Kasut baginda dilumuri darah
Tatkala dakwah baginda Nabi Muhammad nampak tidak berhasil di bumi Taif,
maka Rasulullah beransur pergi menjauh dari tanah yang dihuni Bani Tsaqif tersebut.
Maka datanglah penduduk Taif berbondong-bondong melihat Saidina Rasul kita ini.
Kata-kata keji, maki dan cerca bagai air mengalir laju, keluar dari bibir mereka. Bukan setakat itu, bahkan baginda dilempar dengan batu dan kerikil.
Luka-luka kaki baginda, sehingga darah melumuri kasutnya. Saidina Zaid membenteng serangan tersebut dengan tubuh. Luka pula beliau hingga tercedera di kepala.
Ketika di Qarn al-Manazil, datang malaikat Jibril memberi salam kepada baginda.
Katanya,
Kemudian datang malaikat penjaga gunung memberi salam lalu berkata,
Al-Akhsyabain itu dua buah bukit, bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an, letaknya di Mekkah.
Rasulullah kita ini mulia akhlaknya, lembut pula hatinya.
Baginda menolak dengan berkata,
"Sesungguhnya Allah telahpun mendengar kata-kata kaum mu itu dan segala jawapan dan penolakan mereka terhadapmu, justeru itu Allah telahpun mengutuskan malaikat penguasa gunung-ganang untuk kau perintahkannya bertindak terhadap kaum mu itu."
Kemudian datang malaikat penjaga gunung memberi salam lalu berkata,
"Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa yang engkau mahu, sekiranya engkau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit Al-Akhsyabain itu, nescaya aku lakukan."
Al-Akhsyabain itu dua buah bukit, bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an, letaknya di Mekkah.
Rasulullah kita ini mulia akhlaknya, lembut pula hatinya.
Baginda menolak dengan berkata,
"Tapi apa yang kuharapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."
Thaif mengajar pendukung Islam
Sirah bukan hanya pada lembaran kitab, tidak cukup sekadar memahami. Kerana sempurna ilmu itu bila ia diamalkan.
Bak kata orang pokok tidak berbuah, awan tidak behujan itu mengabehkan boreh..
Tiga perkara yang boleh kita perolehi dari peristiwa ini:
1. Dalam membuat sesuatu keputusan, Rasulullah melihat kepada manfaat yang bakal diperoleh Islam. Bagi Rasulullah, akan ada anak cucu dari golongan Bani Tsaqif ini menerima Islam. Maka, baginda menolak tawaran yang diberikan oleh malaikat kerana kelak generasi rabbani yang diharapkan muncul ini yang akan membela Islam.
2. Rasulullah sangat pengasih orangnya. Biarpun tubuhnya luka-luka, baginda tidak menyimpan sebarang dendam terhadap penduduk Taif.
Sebagaimana pernah disebut Syeikh Ali Jumuah tentang sifat kasih baginda,
"Andai matahari mendapat sebahagian kecantikan baginda, tidak akan berhenti ia dari memancar. Dan bagi para bapa, rahmat hatinya dan akan larut diri mereka dalam kasih sayang."
3. Jangan manja. Kerana jalan menyampaikan Islam bukan mudah. Sebagai mata-mata rantai perjuangan para nabi, tanamkan kecekalan dalam diri.
Andai kata, rasulullah futur selepas peristiwa Taif ini, mana mungkin akan sampai Islam kepada kita seperti hari ini.
Mush keida bardu..:)
Wallahu a'lam.
p/s- rujuk Raheeq al-Makhtum untuk bacaan lanjut. Peace~

Post a Comment