. Wassalam.


p/s-bukan pemain bola je nak kene perhangat badan.



Keluhan bekas pengguna facebook










Berikut merupakan pengakuan seorang pengguna facebook. Subjek kelihatan memegang sebuah buku pharmacology.


Q:Bila kenal facebook?

A:Saya mula mengenali FB setahun yang lalu. Menyedari ramai orang yang mengkomen dalam satu gambar batch, saya dapati FB ada daya penarik. Walaupun gambar tersebut nampak sugul dan biasa sahaja, tetapi komen boleh mencecah ratusan. Haza min shaiun ‘ajib ya amm.


Q:Kegunaan facebook?

A:Kenal orang. Berukhwah..boleh terima tak jawapan ni? Tapi memang boleh la jumpe member-member lama dan tahu apa perkembangan diorang. Cambest~


Q:Apa yang berlaku baru-baru ni?

A:Saya terkilan. Mereka telah menyokong satu program yang dianjurkan oleh mereka yang memusuhi Islam. Mereka cuba menghina junjungan besar Nabi Muhammad sollallhu ‘alaihi wasallam dengan mengadakan pertandingan melukis wajah baginda.

Tambah, owner FB sendiri seorang yahudi. Bayangkan keuntungan yang diperoleh rangkaian jaringan sosial milik mereka, dan kemana keuntungan itu disalurkan.

Tapi saya kagum dengan usaha saudara-saudara saya terutamanya di Pakistan. Tengok!


Pekeliling dari kerajaan.


Ikhwah.


Akhawatnya.

Mengapa perlu berdiam diri. Saya benci perbuatan mereka , kamu pun begitukan?

(the reporter nodding)

Boycott~

(somebody with a blue shirt and pant who sat next to the subject whispered to the reporter.)


Q:Ada pesanan terakhir?

A:Eh..kamu boleh cuba social network yang lain macam umma united.

FB (left) and Umma united (right).

A social network that allow us to connect to muslims all around the world.

Cool!


*Wartawan bukanlah petugas CNN mahupun tibbian. Harap maklum.


p/s-sayang Rasulullah..





Sebab mereka sayang kami


Semalam sempat iftar jam'ie dan solat hajat bersama mereka, sahabat-sahabat sebatch. Seperti biasa, tahun-tahun yang lepas.

"Layan je~"














Ingat lagi masa kami tahun satu, Ustat Gi yang mengimamkan solat hajat di Fustat. Tahun dua pula kami berkumpul di rumah Huzaifah, sambil mendengar kata-kata pembakar semangat dari Ijud dan Baim kalau tak silap.

"semangat,semangat!" jerit pemuda kacak ini.
(pesal gambar senget?)














Tup tap tup tap, tahun 3 dah nak habis. Dan penghabisan setiap tahun semestinya final exam. Kenalah saling memotivasikan diri untuk menghadapi tempoh yang tak berapa panjang ini.

Bagai menegakkan sebatang tiang yang besar, ia pastinya berhajat kepada suatu kumpulan manusia yang KUAT. Keseimbangan dalam kekuatan antara kunci untuk memastikan tiang tesebut berdiri kukuh dan tegak.

Seandainya tiang yang dimaksudkan adalah Islam, tidak dapat tidak ahlinya iaitu umat Islam mestilah menjadi KUAT seluruhnya. Kulluhu. Bagi memastikan "tiang" ini tertegak dengan baiknya, kekuatan secara kolektif harus dicapai.

Thanks for the reminder dude..!

Maka, mari same-same jadi cemerlang.

p/s-Jzkk diucapkan kepada MT. TQ Pudin dan Tin. Semoga segala pengorbanan masa, tenaga dan wang yang disalurkan membuahkan hasil. Moga kejayaan milik bersama. Mudah-mudahan.

Sebab mereka sayang kami =).
Selamat studi semua. Usaha, tawakal, doa, tawakal tawakal tawakal banyak-banyak.

Till then. Wassalam.


رَب اشرَحْ لى صدْرِى‏.وَ يَسرْ لى أَمْرِى‏. وَ احْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسانى يَفْقَهُوا قَوْل

‘Ya Rabbi, lapangkan untukku dadaku, mudahkan untukku urusanku, lepaskan kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku'



menyamar kucing




Hari ini mohd hazwan macam tiada kerja lain dan dengan kerajinan yang jitu telah mengupload satu video.

An ultra-short video about my catphobic little sis.

Maka layan sajalah sebab aku dah rindu kepada mereka di sana =P







p/s:
-Nabilah dah pesan tedi bear dan jubah. Aih -_-..
-usaha lagi dan lagi. yezza!!