Lately, I'm looking for a new camera which is
-small and light
-with HD video
-cheap and costless
-black in color =P
..to replace my 2 years old sony cybershot.

Canon powerShot SD780
atau menyimpan semua duit tersebut dekat akak ni?

Lately, I'm looking for a new camera which is
-small and light
-with HD video
-cheap and costless
-black in color =P
..to replace my 2 years old sony cybershot.


6 Comments so far.
Wah, banyaknya iklan mahupun banner Aidilfitri menenggelamkan promosi sambutan Ramadhan.
Walhal Ramadhan itu yang menjanjikan ganjaran yang begitu banyak bagi umat Nabi Muhammad yang pendek umurnya ini. Baina sittiin wa sab'iin. Antara 60 dan 70 tahun, itu purata umur manusia sekarang. Itupun jika sampai.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Jika umur panjang dan diizinkan, insyaAllah kita akan melangkah ke dalam bulan ramadhan. Ramadhan karim.
Tidur orang yang berpuasa itu ibadah,
Diamnya menjadi zikir,
Amalan sunatnya pula menjadi fardhu,
Manakala yang fardhu pula dilipat-gandakan ganjarannya.
Nah, istimewanya bulan barakah ini khas untuk umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam. Sama-sama berlumba untuk merebutnya.
Janganlah kita mendapat kecelakaan, melewati Ramadhan tanpa mendapat kempunan-Nya. Na'udzubillah min zalik.
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan
akan ridha-Nya, Allah akan mengampuni dosa-dosa yang telah lewat.
(HR. Bukharai dan Muslim)
No Comments so far.
Kami naik KTM petang tadi. Dari Putra LRT, tukar train di KL Sentral hendak ke Kajang.
Menjangkakan petang ini adalah petang yang padat seperti tin sardin sebagaimana semalam dan pagi tadi.
Tapi kami tersilap.
Dari tempat kami berdiri, kelihatan beberapa seat yang kosong.

Filed under - semasa 3 Comments so far.
Selalu kalau hari nak balik bercuti ke Malaysia, biasanya budak-budak akan rasa happy. Termasuklah aku. Tetapi berlaku sebaliknya jika anda menaiki Egypt Air. Illa misr toiraan.
Tahun ni Egypt Air buat lawak dengan diorang punya customer. Satu-satu cerita aku dengar tentang pelajar pengajian agama dan medik di Mesir ni yang terkandas kat airport dek kerana masalah tiket mereka.
Ada yang di offer untuk turun di Bangkok. Ada juga yang kena refund tiket dan balik menggunakan penerbangan yang lain.
Mungkin seat yang ada tidak sebanyak tiket yang sudah di "confirmed" kan oleh pihak mereka.
Aku tak pasti siapa yang salah. Agen atau Egypt Air sendiri.
Maka aku dan rakan yang lain dah macam harimau kelaparan. Tak senang berdiri dibuatnya. Bila gate bukak je, terus menerkam masuk. Tercari-cari tempat nak check in untuk dapatkan boarding pass. Tanya ammu sana. Tanya ammu sini.
Masa nak check in da macam nak tunggu natijah/result exam dah. Takutnya ya Allah.
Alhamdulillah kami dapat mumtaz untuk check in. Dapat boarding pass, kami lambai rakan-rakan yang temankan kami ke airport (tengah melantak burger king). Lega.
Tak hairan kalau Egypt Air rugi besar selepas ini jika meneruskan service yang menakutkan untuk customer mereka. Anda membeli tiket yang tak pasti ada tempat duduknya.
Ini bukan bas untuk kamu berdiri jika tiada tempat duduk.
Filed under - musafir lalu 9 Comments so far.
Alhamdulillah.
Semalam aku sempat ikut jaulah maqam anjuran Perubatan. Jaulah maqam ini adalah yang kedua dalam masa 3 tahun aku stay kat mesir. Kali pertama dulu masa 1st year. Ala-ala minggu orientasi untuk pelajar yang baru tiba di Mesir.
Kurang lebih 30 maqam yang kami ziarah dan lawati sekitar Kaherah. Dari pagi sampai ke Asar. Letih juga tambah cuaca panas.
Antaranya maqam Syeikh Soleh Jaafari, Sayyidah Nafisah, Sayyidah Ruqaiyah, Syeikh Ahmad bin 'Aatoillah al-iskandari, Sultan Al-hanafi, Imam Syafie, Imam Romli, Imam Sya'rani etc.
Filed under - musafir lalu 4 Comments so far.
Setelah melalui rentetan beberapa perang besar antara Islam dan tentera salib, kemenangan dalam peperangan Hittin dan penguasaan semula Baitul Maqdis, akhirnya beliau kembali menziarahi kampung halamannya di Damsyik.
Pembesar di situ menyambut kedatangan Salahuddin Al-Ayubi(SAA) dengan baik sekali.
Beliau menawarkan sebuah kediaman yang mewah untuk SAA.
Namun, beliau tidak menerima pemberian itu. Malah marah dengan sikap pembesar tersebut. Harta tadi sepatutnya digunakan untuk membantu penduduk-penduduk miskin. Sultan Salahuddin jelas tidak selesa dengan kemewahan tersebut.
Diriwayatkan Sultan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.Sumber: themalaysianinsider
Beliau berkata pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).
“Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.
“Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini.
No Comments so far.
Kalau sebelum ini aku hanya minum air botol cap Siwa, hari ni aku dapat menjejakkan kaki di bumi tersebut.
Tiada kemajuan yang dapat dibanggakan di sini. Tapi ada keistimewaan dan kelainan di bumi Siwa ini berbanding daera-daerah lain di mesir.
Dahulunya, penduduk di sini memang kuat amalannya dengan ilmu-ilmu sihir atau ilmu hitam. Namun, sejak Islam mula bertapak di hati penduduknya, amalan-amalan syirik itu ditinggalkan.
Sekalipun begitu sukar para daie pada masa dahulu cuba memecahkan tembok kejahilan dengan menyampaikan Islam, namun kini hasilnya dapat dilihat.
Aku perhatikan pada muamalat masyrakat setempat. Kaum wanita disini sungguh dijaga. Mereka tidak kelihatan merayau atau suka-suka melepak di tepi jalan. Pakaian labuh menutupi tubuh, beserta niqab.
Tiada percampuran bebas antara anak muda laki-laki dan wanita. Berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan Kaherah.
Perjalanan dari Matruh ke Siwa mengambil masa kira-kira 5 jam.
Shali, merupakan panggilan bagi Siwa dalam bahasa Barbar, bahasa yang



Filed under - musafir lalu No Comments so far.
Tadaima!!
Alhamdulillah.
Setelah 3 hari berlewaran di bumi Matruh dan Siwa aku balik semula ke Kaherah.
Satu jaulah atau percutian kelas ekonomi/bajet rendah untuk musim panas. Hanya LE200 selepas diskaun untuk percutian selama 3 hari 2 malam rasanya berbaloi.
Eh, rasanya aku tak pernah melancong dengan bajet yang tinggi pun setakat ni.
Jalan-jalan menikmati aroma laut dan halusnya pasir pantai di sekitar Matruh, juga meninjau-ninjau komuniti masyarakat Siwa yang berbeza dengan masyarakat bandar di Kaherah, rasanya satu pengalaman yang berharga untuk di simpan dalam memori otak aku.
Banyak kisah dan gambar yang hendak dikongsikan untuk post akan datang.
Tentang Pantai Abyadh, Bahru Malah, Kota Lama Siwa dan masyarakatnya, kisah Cleopatra permaisuri Firaun etc.
Free gifts dan telur dinasour asin (batu garam) dari Matruh-Siwa.
4 Comments so far.