Saudara bagi iman itu ukhuwah





Yay!

Jumpe seorang sahabat, bagi kerja kat dia. Tapi dia balas hadiah kat aku.
Tuba dibalas susu kot.. haha.



Trimas!




"Hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah.
Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga.

Ukhuwwah adalah saudara bagi iman.
Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran.

Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan.
Tiada kesatuan tanpa kasih sayang.

Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati
(terhadap saudara seIslam)
dan yang paling tinggi ialah ithar
(mengutamakan orang lain dari diri sendiri)."


Ta'rif ukhuwah, sebagaimana yang disebut Imam Hasan.


p/s- sekecil-kecil bende pada pandangan kita, mungkin sahaja menjadi sebesar-besar perkara pada pandangan Allah..

Wallahu a'alam.




Non-muslim menyantuni Islam bukti mereka bekerja


Mereka ni non-muslim. Tapi jom tengok apa kalam-kalam mereka baru-baru ini, aku cuba himpunkan kat sini.





Di halaman surau di Permatang Tok Jaya, majlis buka puasa.


"..kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz."

"Saya akan mula memikirkan untuk masuk Islam bika ayah saya sudah tiada."




"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya (duit haram)."

"..dengan lahirnya para hafiz dan hafizah di negeri Pulau Pinang ini akan dapat melahirkan insan yang berintegriti tinggi serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan dinamik."



(Pic 1)

"Lagi mahu naik harga..air memang anugerah tuhan, tuhan Allah yang bagi percuma."





“Kami buat pertama kali dalam sejarah akan menganjurkan majlis bersunat beramai-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada Islam dan terbukti perjuangan kami untuk semua bangsa dan agama,”



(Pic 2)

"Kami akan pertahan Islam sebagai agama rasmi negara."




(Pic 3)

"Kami memang sokong persatuan ini kerana mereka memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam di dalamnya"


Ummatul da'wah, adalah golongan yang perlu di ajak kepada Islam, iaitu kelompok yang berada di atas ini.

Pendekatan yang jemaah gunakan nampak berkesan. Non-muslim Malaysia mula menyantuni Islam, dan menjadikan Islam sebagai teladan, bukti mereka (jemaah) bekerja (amal).

Bukankah cantik begini?


p/s- pelik bila ada yang kata "mereka ini bukan jemaah Islam yang sebenar."

*text diterjemah mengikut kesesuaian. Sumber utama di sini.


Perkhidmatan berbayar


Iklan ini adalah percuma..
tetapi perkhidmatan yang ditawarkan berhajat kepada bayaran =)



Sila klik sini untuk maklumat lanjut.



Qasidah Bushra Lana-بشرى لنا


Tercari-cari dekat internet translation qasidah ni dalam english.
Jumpa, dan saja bubuh kat sini. Kongsi kalau sahabat lain nak juga. Peace!




بشرى لنا نلنا المنى
زال العنى وافى الهنا
والدهر أنجز وعدنا
والبشر أضحى معلنا

يا نفس طيبي بالاقا
وعين قري أعونا
هذا جنال المصطفى
أناره لاحت لنا

يا طيبة ماذا نقول
وفيك قد حل الرسول
وكلنا نرجو الوصول
لمحمد نبينا


يا روضة الهادي الشفيع
وصاحبيه والبقيع
اكتب لنا نحن الجميع
زيارة انبينا


حيث الأماني روضها
قد ظل حلو المجتنى
وبالحبيب المصطفى
صفا وطاب عيشنا

صل وسلم يا سلام
عاى النبي بدر التمام
والآل والصحب الكرام
صلى عليهم ربنا


Bushra lana - Glad tidings
Traditional qasida

Glad tidings for us, we have attained our highest wish
troubles have ceased, and well-being has come.
Destiny (or: history) has delivered what was promised,
and joy has become manifest everywhere.

O soul, enjoy the pleasaure in the meeting
O eye, feel comfort
This is the beauty of the Chosen one
His lights shine over us.

O blessed earth - we have no words -
in which the Messenger rests!
We all wish to be united
with Muhammad, our Prophet.

Oh garden (Rawda) of the Guide and Advocate
And his two companions, and al-Baqi3!
(O Lord) ordain for us all
that we may visit our Prophet.

After satisfying the longing
remains the sweetness of what was harvested
Thanks to the Beloved and Chosen One
our lives become good nad pure

Send blessings and peace, O Lord of Peace,
Upon the Prophet, the fullmoon of perfection
And upon his Noble Family and Companions
Send blessings over them, o our Lord.

(Source)

p/s-ada beza sikit video yang atas dengan lirik kat bawah.







Mengapa saya suka rumah saya?




Mengapa saya suka rumah saya?

Sebab dia best..

Rumah saya.. semua ada.
Walaupun ada tempatnya yang rosak, lompong sana,
lompong sini. Tapi saya still dekat rumah.


Mungkin satu hari nanti, bila saya dah pandai,
saya akan cuba baiki lompong yang ada.
Ketuk-ketuk sana dan sini.

Saya tak nak lari dari rumah ni.
Sebab dia best..~


p/s-rumah zaman la ni mahal..



Salurkan semangat cinta Palestin ke jalannya




Ramai dari kalangan kita yang bersemangat.

Bila cerita tentang nasib umat Islam di Palestin, berkobar-kobar azam kita untuk membantu saudara seaqidah di sana.

Bila dibangkitkan sejarah bagaimana Islam berjaya menawan Baitul Maqdis di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-Jarrah R.A, juga pimpinan Salahuddin Al-Ayubi, kita berharap sangat satu hari nanti ada pemimpin yang dapat menyatukan kembali umat Islam menentang zionis laknatullah.

Suka aku nak kongsi apa yang Ustaz Muiz ceritakan,

Pada suatu hari datang seorang pemuda yang bersemangat bertemu Seikh Ahmad Yasin, pemimpin Hamas di Palestin. Pemuda tersebut bukanlah rakyat Palestin.

Katanya,

“Wahai Syeikh Ahmad Yasin, izinkanlah aku untuk menyertai Hamas, ingin aku berjuang bersama kamu untuk mempertahankan Palestin!”

Maka jawab Syeikh Ahmad Yasin,

“Tidak perlu wahai anak muda..”

Syeikh Ahmad Yasin menolak permintaan anak muda tersebut dan hanya meminta mereka menegakkan Islam di negara masing-masing.

Bukan bermakna bantuan dari luar tidak diperlukan. Apa yang dimaksudkan oleh syeikh adalah, jika Islam berjaya ditegakkan di semua daerah atau negara yang diduduki oleh umat Islam, nescaya Islam di Palestin turut sama dapat ditegakkan.

Hapuskan lingkaran zionis di negara-negara lain, insyaAllah kekuasaan zionis ke atas Baitul Maqdis dapat diruntuhkan.

Lihat, tak dapat tidak, Islam yang sebenar mestilah tertegak di bumi Malaysia. Jika wasilahnya (cara) melalui politik i.e. demokrasi maka silakan.

Cakna isu semasa. Tahu perkembangan politik terkini. Politic conscious kene tinggi and always say NO to mandom.


Jamaah mandom..

Salurkan kesedaran dan semangat cintakan Palestin yang kita ada sebaiknya, dengan membantu perjuangan Islam di Malaysia.

“Saya tak minat bab-bab politik ni..” bukanlah pegangan kita kan.

Wallahu A’alam. Peace!

p/s- Ada yang sampai tak mahu kahwin sebab isu Palestin. Toksah lah duk sebut lagu tu, naya diri sendiri nanti =P


Album gambar 1





Innnn...

Ouuttt... Ahhh~

Masa terus berlari tanpa aku mampu nak kejar. Banyak event yang aku missed baru-baru ni. Jadi, aku kumpulkan saja gambar-gambar yang dikirim dari rumah untuk di sempitkan dalam laman sesawang aku ni.


"Yes, dapat hadiah cemerlang pereksa. Satu dari depan na, bukan
dari belakang. Dari belakang angah aku boleh dapat. Kes2~"



Ha, ni bukti. Haibat2. Boleh minta laptop, nak guna main Girl game online.


Adik lebai putih dengan shawl Palestin ni nama dia Asyraf. Member Nabilah.
Kaki dia ni ringan jugak la aku nengok. Tengah azan dan iqamah katanya.



Hey, that's my little sis! Berbaris cepat..kerjasama2!





(pow gambar Along)

Akak pegang tedi bear ni pulak tengah amek SPM. Sesedap rasa je
buat photo shoot dekat area sekolah. Aku time Spm dulu takda sapa pon
nak amik gambar. (sadis..)

All the best untuk B Arab Tinggi dengan P. Quran Sunnah. Nanti dah habis exam
baru boleh enjoy SIKIT =P

Bittaufiq wannajah!

(my mom nampak muda lagi la, petuanya jangan tinggal baca Quran ek?)



p/s-tahun depan masuk darjah satu, tengah cuba membayangkan bagaimana adik-adik ni dipaksa untuk belajar pendidikan seks. Aish..~ (baca sini)


Sahabat selamanya- Upin & Ipin






Adik aku minat gile dengan Upin & Ipin ni. Lagu ni Padi (band Indonesia) yang
nyanyi. Ramai kata U & I ni merupakan duta untuk menjernihkan hubungan
Malaysia-Indonesia. Sebab rakyat sana pun minat kat kartun ni.

Hebat! Kartun sebagai medium penjernihan. Mungkin lepas ni kena kerahkan
team Pharmacomic Perubatan bawah ehsem untuk perbanyakkan lagi karya
diorang.


Nostalgia sungguh gambaq ni. La ni susah dah nak berkumpul together-gether.
(eceh, mood sayu pulak)


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…


p/s- kena belajar dengan Upin & Ipin cara berukhuwah dengan baik. Peace!


Islam bukan milik satu-satu bangsa sahaja





"Di dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenar inilah, maka Kelantan menganjurkan expo Cheng Ho yang julung-julung kali diadakan di rantau ini.

Cheng Ho selaku seorang muslim telah diberikan kepercyaan oleh maharaja cina untuk melakukan misi perdagangan ke seluruh dunia termasuklah ke Tanah Melayu sekitar 500 tahun yang lampau memberikan satu gambaran bahawa Islam bukanlah milik Melayu semata-mata tetapi milik semua bangsa.


Justeru, kerajaan Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam melangkah ke depan melangkaui sempadan bangsa yang disemarakkan oleh golongan-golongan tertentu dengan mengadakan expo seperti ini.
Alhamdulillah, di tengah-tengah seruan perkauman yang menebal di samping ditiup oleh semangat politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan meletakkan Islam sebagai dasar di dalam berpolitik dan bernegara.

Harapan saya agar rakyat dapat membuka mata di dalam menilai kepimpinan yang mahu dipilih agar jangan lagi menjadikan agenda bangsa sebagai keutamaan kerana ia hanya akan menyemerakkan api permusuhan yang tidak berkesudahan."


-TGNA, teks ucapan Majlis Penutup Kelantan International Business Forum-



Islam bukan milik melayu, mahupun milik mana-mana bangsa yang lain. Maka mengapa ingin sangat ditebalkan istilah bangsa.

Kalaulah benar semangat kebangsaan dapat melahirkan kekuatan, mengapakah rakyat arab palestin menangis dianaya Israel laknatullah, sedang bangsa arab di negara lain hanya mendiamkan diri? Di mana liga "Arab"?

Janganlah terlalu taksub dengan Melayu. 'Membangun bersama Islam' kan lebih baik.
Sesungguhnya mulianya seseorang kerana Islam. Islam yang memartabatkan satu-satu bangsa (eg. melayu), bukan melayu yang memartabatkan Islam.

Semangat kebangsaan hanya memecahkan umat Islam.

Wallahu a'alam.


cuti dah habis. bila mula?


Pagi ni ada masa jalan-jalan dengan Azizul (nama basikal aku, ada gear tu..
laju die macam
azizul hasni awang)

Pusing Sayyeda Zainab, membelok pula 25 darjah di selekoh untuk ke Sg Nil. Segaq kepala otak walaupun otot dah sengal-sengal ubi.



Nice2.
Aman sebab arab tak ramai pagi-pagi jumaat ni.

Layan je la gambar-gambar sepanjang cuti end round community medicine yang
dah nak abis ni =( Dah tuan blog pemalas nak mengupdate. Hemo2.


Skuad kesatria di pagi raya. Mengikut resam padi, makin berisi
makin menunduk. Respek!


Budak-budak Jordan (Akim, Pijan n Anas) datang jalan sini.
Jangan serik datang mesiq lagi na.


Pemenang tidak merungut walaupun nasik abis..


Anak-anak yang rajin.


Abeh doh. Selamat sekolah. Peace!-najib hok duk tgh-


p/s-jgn terlalu benci kat orang, mana tahu nanti dia yg buat baik kat kita.

(gambar ihsan paih)


Pengaruh bibik terhadap budak kecik


Oh, tadi mak msg aku. Kata Nabilah bawak balik report card, nak tunjuk dia dapat no 1 kat kelas.

Dah semua orang kat rumah tak berapa nak percaya bila pemberitahuan secara lisan dilakukan oleh beliau.

Ahakz.

Taip message pulak, hantar ke mama.

"Ma, cakap kat Bilah nak ape. Nanti balik wan belikan (pakai duit gaji along =P).."

tit tit.. (ada reply msg. Nabilah hantar)

"Angah, ni Bilah. Nanti belikan laptop ya."

Belikan laptop YA..??!

Haha, Bilah dah cakap guna dialek sinetron sebab lepak dengan kak Esah lama sangat. (kak Esah adalah bibik jaga atuk. Sekian.)

Betullah cakap belakang dari kakak-kakak dia. Melekat dah bahasa indonesia dia nih.
Rosak2..

Ni ada budak PASTI bagi khutbah kat korang.
Pakat dengar deh.

Peace!

p/s-lusa pereksa. doakan YA!


Bagaimana Umar berani kerana benar


Sewaktu Umar Bin Abdul Aziz menjadi penasihat kepada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, telah berlaku satu peristiwa seorang lelaki yang telah melakukan perbuatan biadap terhadap khalifah.

Khalifah telah dicemuh oleh seorang lelaki di khalayak ramai. Kejadian tersebut berlaku dalam satu majlis yang dihadiri olehnya.

Tindakan lelaki tersebut tidak disenangi oleh baginda khalifah. Ini menyebabkan baginda mengadakan satu mesyuarat bersama para penasihatnya untuk berbincang tentang tindakan lelaki tersebut.

"Apa pandangan kamu semua tentang tindakan yang dilakukan oleh lelaki tadi?"
Baginda bertanya.

Sebilangan besar daripada mereka mencadangkan agar kepala lelaki itu dipenggal. Ini kerana bagi mereka perbuatan lelaki itu adalah biadap kerana sanggup mencemuh pemimpin nombor satu di khalaya ramai.

Mereka begitu marah dengan perbuatan lelaki tersebut lantas tercetuslah cadangan sedemikian.

Bagaimanapun Umar hanya mendiamkan diri tatkala mendengar cadangan tersebut. Sedikitpun beliau tidak memberi respon terhadap cadangan untuk memenggal kepala lelaki yang telah berlaku biadap terhadap khalifah.

Sebaliknya beliau hanya membiarkan sahaja mereka berhujah mengeluarkan pendapat mereka tentang hukuman yang sepatutnya dijatuhkan ke atas lelaki tersebut.

Sikap Umar yang hanyamendiamkan diri itu telah dikesan oleh khalifah. Baginda dapat menangkap respon yang tidak baik daripada Umar terhadap cadangan tersebut.



.: IKLAN :.


Sebaik menyedari sikap yang dipamerkan Umar itu, baginda lantas bertanya,

"Mengapa kamu diam wahai Umar? Apakah kamu bersetuju dengan cadangan itu atau tidak?"

Umar dengan tenang menjawab.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa di sana wujud hukuman halal darah terhadap orang yang mencemuh, melainkan mencemuh keji terhadap Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam."

Sebaik memberikan jawapannya, Umar kemudian berdiri.

Dan kemudian berlalu pergi sambil diperhatikan oleh semua penasihat khalifah. Mereka semua terdiam mendengar jawapan Umar itu.

Selepas mendengar jawapan daripada Umar, Khalifah Sulaiman berkata dengan rasa kagum terhadap Umar yang terlalu mencintai kebenaran dan keadilan.

"Kamu wahai Umar, sememangnya kamu adalah kepunyaan Allah," ucap khalifah.

Sumber:
Kezuhudan Umar Abdul Aziz,
Kesederhanaan Nik Abdul Aziz.








p/s- refleks; bila orang yang 'alim berdiam diri pemerintah buat kemungkaran depan mata.
Yang backup pon ada. Tak boleh tahan..~

Wallahu a'alam.