Penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad SAW menjadi suatu titik baru dimana berakhirnya zaman jahiliyah dan digantikan dengan suatu yang sangat sempurna dan indah iaitu Islam.
maka disini ulama menggariskan 5 perkara yang dikaitkan dengan kehidupan jahiliyah:
Yang pertama:
Syirik menyekutukan Allah.
Yang kedua:
Meminum arak dijadikan kebanggaan.
Yang ketiga:
Perjudian dijadikan suatu amalan atau industri. Biasanya di lembah-lembah.
Yang keempat:
Kegiatan membuang anak terutama anak perempuan kerana dianggap menjatuhkan maruah
keluarga.
Yang kelima:
Sentiasa menolak kebenaran.
Sebagai tambahan, gambar-gambar dibawah boleh dijadikan rujukan kamu.
Puja kubur, bomoh senget. Ni suma sebab nak buat kerja haram macam berjudi.
(gambar hiasan)
Pakat ramai-ramai minum arak. Kes zaman la ni budak-budak kecik dah berani teguk. Ape cer?
Tak sampainya hati tengok bayi kena buang camtu. Baby boy atau girl sama sahaja.
Ini bukan anak yang haram. Mak bapak yang perangai cam haram.
Bukan di kawasan lembah. Sekarang kawasan perjudian sudah diupgrade hingga ke atas gunung atau tanah tinggi.
Gambar: Malaysia's Las Vegas a.k.a. Genting Highland.
Nak tegakkan keadilan bukan benda mudah. Tapi nak tolak kebenaran senang sangat.
Biar bittikh..!(biar betik versi arab. Tapi bittikh maksudnya tembikai =P)
Apa yang peliknya, gambar-gambar ini tidak diambil sekitar 1400 tahun yang dahulu. Era dimana sinar Islam masih belum menerangi hati-hati manusia.
Tetapi semuanya merupakan gambaran terkini situasi semasa.
Jelasnya, Jahiliyah dan Islam bagai dua titik yang berbeza. Semakin kita menghampiri Islam, maka semakin jauh kita meninggalkan jahiliyyah.
Cuba berpijak di bumi yang nyata, maka anda akan mengakui bahawa secara perlahan-lahan kita sebenarnya sudah melangkah meninggalkan Islam dan sedang menuju kepada jahiliyyah.
Malahan situasinya ketika ini nampak lebih parah dan seakan-akan lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan zaman jahiliyah. Terutamanya di Malaysia.
Back to Al-Quran and Hadith
Konklusinya,
Disana terdapat satu 'kunci'. Kunci yang dapat mengeluarkan kita dari belenggu jahiliyah dan seterusnya kembali kepada Islam.
Kunci yang dimaksudkan adalah
Al-Quran.
Merujuk kepada Al-Quran dalam segala perkara adalah penyelesaian terbaik kan.
Mush keida bardu?(baca: bukankah begitu?!)
p/s-muhasabah 51 tahun pemerintahan dan keberkesanan sistem pendidikan negara.