Imam Busiri, burdah dan mimpi Syeikh Soleh Jafari


Imam Sharafuddin Muhammad Al-Busiri atau lebih kita dikenali dengan nama Imam Busiri lahir di Mesir pada tahun 608 Hijrah.

Pencinta Allah dan baginda rasul ini mahir dalam mengarang puisi.

Diceritakan, pada suatu ketika beliau menghidap satu penyakit sampai lumpuh sebahagian tubuhnya.

Lalu al-imam mengarangkan sebuah qasidah memuji Saidina Rasulullah.
Menadah tangan memohon pertolongan kepada al-Khaliq, agar disembuhkan sakit yang dihidapinya.

Suatu hari tatkala membacakan qasidah yang dikarang, beliau lalu tertidur. Dalam tidurnya beliau bermimpikan baginda nabi. Beliau menceritakan akan sakit yang dialaminya kepada baginda yang kemudiannya menyentuh bahagian tubuh yang lupuh tersebut.

Apabila terjaga dari tidur, al-imam mendapati sehelai Burdah (atau dipanggil orang sebagai skaf, selendang juga yang selayaknya) ada pada anggota yang lumpuh tersebut sebagaimana yang diletakkan baginda dalam mimpi al-imam tadi.

Dengan izin Allah, dari keberkatan sayyidul Anbiya', maka sembuhlah sakitnya al-imam kita ini.
Beliau lantas menamakan qasidah yang dikarangnya sebagai Qasidah Burdah.



Kalau ke Iskandariah, jangan lupa singgah ke
makamnya Imam Busiri.


Dr Atiyah, imam Masjid Syeikh Soleh Jaafari di Darrasah pernah menceritakan bahawa Syeikh Soleh Jaafari pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

Di sebelah kanan baginda ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan beberapa sahabat yang lain. Radhiallahu 'anhum.

Di sebelah kiri baginda pula terdapat seorang yang tidak beliau kenali. Syeikh Soleh bersalam dan mencium tangan Rasulullah dan kesemua sahabat di sebelah kanan baginda tetapi tidak bersalam dengan lelaki di sebelah kiri itu kerana tidak dikenalinya.

Lalu Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai Soleh! Kamu tidak mengenali lelaki ini?"

Jawab Syeikh Soleh,

"Tidak."

Kemudian Rasulullah berkata,

"Inilah dia Busairi (Imam Busairi)."



Syeikh Soleh Jaafari atau nama sebenarnya Soleh bin Muhammad
bin Soleh bin Muhammad bin Rifai’e. Wa hua min aulia' illah.
Nanti kita khabarkan pula perihalnya bila berkesempatan.

Sesungguhnya orang yang sentiasa mengingati dan memuji-muji Rasulullah punya kedudukan yang istimewa di sisi baginda.

Moga-moga kita juga mendapat tempat, menjadi umat yang mendapat syafaat di hari perhitungan kelak.

Wallahu ta'ala a'lam.

p/s:
* klik post lama di sini untuk berqasidah 'ala tuul. (sini)
* kita merujuk juga di sini dan sini.

4 Responses


  1. sis_aflah on August 11, 2011 at 1:14 AM

    suka sangat dengar burdah ni :)
    masa mula2 dengar dulu terus jatuh hati walaupun masa tu tak tahu pun ia tentang apa hehe

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on August 11, 2011 at 3:28 AM

    qasidah ni beza dgn nasyid-nasyid kebanyakan kerana dikarang oleh imam-imam yang masyaAllah tabarakallah, amalan harian mereka sungguh mengagumkan.

    kalau dapat hayati liriknya, jayyidan!

  3. sis_aflah on August 11, 2011 at 4:06 AM

    ada terjemahan penuh (rasanya) oleh Prof Bukhari Lubis dalam satu buku himpunan puisi2 arab..
    tapi yang duk selalu dengar qasidah alunan muhammad al husayn, jadi susunan liriknya agak berbeza dgn qasidah penuh tu

  4. imy5667 on October 18, 2011 at 8:12 AM

    yayasan sofa ada jual di kedainya diampang tmn ahmad razali, terjemahan penuh oleh syeikh mohd fuad