Salurkan semangat cinta Palestin ke jalannya




Ramai dari kalangan kita yang bersemangat.

Bila cerita tentang nasib umat Islam di Palestin, berkobar-kobar azam kita untuk membantu saudara seaqidah di sana.

Bila dibangkitkan sejarah bagaimana Islam berjaya menawan Baitul Maqdis di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-Jarrah R.A, juga pimpinan Salahuddin Al-Ayubi, kita berharap sangat satu hari nanti ada pemimpin yang dapat menyatukan kembali umat Islam menentang zionis laknatullah.

Suka aku nak kongsi apa yang Ustaz Muiz ceritakan,

Pada suatu hari datang seorang pemuda yang bersemangat bertemu Seikh Ahmad Yasin, pemimpin Hamas di Palestin. Pemuda tersebut bukanlah rakyat Palestin.

Katanya,

“Wahai Syeikh Ahmad Yasin, izinkanlah aku untuk menyertai Hamas, ingin aku berjuang bersama kamu untuk mempertahankan Palestin!”

Maka jawab Syeikh Ahmad Yasin,

“Tidak perlu wahai anak muda..”

Syeikh Ahmad Yasin menolak permintaan anak muda tersebut dan hanya meminta mereka menegakkan Islam di negara masing-masing.

Bukan bermakna bantuan dari luar tidak diperlukan. Apa yang dimaksudkan oleh syeikh adalah, jika Islam berjaya ditegakkan di semua daerah atau negara yang diduduki oleh umat Islam, nescaya Islam di Palestin turut sama dapat ditegakkan.

Hapuskan lingkaran zionis di negara-negara lain, insyaAllah kekuasaan zionis ke atas Baitul Maqdis dapat diruntuhkan.

Lihat, tak dapat tidak, Islam yang sebenar mestilah tertegak di bumi Malaysia. Jika wasilahnya (cara) melalui politik i.e. demokrasi maka silakan.

Cakna isu semasa. Tahu perkembangan politik terkini. Politic conscious kene tinggi and always say NO to mandom.


Jamaah mandom..

Salurkan kesedaran dan semangat cintakan Palestin yang kita ada sebaiknya, dengan membantu perjuangan Islam di Malaysia.

“Saya tak minat bab-bab politik ni..” bukanlah pegangan kita kan.

Wallahu A’alam. Peace!

p/s- Ada yang sampai tak mahu kahwin sebab isu Palestin. Toksah lah duk sebut lagu tu, naya diri sendiri nanti =P