Bahtera cinta dua dunia







Jika baru-baru ini kelihatan wajahku kememe semacam, kehulu-kehilir lagak ayam berak kapur, ketahuilah bahawasanya aku dalam krisis.

Krisis antara aku dan dia.

Teringat saat kali pertama kami bertemu. Ketika cuti panjang selepas sahaja keputusan SPM diumumkan. Ayahlah yang memperkenalkan dia kepadaku.

Aku jatuh hati.

Aku suka.

Gaya dan ciri-cirinya sangat menarik dan menawan kalbu hati remajaku.
Ikhlasku katakan, dia memang terbaik. Boleh dikatakan sempurna. Perfecto!

Kehidupan kami pada awalnya sungguh membahagiakan. Kami dilimpahi cahaya kebahagiaan. Senyum sebagai seri. Tidak pernah terlintas langsung untuk bermasam muka.

Segalanya nampak berjalan baik.Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah.



Ilustrasi tangan kucing (Gambar Hiasan)


Tetapi segalanya berubah setelah sepurnama kami besama. Dia tidak lagi seperti dahulu. Tindak-balasnya lambat sekali.

Kadang-kala dia angin tak tentu fasal. Mudah-mudah sahaja dia meninggalkan aku tatkala aku berbicara dengannya. Tindakannya sukar sekali diramal. Sakit hati juga apabila diperlakukan sebegitu.

Pernah saudara Hafizadam menyarankan aku supaya segera mencari pengganti. Saranan saudara Umar untuk menghumban si dia ke dalam Sungai Nil juga masih terngiang-ngiang di telingaku.

Menghumban jauh-jauh agar si dia tidak lagi meniggalkan jejak dalam kamus hidupku.
Sedar akan kelemahan si dia. Akur. Tapi aku tak pernah peduli.

Alah bisa tegal biasa. Berpatah arang berkerat rotan.

Persetankan mereka semua. Selagi mampu akan ku gagahi diriku untuk mengemudi bahtera ini sebaiknya.

Kemuncak perhubungan kami berlaku kira-kira seminggu yang lepas. Dia bagaikan koma. Umpama mayat hidup. Pertanyaan dan permintaanku tidak berbalas lagi. Aku tidak senang duduk.

Ada orang tengah antara kami. Firasatku kuat mengatakan Kome (bukan nama sebenar) antara dalangnya.Walau bukan firasat sufi, namun ia jarang sekali menyeleweng.

Celaru.

Haru biru dibuatnya. Baru aku sedar. Si dia pendokong dalam hidup sehari-harianku. Tanpa dirinya, segalanya tampak tidak menjadi.

Aku bagai menangguk di air keruh. Menunggu si dia sedar.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melupuskan segala memori kami bersama. Bagaikan di 'brain wash', secara fizikalnya dia masih seperti dahulu.

Tetapi kali ini wajahnya nampak lebih riang. Tindak-balasnya pantas.

Aku suka.
Kerana dia masih lagi seperti dahulu. Saat pertama kali kami bertemu dibawah pohonan rindu.

Oh Compaq Presario V3000. Welcome home!



Her new style.


p/s-sekian rapuan ringkas seorang insan yang xde keje lain di pagi winter break. Baru lepas format laptop.

p/s-Cikgu, saya berjaya guna lebih dari 3 peribahasa. Boleh dapat grade A untuk markah karangan. yay!

p/s-Windows 7 cool!