manusia perlu cahaya


Buta tanpa cahaya

ok..ade satu bende yg nak kongsi dan korng2 bole buat dgn hanya menggunakan imaginasi korng.xperlu bergerak atau menjerit2 untuk memberi response seperti rancangan 'Dora the explorer'. juga yg sama waktu dengannya.(xperlu bag pack juge).tapi kalo still berdegil nak buat juge maka dimaafkan.



dora and her bagpack



pertama,bayangkan yg korng sedang berjalan di sebatang jalan yang sangat lurus dan sgt symmetri.di kiri dan kanan jalan ada semak samun yang menyemakkan pandangan.

ketika anda berjalan mnyelusuri jalan ini,keadaan sangat cerah kerana dilimpahi cahaya bulan purnama beserta kelip-kelip yang amat cantek.

kemudian,secara tiba-tiba jalan menjadi sangat gelap.gelap segelap-gelapnye.
sinar cahaya yang menyuluh pandangan tiada lagi.tetapi langkah masih tetap diatur.

dan langkah itu tidak akan berhenti.


bagaimana perasaan anda?

adakah anda masih berjalan di jalan yang lurus itu?

atau mungkin sudah memasuki zon semak samun?menyimpang jauh dari jalan lurus tadi.

persoalan demi persoalan ini begitu sukar untuk dijawab.kerana apa..kerana tanpa cahaya yang menyuluh,hakikatnya anda BUTA walau secara fizikalnya tidak.




majlis ilmu dan zikir


takut terkeluar,maka anda perlukan cahaya


begitulah analogi bagi seseorang bernama manusia di muka bumi Allah ini.kita umpama sedang berjalan di sebatang jalan gelap yg lurus.

tanpa cahaya,kite mungkin akan terkeluar dari jalan tersebut dan menghala ke jalan yang salah.dalam mana kite ni SEDAR ATAUPUN TIDAK.

jika takut terkeluar dari jalan itu,maka..tidak dapat tidak kita memerlukan cahaya yg gemilau.nur yang dapat membantu kita agar tidak menjadi buta dalam menempuh jalan lurus ini.

dan cahaya yang dimaksudkan dapat diperoleh dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.dengan menghadiri majlis sebegini,sebenarnya kita memperoleh 'cahaya' untuk meneruskan perjalanan selagi mana kaki berdaya melangkah.

bak kata orang,'mohon pencerahan'.(aku xbiasa gune tapi biase dgr.make sape yg biase gune phrase ni maka korng faham la kan.)

maka,sesibuk mana pon kite.carilah peluang untuk ke majlis agama @ ilmu.semoga cahaya yang diperoleh akan menjadi sangat-sangat bermafaat untuk kita kelak.



p/s-intipati dari kate-kate Ustz Azam.

aku x perfect.aku juge bkn prefect.hanya mengharap ape yg aku tulis dapat bantu
utk ingatkan aku kat mana aku senanye.taro mana ambo lo ni kalu ore kelate royak.









langit dan bumi




jika kau rasa langit tinggi tidak bertiang itu menakjubkan.
Ingatlah,Allah Maha Besar.

jika kau rasa sungai jernih yg mngalir tidak berhenti-henti itu suatu keajaiban.
Ingatlah,Allah Maha Besar.

jika kau rasa lambaian malar hijau pepohon rendang itu mengasyikkan.
Ingatlah,Allah Maha Besar

kerana langit,bumi dan segala sesuatu diantaranya adalah milik Allah.
Maha suci Allah,segala puji adalah milik-Nya.







bit by bit



Gate yg jahat


Sedar dan aku masih sedar yg dah 2 mnggu aku sampai kat mesir ni sejak balek kg cuti summer lepas.selepas puas melombong taik mate kat umah,maka aku ditakdirkn utk sambung tahun 3 sekarang.kat university yg paling indah dan nyaman sekali.dilengkapi lorong mencabar bg para siswa dan siswi rentasi sebelum tiba di pintu masuk.

Peristiwa melambai tgn di escalator untuk masuk ke gate perlepasan bukan lah sesuatu yg best.tp tu lah bende yg aku kene buat tiap kali balik.sigh~

Lambaian bdk berbaju oren benar2 mnyentuh hati aku.walaupon telah beberape kali kepale ini ditonjol oleh beliau semase bercuti di rumah..

nak wat cmne,bdk lagi.kalo ikot ati bole je tonjol balek.

gambar sekadar hiasan

“cube jgn dengki kat adik tu..kan xde akal lagi.”

Ni la saranan mama bila tgk patin a.k.a kak mun duk kacau dik mun. geram dgn tindak-tanduk dik mun.

Aktiviti silat menyilat juga bakal menjadi kenangan indah..mandolin(cekelat) 2 kotak yg beliau berjaye telan,sikap tegas utk menonton adek di 9 walaupon katun die ulang2 je,degil xmo mandi kat bilik air kg dek kerane ade semut..xtermasuk lagi cerite ratatouie dlm laptop aku ni.mau beratus lemon billaban beliau ulang tanpa segan silu dan jemu.


igaun2 ini sampai bila aku xpasti.kerana beliau semakin lama semakin besar.

“bilah dah solat maghrib belum”

“belom..”

“abes tu nape x solat lagi?”

“kite nak solat terawih je.sbb kat sane ramai org.best!”


gambar hiasan lagi


Pemikiran dan ideology beliau juga terlalu sukar utk ditafsir.mnyebabkn aku pening.namun budak yg mampu menynyikn lagu “anak nabi kita ada 7 org ini” pernah mndapat wang intensif dari seorng mak cik yg solat bersebelahan.(bukan rasuah ye)dek krn kagum bole solt terawih secare full.



Everybody say hi!

Sebenanye tahun 3 ni adelah thn yg agak menakutkn dan kami digalakkn struggle dari awal lagi.betul3.tp stamina nak belaja utk 2jam hingga 3 jam utk satu kelas masih xde lagi.

sampai doctor pon mengeluh dgn kami.lihat aksi kami khusyu’ menelaah sambil mengikut irama lagu angguk2 geleng2 secara berkelompok.(dinasihatkn supaya stp org mempunyai tidur yg mencukupi sblm memulakan kelas.)

Setelah mngucapkan salam dan hi kepada pharmacology,phatology,parasitology dan microbiologi selama 2 mnggu..maka sesi taaruf selesai.

Semoga segalanya dipermudahkn.dan ketidakstabilan hidup kembali pulih.

Till then.salam!



Bit by bit My heart is charmed

With that dazzling smile

Let's flee from the endless darkness

Hold my hand


You see, when I met you

I remembered the view which I had treasured when I was a child

Won't you dance with me

It's a winding road of light and shadows

Even now, you're dreaming of him?

There are times when it seemed like I wanted to turn back but

Holding love, courage, and pride, I shall fight


Bit by Bit My heart is charmed

A piece of hope in this world

Anyone surely wants to have eternity in his hands

Even if you pretend not to mind at all

Hey I love you

Let's flee from the endless darkness

Hold your hand


I also like you, even with that face, tired from anger

I wonder if it's all right to live such a life, being blown away

As for me... I'm just spun around by casual gestures Sea Side Blue

Or are you still dreaming of him

I had something more I wish to ask but

Our conversation just goes on like the sound of car wheels dancing around


Bit by Bit My heart is charmed

It's amazing even to myself but

Something is there I suddenly feel like calling you

Even if you pretend not to mind at all

In the end all I see is you

Let's flee towards the sea

Hold my hand




p/s:lagu tema kali ni ialah Dan Dan.Ost from dragon ball GT.




wahid..ithnani..thalatha.





Asmaul Husna & aku

seingat aku,mule2 sekali aku dilatih menasyidkn asmaul husna mase kat sekolah agame rakyat desa baiduri.

setiap kali perhimpunan,kami akan menyanyikn lagu negaraku,lagu negeri selngor dan seterusnya menasyidkn asmaul husna.

tp tone asmaul husna berubah.hanya kuat dibhgn hadapan..kemudian lemah dbhgn tgh..dan kembali berkobar2 dibhgn belakang.

dan masalahnye,aku jg terjebak dalam aktiviti meneka bila xtahu asmaul husna yg tertentu.maen ikot sedap je.tp bila tahu yg xbole buat cmtu,maka aku pon benti meneka dan senyap je bila xpasti.


Buah tangan dari TG




First time nmpak iklan buku ni mase bace surat kabo kat mesia.terus tertarik,dan rase ingin memiliki melantun2 dalam diri.alhamdulillah mase jln2 ngn azizi cari pasal kat jln Tar jumpe buku ni kat kedai buku.ape lg,sebat la sebuah.

merupakan koleksi syarahan TGNA dari sebuah kitab yg memerikan hikmah disebalik asmaul husna.Beliau cuba mnghuraikan lebih lanjut nama2 Allah utk dijadikn amalan sepanjang zaman bagi umat la ni yg begitu dahagakan petunjuk dan pedoman sepanjang hidup.

"Asmaul husna bukan sebuah irama.bukan juga lirik indah sebuah nasyid walaupun ia boleh dilagukan.Ia adalah teras rumusan tentang Akidah yg benar,dibina atas Arasy nama2 Allah.Ia sehimpun nama2 tuhan yg memperkenalkn diri-Nya dalam 99 asma-Nya yg mulia.Di sana ada erti yg mendalam bagi setiap satu dari nama2-Nya." -sekapur sireh dari publisher-


Ya,asmaul husna bukan sahaja indah tatkala dinasyidkan.Bahkan ia akan menjadi lebih indah bila dihayati dgn sebaeknya.maka buku ini mmg terbaek!





"Allah SWT mempunyai 99 nama,kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga.Allah itu ganjil(tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil."

HR:Bukhari dan Muslim





p/s:video kat atas best.lima bintang.tp xtahu sape munsyid.


raye lagi


Maaf.Perkongsian kurang unsur ilmiah kali ini..walaupun kuliah da nak start.hoho.


19hb 9 2009

Kajang-->Rengit-->kota Tinggi

Pergh..arini aku dah buang no 1 kat depan umur aku dan gantikn dgn 2.semakin meninggalkan zaman sweet 17.

….dalam pukul 12 tghari aku ngn family balik ke kg ayah kat k.tinggi.hari ke 29 dalam Ramadan kareem.

Singgah sekejap di rengit.beli bende sikit pastu ke rumah maksu utk berbuka.hajat nak bermalam xjadi sbb atuk penyimpan mohor besar kata raya esok.

Jadi kami pun terus ke k tinggi dan sampai rumah nenek dalam pukul 11 malam.

Bertakbir dalam kete je la.


20hb 9 2009

Pagi raya aku,atok n ayah berjalan kaki ke sejid. exercise kate atok..

Dan pagi ni along xde ngn aku.sebab die xdapat cuti.make beraye la dia kat kuantan sorng2.xpa2..sok kami gi melawat.




kak mun dan dik mun


mok n aboh


cucu tersipu2..


21hb 9 2009

K tinggi-->kuantan

Ade yang kate orng selatan nak pi area2 timur pening sebab jalan pusing-pusing.tapi kalo yg belah timur nak ke belah barat atau selatan bosan sebab jalannya luruih memnjang.

Buktinya bila kami gerak dari sini ikut mersing nak ke kuantan..dua orng bdk telah mngeluarkn isi perutnye.muntah terbelahak.kak mun n dik mun..

Kat kuantan along bawak gi teluk cempedak.tapi sejibik cempedak pon aku xnmpak.

Malamnya hajat nak makan kat kedai2 ikan bakar xkesampaian dek kerana kedai yg x byak buka.kalo ade pon ramai sgt.hai~


Soknye kami pon balek.ke kg aku yg sebena..kajang le..heh.




langit kat kuantan..len skit kot


nk berjogging ke langit



pe kes ni..pemerintahn kuku besi ke


seghonok bebeno..



sekian merapu ringkas kali ini.wasslam.


p/s-selamat menyambut aidilfitri.kalau byk tersalah silap..byk lagi aku mntak maap.peace!