Archive: 2011


Sekufu




"Loyang tak sama dengan emas.
Benang tak sebangsa dengan sutera.."

Pesan si ibu kepada si anak. Bimbang sungguh bila melihat
harapan si anak terlalu tinggi menggunung. Kalau gagal dan terjatuh
sakitnya nanti bukan kepalang.



"Ustazah, sekufu itu pada ilmu. Laisa bil mal, sah?" saja aku bertanya tidak bersetuju.

Kerana hal sekufu ini juga pernah disebutkan Syeikh Nuruddin saat kita bertandang ke rumah Kedah dahulu. Al-fadhil menekankan, sekufu itu pada ilmunya.

"Tidak! Sekufu itu pada semua perkara. Fi kulli syai'. Termasuk bangsa, ijtima'i, pekerjaan.. (banyak tak ingat dah)." balas Ustazah Jihad separuh menjerit, menyangka kita belum memahami celoteh panjangnya tadi.

Masih tidak berpuas hati pada asalnya. Namun selepas disyarahkan, kita membuat satu kesimpulan.

Kufu bermaksud sama.

Umumnya sekufu pada segala macam perkara perlu bagi mewujudkan suasana yang harmoni, saling memahami dan mengurangkan ikhtilaf. Justeru mengatasi penceraian. Maka kata-kata orang yang makan garam dulu seperti Ustazah Jihad kita tak ambil mudah.

Namun satu perkara yang perlu diingat.

"Adapun kufu itu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia dilihat pada agama, iffah, keturunan, ketaqwaan, dan akhlak."

Untunglahlah jika dapat pasangan yang sama dari segala hal. Tetapi jika tidak mampu, maka utamakan yang lebih utama. Mudah.


Loyang atau benang, sekufu bukan saja-saja diwasiatkan.
Wallahu a'lam :)

p/s-baru balik program UBM


Kecik




Banyak benda
yang kita rasa masa kecik mudah
sebenarnya susah.

Kehidupan mula memperlihatkan belangnya
bila mendekati usia dewasa.

Jadi jangan mimpikan yang indah-indah sahaja.

Moga hari ini lebih baik dari yang semalam.
Wallahu ta'ala a'lam.


Hatta Saidatina Fatimah Binti Rasulullah


Malam Jumaat yang lepas, kita isi masa terluang dengan duduk menadah ilmu mendengar hadis yang dibacakan oleh al-Fadhil Syeikh Yusri.

Pintu gerbang yang tertutup kita tolak perlahan-lahan. Mujur tidak berkunci. Kelihatan satu halaqah di bahagian depan masjid.

Takut-takut dibatalkan pula, melihatkan kepada mood rakyat Mesir yang bersungguh hendak berhimpun pada keesokan harinya.

Sampailah pada sebuah hadis dalam kitab ahadis al-anbiya, tentang seorang wanita dari golongan bangsawan yang telah mencuri, lalu diminta akan mereka pelepasan dari hukum hudud. Dibacakan fadhilatus syeikh akan hadis tersebut sebagaimana berbunyi;

أن قريشا أهمهم شأن المرأة المخزومية التي سرقت . فقالوا : من يكلم فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟
فقالوا : ومن يجترئ عليه إلا أسامة ، حب رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ فكلمه أسامة . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أتشفع في حد من حدود الله ؟ ثم قام فاختطب فقال أيها الناس ! إنما أهلك الذين قبلكم ، أنهم كانوا إذا سرق فيهم الشريف ، تركوه . وإذا سرق فيهم الضعيف ، أقاموا عليه الحد . وايم الله , لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها



Hadis riwayat Saidatina Aisyah r.a:

Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullah s.a.w?"

Dengan serentak mereka menjawab:

"Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w. Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah:

"Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya."




Sebak.

Entah mengapa tatkala sampai kepada ayat "Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya" hati menjadi sayu. Sungguh, Saidatina Fatimah tidak akan pernah mencuri.

Tiada bezanya manusia bila berdepan dengan ketetapan Allah. Baik yang mulia atau hina, kaya ataupun miskin, berkedudukan mahupun tidak. Semuanya sama.

Dan kalau saja ingin dibandingkan kemuliaan antara 2 wanita tersebut (Saidatina Fatimah dan wanita bangsawan dari kabilah Makhzumiah), tentunya tidak terkalahkan Saidatina Fatimah, kerana beliau merupakan keturunan baginda nabi sollallahu 'alaihi wasallam.

Hatta Saidatina Fatimah binti Rasulullah sabda baginda.



Siapalah kita untuk berasa mulia dan mengatakan tidak?

Wallahu ta'ala a'lam.


Qasidah: Al-Hadad Qad Kafani






Al Imam Abdullah al-Hadad lahir di Hadramaut, Yaman pada tanggal 5 bulan safar tahun 1044 Hijrah.

Ulama sufi yang masyhur ini merupakan seorang daie yang gigih dalam menyebarkan ilmu dan kalam kebenaran, menjadikan kota Hadramaut tumpuan para tolibil 'ilm yang dahagakan ilmu.

Nah, dengarkan qasidah Hadad ini. Maksudnya mendalam. Membuatkan kita tersentuh dan larut dalam senandung rintihan al-imam.

Syukran kepada yang sudi mengajarkan. Moga Allah yang membalasnya.





Lirik 1


Lirik 2


p/s- Salam 'aidil adha buat semua..


Duduk berhimpun melihat orang soleh


Al Alamah Al Habib Umar Bin Hafiz

Belum ke Yaman, juga tak tahu jika ada jodoh untuk berpijak di negeri tua itu.

Tapi semalam kita sempat berhimpun bersama-sama sahabat yang lainnya untuk melihat wajah Habib Umar bin Hafiz secara terus di Hayyu Asyir. Dekat sangat, rugilah tak pergi.

Kami bangun tanda kasih, lalu mendendangkan nasyid "Talaal badru alaina" tatkala alhabib tiba ke dataran tempat orang ramai berkumpul.

"Rasa macam Rasulullah hidup dengan kita lagi, auranya hebat", seloroh seorang teman.

Susuk tubuh keturunan baginda nabi ini insan yang gigih dalam menyedarkan masyarakat tentang cinta Allah dan rasul-Nya, membangunkan rohani dan jiwa manusia yang sunyi dari nilai-nilai Islam.

Tentulah, jiwa yang sarat penuh dengan cinta dan mutiara ilmu mampu mengisi jiwa-jiwa dan hati kita yang kosong.

Moga kita termasuk dalam doa-doa yang diaminkan alhabib kelmarin.

Wallahu ta'ala A'alam.


Binakan semula Kota Melaka dan legasinya


Ini bukan kota Melaka ya..


Kota Melaka bukanlah kota sebarangan kerana diperbuat ia dari bahan yang ampuh. Tempat rakyat jelata duduk berteduh, sesuai sebagai benteng pertahanan bila diserang musuh.

Adapun keampuhan kota ini pernah disebutkan oleh Abdullah sebagaimana berbunyi;

"Bagaimana teguhnya serta dengan tebal dan lebarnya, semuanya batu besi belaka. Satu-satu batu itu lebarnya sedepa: demikianlah dibuat oleh Mejar Farquhar -diletupkan dari bawah tanah- semuanya habis terbang. Jikalau tidak dibuatnya begitu, nescaya sampai hari ini pun dipecahkan satu-satu batu itu belum boleh habis."

Dek permasalahan dalam dan luar istana yang tidak mampu dibendung, maka kalah juga Melaka ditangan soldadu Feringgi bila mana jambatan Melaka berjaya ditawan.

Kedatangan mereka bukan sekadar memastikan penguasaan eropah terhadap perdagangan rempah melainkan untuk meneruskan agenda salibiah jua.

Maka tidak sedikit kehinaan yang menimpa umat Islam ketika itu seperti mana yang disebut oleh ahli sejarah Melaka abad ke 21 kemudiannya, sebagaimana berbunyi;

"Kota A Famosa didirikan sebagai benteng pertahanan terhadap serangan-serangan balas yang bakal dilakukan oleh penduduk setempat. Dan kota tersebut dibina daripada batu-batu hasil runtuhan Kota Melaka, masjid-masjid dan maqam-maqam sultan."

Biarpun kejatuhan ini menjadi episod duka seluruh Nusantara, ia tetap meninggalkan satu khazanah berupa undang-undang bertulis berasaskan syariat Islam diberi nama Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka.

Implementasi undang-undang Islam telah berlaku sejak lebih 500 tahun yang lalu.

Yang demikian merupakan satu legasi peninggalan Kerajaan Melaka tiada ternilai dan sepatutnya dikaji dan dijadikan asas dalam perlaksanaan syariat Islam Malaysia masa kini.



Barangkali soldadu Portugis yang melukiskan ini..


Ah, manusia jangan begitu takbur menidakkan undang-undang Allah di atas muka bumi.

Ayuh.

Binakan semula 'kota Melaka' yang telah rakus diruntuhkan musuh. Hidupkan kembali legasi peninggalan berupa undang-undang Islam di bumi emas ini. Semoga ia terpasak kukuh dan ampuh, menjadi benteng buat umat Islam dari panahan-panahan ghazwatul fikr zaman kini.

Kita asalnya hina, hanya dengan Islam menjadi mulia.

Wallahu ta'ala a'lam.

p/s- sokong mereka yang memperjuangkan implementasi hudud di tanah air.



Rujukan
1) Cerita-cerita dari Abdullah Munshi
2) Undang-undang syariah vs common law (link)


Mimpikan 'Hikayat Abdullah'


Alhamdulillah.

Hari ini berkesempatan jumpa seorang sahabat kat KL. Lama juga tak jumpa. Kali terakhir masa winter 2 tahun lepas di Mesir.

Selesai berborak panjang, aku pun tahan teksi ke Dewan Bahasa & Pustaka. Cadangnya nak balik rumah sekali dengan mak. Pejabat hanya terletak di menara MAA yang memang dah dekat sangat dengan DBP.

Boleh tahan banyak buku di sini. Tak kurang juga dari terbitan-terbitan lama.

Teringat satu buku yang memang aku teringin nak baca. Hikayat Abdullah oleh Munshi Abdullah. Karya ini siap dikarang pada tahun 1845.

Buku yang sedikit sebanyak menceritakan tentang latar masyarakat di Melaka dan Singapura zaman tu. Macam cool gila kalau dapat baca ni!

"Hm.. bang, nak tanya buku boleh?"

"Boleh, buku ape ye?"

"Hikayat Abdullah!" aku separuh menjerit.

"Oh, sekejap..
Dik, buku ni Karya Agung.."

"Karya Agung tu macam mane?"

"Karya Agung ni salinan asal, dan biasanya mahal. Cuba tengok kat depan tu"
Sambil merujuk kepada rak buku di depan.

Aku teliti beberapa buah buku yang dilabel karya agung ini. Helaian kertasnya kuning kitab jawi lama, cover pulak tidak bergambar.

Memang 'agung'. Nampak klasik sangat.

"Yeke mahal, mahal tu berape bang?"

"Kejap..Hm, 160 ringgit"

Senyum kambing sekejap kat brader ni.

"Hoho. Takpe lah bang. Saya amik yang ni je"
Aku bayar harga 2 buah buku yang sedia ada kat tangan.


Tak sampai hati pulak nak beli. Takde jodoh kot hari ini. Takpa la.
Kumpul duit sebulan 15 ringgit boleh dah nak beli tahun depan kalau nak sangat.

Orang lain boleh je kumpul duit dari kecik untuk beli cincin.
Takkan kita tak boleh..hehe.

p/s- makin besar nikmat kita dapat, makin besar tanggungjawab kita pada masyarakat..


Tetamu senja- A Samad Said





Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


..Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka,
maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun
dan tidak (pula) mendahulukan(nya).

[Yunus; 49]


Kisah Hang Padia mengerat buluh



Letih bermandi peluh menggali perigi 4 hasta dalamnya, kita meredah hutan pula.

Berkira-kira untuk mencari buluh yang tebal. Bukan buluh telur, bukan juga buluh lemang kerana dua macam jenis buluh yang kita sebutkan tadi nipis sifatnya.

Arakian melihat serumpun buluh sedikit tua yang duduknya asing dari rumpunan buluh yang lain, kita tersenyum gembira. Kerana rumpun buluh yang ini istimewa sekali. Panjang dan tebal, berdiri tegak ke langit membahasakan keampuhannya.

Buluh sakti barangkali.

Selesai saja solat zuhur tatkala gelincirnya mentari, kita keratkan buluh-buluh 'sakti' tadi menjadi ukuran yang sama panjang.

Mujur tiada Puteri Buluh Betung duduk menginap berteduh di situ. Jikalau tidak, jenuh pula kita hendak menjawab bila ditanya orang kampung. Pergi seorang, balik berdua.

Diikat, lalu dipundakkan ke tubuh. Deras kita berjalan pulang bertongkatkan tulang kaki, femur dan tibia yang besar.

"Apa kerja Hang Padia itu mengerat buluh ketika Syawal begini. Alangkah baik jika dikerat sebelum takbir raya, boleh juga kita membuat lemang atau menghias kampung seperti di Batu Pahat. Kerana di sana rakyatnya suka berpesta pelita pada malam 7 likur."

Bisik-bisik orang kampung tidak kita pedulikan. Entah mengapa bisiknya menjadi sungguh kuat sampai terdengar oleh kita. Ah, persetankan.

Buluh-buluh tadi kemudiannya kita bersihkan luar dan dalamnya. Kita ambil sabut kelapa, lalu diselitkan pada pelepah salak yang panjang. Terus digosok-gosok bahagian dalam buluh.

Kalau di zaman kalian, umpama memberus botol susu gamaknya.

Selesai menggosok kita pukul batang buluh tersebut hingga habis keluar miang-miangnya, putih bertebaran ke udara. Kemudian buluh-buluh tadi disusun membentuk 6 batang saliran yang panjang.

Hujung setiap dari yang satunya kita himpunkan pada perigi yang digali tadi. Hujung yang satu lagi pula kita halakan pada 6 anak sungai dari bukit yang berbeza.

Saliran yang pertama pada anak sungai yang bernama Ain, yang kedua Anf, yang ketiga Famm, yang keempat Uzn, yang kelima Yadd dan yang keenam Qadm.

Begitulah nama anak-anak sungai yang mungkin asing bunyinya di kalangan rakyat setempat. Tiada pula mampu disebut dengan baik oleh mereka. Bahkan dimelayukan pula seabad kemudian. Melayu berdaulat mereka bilang.

Akhirnya perigi kita penuh dengan air dari tujuh bukit ini.

Bersih dan segar, boleh dibuat bersuci.



Alahai.
Melihatkan saliran dan perigi ini membuatkan kita teringat pula akan pesan ulama tasawwuf.

6 saliran buluh yang tadi seumpama anggota tubuh kita yakni mata, hidung, telinga, mulut, tangan dan kaki yang berhubung terus dengan perigi yang disyibbih sebagai hati.

Anggota-anggota tersebut ibarat pintu kepada hati. Andai saja kita leka hingga membiarkan hal maksiat menceroboh masuk melaluinya, pasti sang hati akan menjadi gelap dan kita menjadi buta dalam membezakan yang haq dan yang batil.

Pintu yang sangat sensitif.

Kalau hanya satu saja anak sungai yang tercemar, perigi tersebut tetap menjadi keruh binasa. Walaupun 5 saliran buluh yang berbaki mengalirkan anak sungai yang putih jernih kan..

Hati-hatilah dengan hati.
Wallahu taala a'lam.


TV: Tanyalah angah!



Bulan baik, hari baik.
24 Ramadhan.

Nabilah: Angah, hari raya (aidilfitri) untuk bangsa apa? Melayu ke, cina ke, india?

Angah: Hm, hari raya ni untuk orang Islam. Tak kisah la bangsa apa. Melayu, cina, India.

N: Yang jiran pak cik Bo*** tu sambut raya tak?

A: Dia Islam ke tak?

N: Entah..

A: Dia bukan Islam, jadi tak sambutlah raya :)
(Hoho.. pandainye aku jawab. Yes!)



Hi, saya tak puasa penuh. Tapi masih
bersemangat nak raya!


N: Kalau father's day boleh sambut tak?

A: Boleh!

N: Sebab kawan Bilah kata tak boleh sambut sebab tu Kristian punya..

A: Oh. Boleh, sebab sambutan hari bapa tak bertentangan dengan ajaran Islam.

N: (Nganga kejap..)

A: Eh, faham tak?

N: Tak fahamlah. Bertentangan tu ape?

A: Bertentangan tu berlawanan. Gitu-gitu tu..

(Argh, camne nak explain. Sapelah kawan dia ni?
Karang aku sebut aqidah lagi pening.. @#%$%)


Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Tatkala melewati beberapa rak buku di toko buku milik seorang cini ini, mata saya tertangkap wajah redup dan tenang Tok Guru Nik Aziz yang menjadi cover sebuah buku.
Putih dan bersih.

Saya baca tajuknya.
Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Belek pula kandungan dalamnya secara kasar. Lihat rujukannya, terus tersenyum.

"Rujukan utama: Al-Quran dan Sunnah"




Penulis: Mohd Aizat Mohd Salleh Al-Hafiz
Penerbit: PTS Millenia
Tahun Terbitan : 2011
Bil muka surat: 149
Sumber: Duit poket yang tak berapa tebal

Bagi mereka yang mengenal TG hanya melalui isu semasa yang dimainkan media pro kerajaan, pasti timbul 1001 prejudis terhadap kelibat beliau dalam arena politik, dan secara langsung terhadap PAS.

Walhal, beratus kuliah mingguan beliau tidak pula kita ikuti. Gaya bahasa, buah fikiran dan atur katanya.

Tidak adil jika menilai peribadi TG tanpa membuat penilitian dan kajian tentang latar belakang dan sejarah beliau dengan lebih terperinci. Tak kenal maka ta'aruf kan.

Nah, buku ini antara jawapannya. Pembaca disajikan dengan latar belakang keluarga, pendidikan dan sejarah penglibatan dalam politik.

Apa yang dimaksudkan sebagai Kelantan model negeri Islam juga dapat saya fahami dengan lebih baik melalui penerangan tentang perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh TG.

Penggal kedua buku ini pula membincangkan tentang isu semasa yang mendapat sentuhan TG. Antaranya isu non-muslim membaca ayat Quran, non-muslim dan masjid, kalimah Allah dan banyak lagi. Justeru menjawab tohmahan dan serangan yang dilemparkan kumpulan tertentu.

Highly recommended.

Menjernihkan keruh yang kadang meresap masuk dalam fikiran kita.
Sungguh, TG Nik Aziz tokoh Islam yang bukan calang-calang dalam era kebangkitan Islam masa kini.

Wallahu ta'ala a'lam.
Peace!

p/s- saya lebih thiqoh dengan pandangan TG berbanding individu-individu lain dalam isu perpaduan, melihat kepada ketinggian ilmu dan pengalaman beliau dengan bacaan politik yang bukan sebarangan.


Apabila sihat kepalanya, tubuh yang lain tidak akan rosak


Daulah, jika yang memimpinnya orang yang soleh nescaya akan menjadi aman negeri tersebut.

Kemakmuran dan kemewahan akan tersebar kepada seluruh rakyat jelata, waima kepada haiwan dan binatang sekalipun.


Imam Malik bin Dinar berkata:

“Ketika Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah, para penggembala kambing di puncak gunung berkata:

من هذا الرجل الصالح الذي قام خليفة على الناس؟
Siapakah khalifah yang soleh yang sedang
memerintah manusia sekarang ini ?

Lalu orang-orang yang berasal dari kota bertanya kepada mereka: 'Mengapa kalian mengetahui semua itu?'


Para penggembala menjawab:

فإن عدله كفّ الذئاب عن أغنامنا
Sesungguhnya pemerintahan apabila dipegang oleh seorang khalifah yang saleh,
serigala dan singa tidak akan mengganggu kambing-kambing kami !

Read more »


Imam Busiri, burdah dan mimpi Syeikh Soleh Jafari


Imam Sharafuddin Muhammad Al-Busiri atau lebih kita dikenali dengan nama Imam Busiri lahir di Mesir pada tahun 608 Hijrah.

Pencinta Allah dan baginda rasul ini mahir dalam mengarang puisi.

Diceritakan, pada suatu ketika beliau menghidap satu penyakit sampai lumpuh sebahagian tubuhnya.

Lalu al-imam mengarangkan sebuah qasidah memuji Saidina Rasulullah.
Menadah tangan memohon pertolongan kepada al-Khaliq, agar disembuhkan sakit yang dihidapinya.

Suatu hari tatkala membacakan qasidah yang dikarang, beliau lalu tertidur. Dalam tidurnya beliau bermimpikan baginda nabi. Beliau menceritakan akan sakit yang dialaminya kepada baginda yang kemudiannya menyentuh bahagian tubuh yang lupuh tersebut.

Apabila terjaga dari tidur, al-imam mendapati sehelai Burdah (atau dipanggil orang sebagai skaf, selendang juga yang selayaknya) ada pada anggota yang lumpuh tersebut sebagaimana yang diletakkan baginda dalam mimpi al-imam tadi.

Dengan izin Allah, dari keberkatan sayyidul Anbiya', maka sembuhlah sakitnya al-imam kita ini.
Beliau lantas menamakan qasidah yang dikarangnya sebagai Qasidah Burdah.

Read more »


Stesen orang-orang yang Syahid


Semenjak dua menjak ni, rajin pula kita menggunakan metro. Keratapi lama ini memang terkenal dengan zahmahnya (sesak) dan kepanasannya.

Maklumlah, ia menggunakan sistem penghawa dingin semula jadi iaitu tingkap. Murah.

CFC-free lagi.

Adapun kipas yang dipasang pada bumbung train, tiadalah dapat ia mengubat sakit panas kita. Hatta semut pun barangkali tidak mampu diterbangkan dek tiupan kipas yang manja-manja ini.

Setiap kali tiba di stesen atau Muhattoh tertentu, seperti biasa train akan berehenti seketika. Jarak di antara setiap stesen tidak jauh.

Dan setiap satu darinya juga tidak mempunyai penghawa dingin. Panas.

Menariknya, setiap kali hampir tiba ke stesen Al-Shohadaa, satu macam hawa yang nyaman dapat dirasai. Sejuk. Tiada dapat kita merasa nyaman seperti ini di stesesn lain sekitarnya.

Semuanya masih tidak berpenghawa dingin.

"Ah, sejuknye. Kat Shohadaa.. padanlah. "
"Syurga, tempat orang-orang syahid."

Sempat kami tersenyum-senyum berseloroh. Alangkah seronoknya jika semua stesen di Mesir ber'aircond'. Nasir, Orabi (stesen) dan lain-lain juga perlu syahid nampaknya selepas ini.



Stesen ini pada asalnya bernama Mubarak. Setelah
kebangkitan Mesir 25 Januari, stesen ini telah ditukar namanya
menjadi Al-Shohadaa, bersempena dengan sejumlah warganya
yang terbunuh ketika proses tersebut.


Semalam, Mubarak dibicarakan dalam keadaan sakit terlantar di atas katil. Banyak cerita yang kita dengar tentang kezaliman yang dilakukan sepanjang sihatnya. Terutama kisah pimpinan-pimpinan IM yang teruk didera.

Sungguh, kezaliman yang dilakukan jika tidak terbayar di atas muka bumi pasti akan dilunaskan di hari perhitungan kelak.

Wallahu ta'ala a'lam.


Ketupat cinta


Musim cuti macam sekarang ni, eloklah kalau isi dengan benda berfaedah macam baca buku. Kalau ikut kajian pun, orang Malaysia antara kumpulan terendah majoriti rakyatnya dengan bilangan buku di baca dalam setahun.

Tak ingat exact number, bilangan buku per person in a year. Tapi rendahlah.
Jadi nak promote buku ni.




Tajuk: Ketupat Cinta [Musim Pertama]
Penulis: Faisal Tehrani
Tahun terbitan: 2009
Sumber: Pakai duit poket yang tak berape tebal ni.


Seperti biasa, tulisan FT yang ini tidak mengecewakan.

Read more »


Tuntuni langkah Imam Syafie


Al-imam kesayangan kita ini namanya Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib. Biasa dipanggil orang Imam Syafie.

Lahirnya di Ghaza, pada tahun yang sama di mana wafatnya Imam Hanafi yakni pada tahun 150 hijrah.

Suka untuk kita babadkan di sini akan kehebatan al-imam itu, semenjak dari ia kecil lagi.

Beliau kembali ke Makkah ketika berumur 2 tahun, kerana tekad ibundanya menjadikan al-imam seorang ulama'.

Ketika berumur 7 tahun, beliau sudah menghafal Al-Quran. Ketika berumur 10 tahun pula, kitab Muwatta' susunan Imam Malik sudah dihafal. Ada riwayat mengatakan al-imam menghafalnya dalam tempoh 9 hari.

Kitab yang kita sebutkan ini bukan sedikit kandungannya. Ia memuatkan sejumlah hadis yang banyak, lebih kurang 1720 hadis.

Read more »


Tanda


Aku pernah tanya pada adik aku, macam mana nak tahu yang seseorang tu suka kat kita atau tidak.

Dia hanya tergelak. Lama berfikir baru menjawab.

Begitu begitu. Begini begini.. semput. Sedaya upaya cuba menerangkan pada kita tanda-tanda yang mungkin.

Adalah sedikit yang aku pelajari. Tapi nyata aku tersalah tanya. Budak ini masih berhingus dan mentah. Lucu pula melihat reaksinya.

Read more »


Tradisi membunuh Hang Nadim


Telah tercatat dalam Sulalatun Salatin karangan Tun Sri Lanang akan seorang budak berumur 7 tahun di negeri Singapura, Hang Nadim namanya.

“Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura,
berlompatan lalu ke ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati
dilompati todak itu; barang yang kena terus menerus olehnya.”

Adapun Seri Maharaja Singapura kita yang cetek fikirannya menyuruh rakyat jelata turun melawan todak dengan berkotakan betis.

Mujur seorang budak yang bijak ini turun, seraya berkata.

“Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita.
Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”


Cadangan akal kancil dari Hang Nadim ini disambut baik.

Maka terlekatlah todak-todak tersebut pada batang pisang. Cepat pula orang-orang pantai membunuhnya, mencerai roh dari tubuh.

“Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi?
Baiklah ia kita bunuh, tuanku.”


Hasutan pembesar-pembesar tolol ini diikut sang maharaja. Maka habis dibunuhnya Hang Nadim yang berjasa. Penat berkirim susu, tetapi dibalas pula dengan tuba.

Read more »


Pasang spy


Macam biasa bila nak masuk dewan periksa hari tu, aku maklumkan pada ayah mama dulu. Tanya khabar, mohon doa restu mereka. Susah senang soalan nanti, biar dipermudahkan dengan berkat doa dari mereka.


Tut.Tut.

Ada reply message dari ayah.

"Ayah dah ok sikit. Ayah sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak-anak. InsyaAllah wan akan berjaya dengan cemerlang."

Wah, lega sikit hati ni. Dapat kata-kata pembakar semangat .


Encik Salleh, 51. Ha?

Aik, tapi pelik. Awat ada tulis "ayah dah ok sikit" ni. Musykil2.
Tadi masa borak dengan mama, tak cerita apa pon. Semua nampak ok je.

Read more »


Memoir Akala- Bagaimana kucing melihat cinta [Part 1]


Aku seekor kucing.

Namaku Akala. Pelik sikit nama ni. Tuan muda aku yang kononnya mengaji kelas aliran agama (KAA) di Kuala Lumpur yang menamakan aku.

Akala dalam bahasa arab (آكل) yang bermaksud makan.
Katanya kerana aku kuat makan. Tapi kucing mana yang malas makan?

Bagus lagi kalau bubuh wardah, mujahadah atau thabat. Baru gempak.



Bulu aku putih, putih semata. Ekor aku pula mengembang seperti ekor tupai. Mata aku biru cair. Tetapi bila malam, ia kelihatan kemerah-merahan. Maklumlah, aku pemburu yang cekap. Badanku pula sedang-sedang saja, sesuai sebagai seekor kucing betina yang comel.

Selaku kucing yang comel, manja dan bijak aku mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dimiliki kucing-kucing bandar yang lain. Antaranya ialah:

Read more »


Belajar adab dari garam dan tepung


Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi
(bukan Qardhawi ye)

Adapun orang yang kuat beramal itu ramai di atas bumi ini, namun sedikit pula mereka yang memiliki adab, yang tinggi akhlaknya.

Lupa pula sekalian orang bahawa sesungguhnya memperbanyakkan adab bersama amal soleh yang sedikit lebih penting daripada memperbanyakkan amal soleh tetapi kurang adabnya.

Imam Qurafi berkata dalam kitab al-Furuq:

"Ketahuilah, sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan.

Read more »


Keharusan membelasah orang yang bermuka ketat ketika musim pereksa



Ganas tak? Nasib baik comel.

“Wan, biar aku masak nasi hari ni..”

“Tak payah, aku masak.”
Laju aku jawab. Senada bunyinya.

“Kau masak apa hari ni?”

“Nasi tomato.”
Jawapan tanpa perasaan diberikan. Wajah mencuka.

“Wan, camne nak letak video youtube dalam blog ni?”
Tanya si botak di pagi hari.

“Bukak youtube tekan embed amek link dia bubuh kat html post ko.”
Selaju harimau kumbang pula aku membalas dalam satu nafas. (tengok takde koma dalam ayat)

Read more »


Always aim high- Exam wallpapers inside


Mu'allimah kita, Ustazah Tasnim ada memberikan nasihat.
Dia bilang, bila nak lakukan sesuatu, sentiasa letak target atau sasaran yang tertinggi.

Katanya, kalau tak dapat seperti yang disasarkan sekalipun, natijah kita still tak lari jauh.

Misalnya anda meletakkan mumtaz sebagai sasaran, maka kalau tak dapat mumtaz, setidaknya anda hanya tergelincir sedikit jatuh ke jaid jiddan.

Always aim high.

Kerana katanya, nabi kita pernah berpesan, bila kita menadah tangan memanjatkan doa memohon ditempatkan di syurga milik-Nya, pohonlah syurga Firdaus yang tertinggi.

Al firdaus al-A'la.

Rasulullah bersabda: jika kamu meminta syurga Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga dan di atasnya ada Arasy Rabb yang Maha Pemurah.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nak kongsikan beberapa wallpaper menarik sempena imtihan kat sini.

Read more »


Infanticide


Kebelakangan ini, kami disajikan dengan wajah-wajah kematian ketika kuliah.


Selain untuk tujuan pembelajaran, mungkin juga melatih pelajar berhati kering, melalui habituation. Tidak terlepas suroh-suroh bayi yang biasanya dibunuh si ibu.

Infanticide.

Ada yang dilemaskan, ada yang dilukakan, dan ada yang dijerut dengan tali pusatnya sendiri.

Kalau masyarakat arab jahiliah dahulu membunuh anak perempuan mereka kerana takut membawa bala dalam keluarga, masyarakat sekarang lebih teruk dari itu. Tiada beza jantina dalam jenayah yang dilakukan pada hari ini.

Makanya siapakah yang lebih jahil?
Masyarakat kita sekarang atau arab zaman jahiliah.

"Mereka menganggap dengan menadah air dari atap yang bocor adalah cara yang berkesan. Sedangkan yang terbaik tentunya dengan menutup dan membaiki lompong kebocoran pada atap tersebut."

Seorang yang faham di sebelahku berkata-kata.


Read more »


Bintang dan plankton





Malam di sini sejuk sekali. Bebeza dengan siangnya. Maklum, kawasan gurun memang begini. (klik lawatan sambil belajar ke Bahriya)

Kami baring jauh dari unggun api kerana ia telah dijajah sekumpulan manusia yang sekejap tadi bermain anak-anak raja. Biarkan, nanti bila mereka sudah masuk tidur kami ke sana pula.

Lama mereka di situ. Entah apa yang di bualkan. Kadang-kadang menyusup masuk ke gegendang telinga kita. Aih, bukan sengaja mahu mendengar. Tetapi sudah adat di tanah lapang gurun ini, berbisik seperti menjerit.

Kalau disediakan sebakul daun sirih segar, nescaya akan habis dikunyah bersama sekacip inang hingga ke fajar. Bertambah seronok berbual kerana enak. Bak kata orang 'kelat jatuh ke rengkung, seri naik ke peroman'.

Read more »


Iktibar dari Taif




Kasut baginda dilumuri darah

Tatkala dakwah baginda Nabi Muhammad nampak tidak berhasil di bumi Taif,
maka Rasulullah beransur pergi menjauh dari tanah yang dihuni Bani Tsaqif tersebut.

Maka datanglah penduduk Taif berbondong-bondong melihat Saidina Rasul kita ini.

Kata-kata keji, maki dan cerca bagai air mengalir laju, keluar dari bibir mereka. Bukan setakat itu, bahkan baginda dilempar dengan batu dan kerikil.

Luka-luka kaki baginda, sehingga darah melumuri kasutnya. Saidina Zaid membenteng serangan tersebut dengan tubuh. Luka pula beliau hingga tercedera di kepala.

Read more »


Tae-ho's story


Jalan-jalan kat FB, terjumpa satu video.
Dan rasa perlu kongsi dengan korang kat sini.



- Tae-ho, which body parts don't you have?

- Arms.

- Isn't it hard for you to live without arms, but only legs?

- It is fine.

- It is okay?

- YES!


Hebat sungguh budak ni. Teringat kat phocomelia (klik sini).

Fikir-fikirkan anugerah yang Allah berikan. Moga kita ni berada dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur atas nikmat-Nya.



“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku,
Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku.
Tetapi kalau kamu kufur nikmat,
ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”

(Surah Ibrahim: 7)


Wallahu a'lam.




Darah


[29 April 2011]

Derma darah, dalam bahasa syuganya tabarru' ad-dam.

Ada yang pada awalnya, tidak berminat, takut, tetapi akhirnya menderma.

Ada pula yang terlalu ingin menderma tetapi tidak mampu berbuat demikian. Sahabat kita, orang pertama yang mendaftar untuk menderma dengan semangat berkobar-kobar, tetapi ditolak oleh tobib kerana sebab tertentu.

Low hemoglobin concentration, sedang mengambil ubatan, low BP etc.

Baca berita di sini.


Kurang lebih 140 pelajar yang turut serta. Lebih ramai di sebelah akhawat.

Moga beroleh ganjaran atas apa yang kamu usahakan.
Moga dengan niat kamu juga, ada nilainya di sisi Rabbul Jalil.

Wallahu a'lam.

p/s-sejak bila pulak aku promote PO ni "-_-


Intima', dan kepada siapa?


Bismillah.

Hari ini, suka kita berkongsi akan perihal intima'.

Intima di dalam bahasa membawa pengertian menggabungkan diri.

Di dalam Islam ia membawa maksud menggabungkan diri atau melarutkan diri ke dalam Islam secara menyeluruh.

Intima' yang satu ini pula berhajat akan ia tiga macam perkara iaitu keimanan, kesedaran dan kewajipan.



Read more »


Belajar untuk sayang


Tahukah, aku belajar untuk sayang.
Tiada ia diperoleh mudah-mudah seperti makan ulam raja yang dicicah belacan.

Waktu kecil dahulu kita ni pantang dimarah ibu.

Kalau dimarah sahaja, berjalan kita ke bilik sambil dihentak-hentak kaki ke bumi. Mahu saja bumi terkoyak memuntahkan isi tanahnya kerana hentakan yang terlalu kuat.

Laceration dalam bahasa forensiknya.

Di bilik, katil double decker pula ditendang-tendang dari bawah. Biar meletup-letup bilik.



Read more »


Lau Kana Bainana


Alhamdulillah.

Hari ni hepi je. Kelas habis awal. Ke kedai vodafone bayar bil broadband. Layanan sangat baik dari diorang. Friendly sangat.

Pergi makan ayam masywi kat tepi jalan. Juga dilayan mesra bagaikan santapan istana.

Ammu Solah namanya. Suka sangat bila kata nama aku Muhammad. Nama yang baik katanya. Nama nabi kita.

Maklum, maksudnya sendiri adalah terpuji. Biarkan ia menjadi doa.
Doa yang akan dimaqbulkan, bukan misnomer semata.

Maka, bila budak arab sakat aku tadi, aku tak marah pon.
Biaq pi lah.

Suka pula nak share satu nasyid yang best.
Lau Kana Bainana, jika sayyidina Rasul bersama kita.

Read more »


Pesuruh tu apa?


Pesuruh tu apa?

Azan berkumandang di TV.

Khusyuk pula Nabilah menontonnya. Dibacanya terjemahan azan yang ditulis dalam bahasa melayu. Perlahan-lahan dibaca tapi tetap dapat aku mendengarnya.

Tidak berapa lama kemudian ditanya satu soalan kepada kakaknya. Soalan yang diajukan pula kepadaku.

"Angah, Nabi Muhammad pesuruh Allah tu apa? Pesuruh Allah tu apa maksudnya?"

Read more »


2 sebab kenapa enjin gagal dihidupkan


Aku dapat lesen kereta lepas SPM. Sekali test je terus lepas. Lepas tu terus pencen drive. Duduk mesir cukup 2 tahun, baru aku drive balik.

Untung, tak perlu gantung P pada kereta.

Sepanjang hidup aku ni (macam dah lama gile drive), ada 2 kali enjen kereta tak hidup bila aku nak balik rumah. Cuak tahap gaban la aku. Kereta tak boleh start bai..

Bukan macam motor, boleh pimpin balik hantar kedai tauke cina.

First time, dekat Hospital Serdang. Sampai dekat kereta je alarm bunyi. Aik, harami mana datang rompak kereta aku ni. Bulan puasa boleh buat kerja gini.

Read more »


Poems of a sinner





Banyak sekali buku di gudang buku tauke cina ni. Bersusun-susun.

Belek-belek buku di satu sudut.
Sempat aku menangkap satu buku yang tidaklah tebal.

"Sajak orang berdosa?

Aneh, siapalah nak baca buku orang berdosa.."
Selorohku kepada seorang sahabat sambil ketawa kecil.

Read more »


Hikmah yang terhijab kerana ilmu yang terbatas




Anologi menarik

Kebiasaannya, seorang budak sanggup melakukan apa sahaja sebagai tindak balas bila kemahuannya tidak dipenuhi. Reaksi untuk menzahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap permintaan yang tidak ditunaikan.

Protes!

Sebagai contoh,

anak kamu yang berumur 6 tahun meminta kamu membelikan aiskrim yang dijual di tepi jalan.

Tetapi melihat kepada keadaan sekelilingnya yang kotor dicemari sampah sarap dan lalat. Ditambah pula si penjual aiskrim kelihatan kotor.

Kukunya hitam, hingusnya mengalir membasahi pipi..

Nescaya dengan ilmu yang kamu miliki, aiskrim yang dijual itu kotor. Sebarang infeksi boleh berlaku. "Mintak simpang aku nak makan aiskrim tu!"

Walaubagaimanapun, si anak tidak berfikir seperti bapanya. Apa yang ada di fikirannya adalah "aku nak makan aiskrim tu jugak!"

Bila dihalang, maka menagis meraunglah si anak. Hatta dikhabarkan bahawa anak-anak bandar seperti dari KL dan Selangor sanggup berguling-guling di tempat awam seperti filem hindustan.


Read more »


Kita agen dalam mempromosikan Islam


"Huwa min gami3atul azhar as-syarif.." (Dia dari universiti Azhar as-Syarif)


Bisik-bisik seorang anak kepada ibunya tatkala aku berjalan pantas melintasi dua beranak yang berdarah Mesir. Membaca tulisan pada belakang jaket aku.

Auricle yang masih berfungsi samar-samar menangkap. Malu-malu alang pula aku mendengarnya.

Malu kalau aku buat benda yang bukan-bukan semasa menyarung jaket sebuah universiti yang agung ini. Tempat di mana para pewaris nabi yakni ulama dilahir dan dikaderkan.

Takut juga andai ia menjadi fitnah kerana aku yang memakainya. Sedangkan aku bukan pelajar dari sana.

Hanya membeli dan mengenakannya tatkala angin pagi masih sejuk menghembuskan hawanya.

Aih, berjalanlah aku dengan gaya santun dan comel di hadapan mereka.



Read more »


Kartun kita


Tiada gambar secantik lukisan.

Ya, lukisan dapat menceritakan bermacam perkara.
Ia menggambarkan pemikiran, kefahaman dan masyarakat setempat.


Jom lihat lukisan terkini dari akhbar-akhbar kuat Melayu eg Utusan, Berita Harian.


50 tahun bersama Islam, tapi isu berjabat tangan tetap boleh dipolitikkan.


Lukisan dengan kepentingan tertentu.



Yang ni takde kesedaran sivik langsung. Hampeh..


Inconsiderate and distasteful (baca sini)
Buat malu rakyat malaysia.

Jangan masyarakat kita dipandang rendah dari sudut kefahaman. Dibilang tidak berperikemanusian, membencikan dan sebagainya.

Kerana kartun setitik yang memualkan ini.

Kartun kita rencah masyarakat, kan?

p/s- sape ade kartun best bole share =)





Mim Ra Dal Ya Kaf Alif - Merdeka


Tuan tu kata, merdeka tiada dalam kamus pada asalnya.

Mim Ra Dal Ya Kaf Alif merupakan himpunan perkataan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu ketika menuntut kebebasan tanah air kita.

Mim - Mengikut
Ra - Rasul
Dal - Dan
Ya - Yakin
Kaf - Kepada
Alif - Allah

Mereka berpegang dengan kalimah ini sunguh-sungguh. Kerana secara logiknya mereka memang tidak mampu menghentikan penjajahan tersebut.

Read more »


Syarat menjadi menantu Raja Bugis


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.


Orang tua-tua kata..

Raja Bugis jika hendak menerima menantu bersyaratkan sesuatu.

Syaratnya..

Goreng kacang tanpa minyak,
tiada hangus tetapi masak.


Bijak juga Si Raja.

Kerana memasak seperti perihal di atas bukanlah mudah. Haruslah memasak dengan kadar yang lama, tidak berhenti menggaul dan pantang leka sedikit.

Jika tidak, aih..bertukarlah menjadi kacang hangus.

Penyabar dan prihatin, mungkin itu yang dicari Si Raja. Kerana tiada ia mahu perkahwinan yang tidak utuh dalam keluarga.

Jangan ada yang hangus dalam kerabatnya nanti.




Guru kita ada berpesan,

Rasulullah pernah bersabda;

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya” (sumber)


Wallahu a'alam.

p/s
- eh, kita bukan keturunan Raja Bugis la
- doakan yang terbaik untuk Along =)


Ceramah bawah matahari


Kuat takbir pemuda bila Incik Bob Lokman tampil ke depan.

Bagaikan muallaf pula gayanya.

Dan hairanlah saudara kita ini.

Katanya, pelik melihat pemuda.

Sanggup bertahan bila disuruh berhimpun di bawah matahari terik begini.
Malah membayar lagi untuk berpanas.

Tiada terjumpa akan beliau tarbiyah begini di daerah yang sana.
Kerana kalau di sana, mereka dibayar untuk berhimpun.




Dengar ceramah bawah matahari di sini.


Jom jadikan pemuda Kahfi sebagai ikutan!

p/s- langit yang terik menjadi mendung bila Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (kalau tak silap) bacakan doa..


Bumi gagal mentarbiyah manusia; Ataturk


Aneh,

Sedang bumi tidak mahu menerima tubuh Al-Ghazi,
pahlawan bagi pendokong-pendokong sekular ini,

Ada pula insan yang menerima manusia ini sebagai tokoh.
Kata-katanya ingin dijadikan pedoman.



Kasihan bumi, letih mendidik manusia.
Bagai mencurah air ke daun keladi, manusia ini langsung tidak mengambil iktibar.


Mungkin jatuhnya khilafah islamiyah tiada apa-apa erti buat dirinya.


Wallahu a'alam.

Baca rencana dalam surat khabar melayu ini..utusan



Syurga sebelum syurga





Syeikh Rohimudin pernah menyebutkan..

Para as-siddiqin ada menyatakan dunia ini ibarat syurga sebelum syurga.

".الجنة قبل الجنة.."


Dunia yang kita duduki sementara ini umpama syurga, sebelum syurga yang sebenar kelak.

Bagaimana merasa dunia ini seperti syurga?

Kita menyanggupi segala ketentuan Allah dengan dengan tabah dan tanpa henti mengucap syukur.

Bila datang kepada dia nikmat, maka dia buktikan tanda syukur melalui lafaz dan anggota tubuh seluruhnya melalui ibadah.

Andai datang pula musibah kepada dia,
dengan memahami segalanya ini datang daripada Allah dengan hikamah-hikmah terhijab,
dia tetap bersyukur dan menghadapi dugaan tersebut sebaiknya.

Dunia tetap menjadi syurga baginya,
Tidak kira yang datang itu nikmat ataupun musibah.

Kerana walau apa sekalipun yang mendatang dia pasti mengingati Allah.

Tiada amarah, tiada hasad dalam hati. Tenang.




Buku di atas telah berjaya ditamatkan riwayatnya ketika Mesir dalam keadaan darurat.

Dalam buku karangan HES ini ada menerangkan dalam satu perenggan apa yang dimaksudkan dengan Bumi Cinta. Hampir saja maksudnya sebagaimana yang diterangkan oleh syeikh.

Islam, atheism, sedikit tentang scientism dan kisah Shabra & Shatila antara isinya.

Teruja pula melihat watak utama mematahkan hujah manusia
yang tidak mempercayai tuhan.


Wallahu a'alam.
(maaf jika ada kesilapan dalam penyampaian semula)


p/s- lebih suka membaca fakta secara santai.


Semut kecil pekiknya kuat




"Oit..apa main macam tu. Teruk gila hang!"

"Sepaklah, sepaklah. Ya rabbi, bebal betul.
Bukan macam tu..!"

"Kalau aku kan, mesti score punya.."



Benar,
anda juara..
anda nampak handal..

Kerana anda hanya pemerhati di luar gelanggang.

Anda tidak mahu bermain tetapi
bersungguh-sungguh pula mengarah
mereka yang ada di dalam gelanggang.

Lucukan.


Pan-Malaysian Islamic Party bergabung dengan PR atas dasar tahalluf siasi.

Muzakarah, pertemuan atau sebagainya..

Semuanya dibuat melaui syura atau mesyuarat.

Hebatlah kita bergelumang dengan teori ilmu
tetapi tidak merasai secara langsung seni
kepimpinan ummah dan perjuangan Islam di
setiap marhalah dan zaman realiti..

Janganlah kuat sangat kita melenting.

Takut nanti dikata orang tidak beradab dengan
pemimpin yang makan garam dahulu dari kita.

Sedangkan kita bukan pemain dalam gelanggang politik..

Ah, mulut tempayan sebesar mana pun boleh ditutup.
Tetapi mulut manusia yang kecil ini, siapalah kita mahu menahannya.

p/s-masih semut kecil



Kaherah-Jeddah-Jakarta-KL


KJJK mungkin himpunan huruf yang menarik..

Dan sebenarnya ia merupakan destinasi-destinasi yang telah aku jejaki dalam tempoh lebih kurang 11 hari sebagai seorang pelarian dari Mesir.

Perjalanan panjang yang agak meletihkan.

Benarlah, manusia hanya merancang, namun Allah jugalah yang menentukan segala-galanya.

Rancangan asalnya, cuma nak berehat-rehat lepak kat rumah je masa winter break ni. Tak Sayyeda Zainab, aku ronda sekeliling Munirah atau Abou Rish. (Pemalas gile haha..)

Tengok-tengok aku dah berjalan jauh cuti ni. Merentas beberapa negara dengan kos penerbangan yang ditanggung.

Sampaikan naik penerbangan yang tidak dapat dibeli dari mana-mana agen tiket mahupun secara online.. iaitu Charlie Airlines. (hoho..kapal tentera, takde seat number dan boleh duduk mana-mana sesuka hati anda)


Kaherah







Jeddah









Jakarta







K Lumpur





Alhamdulillah akhirnya sampai rumah.

Harapnya perjalanan pulang ke Mesir tak perlu melalui perjalanan panjang sebegini lagi =)


Berhentilah mengkhianati janji






"Ya Allah..berilah kepadaku sekian sekian..
Nescaya akan aku begini dan begini."

"Ya Rabbi.. kurniakanlah aku ini..
Agar nantinya dapat aku buat seperti itu ya Rahim."


Banyak yang kita mohon dengan Allah, tetapi bila sudah diterima,
tidak pula dihargai sebagaimana kita meminta-minta pada masa lalu.

Berapa banyak juga kita-kita ini berjanji pada Allah pada masa meminta,
tapi tidak ditunaikan bila anugerah itu telah kita perolehi.

Khianat apa ini yang telah kamu lakukan pada Allah..

Berhentilah mengkhianati janjimu. Jangan diulang-ulang lagi.

Takut nanti Allah tidak lagi memandangmu ketika kau meminta-minta,
kerana kamu selalu mengkhianati janjimu sendiri.

p/s- kena belajar beradab dengan Allah.



Seorang pelajar juga guru, Rosli namanya




Rosli Dhobi, pemuda yang berusia 17 tahun ketika membunuh gabenor British pada tahun 1949 di Sarawak.

Seorang pelajar, juga menjadi guru kepada anak-anak Sarawak pada masa yang sama.

Betapa jahatnya pihak British yang hendak menjatuhkan hukuman pada beliau, maka ditukarnya umur pada pengenalan diri Rosli Dhobi.

"Kesalahan" yang sepatutnya dibicarakan sebagai kes juvana sahaja akhirnya menjadi kesalahan sebagai orang dewasa.

Maka berjayalah pihak British mengheret beliau ke tali gantung.




Ada ulama mengatakan beliau syahid dalam perjuangannya.

Di bawah merupakan warkah terakhir yang dikarang beliau sebelum dihukum gantung. Hayatilah, kerana ia karangan yang istimewa.

Ianya tulisan seorang pejuang, dan dikatakan syahid di jalan Allah.

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan
semuanya kepada Adik Aini.

Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena
memperingati anakanda.

Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada
ibu tua dan bapa saudara anakanda.

Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.





Lihat minit ke 4:40. TG ada sebut pasal Assyahid Rosli Dhobi


Pembunuh di mata penjajah, pejuang di mata Sarawak.

Wallahu a'alam.







Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck




Objek: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Penulis: HAMKA
Sumber: Pusat pinjaman buku Sang Pemenang

Melalui Tuan Zainuddin dan Encik Hayati, aku cuba mengenal siapa HAMKA.

Pengenalan pertama melalui hasil karya beliau yang bertarikh 1938 ini.

Sebuah kisah yang cuba mengetengahkan permasalahan suku bangsa yang berlaku ketika itu. Kuatnya semangat kesukuan, antaranya Minangkabau yang sangat mementingkan susur galur keturunan dalam menetapkan jodoh waris mereka.

Dan yang menjadi mangsa tentunya anak-anak muda yang hangat bercinta dengan latar belakang keturunan yang berbeza.

Tuan Zainuddin telah dididik oleh sengsara sedari awal hingga ke akhir cerita.

Aku rasa kekuatan kisah ini terletak pada 'surat'nya. Surat-surat menjadi medium utama penghubung antara dua watak ini. Klasik..

Tapi jika anda sangat rigid mencari kisah cinta yang benar-benar Islamik, rasanya buku ini tidak akan mampu memuaskan anda.

Aih, agak kecewa.

Tidak mahu putus asa dan karam bersama-sama kapal Van Der Wijck, aku nak cari lagi beberapa hasil karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah selepas ini sebelum membuat kesimpulan.

p/s-semakin suka bahasa melayu lama.


Sultan yang mendekati rakyatnya





Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan sultan Melaka dari tahun 1477 hinggalah 1488.
11 tahun baginda memerintah.

Baginda diceritakan seorang pemerintah yang baik.

'Alim dalam ilmu agama, sangat prihatin dan berjiwa rakyat.

Telah dikhabarkan bagaimana baginda sultan menyamar sebagai rakyat biasa untuk melihat sendiri perihal rakyatnya.

Sultan Alauddin meniru jejak Saidina Umar R.A.

Hatta pada satu masa, ketika hebohnya isu perompak yang mengganas di bumi Melaka, maka baginda sultan sendiri yang turun membuat rondaan

Dan akhirnya baginda sultan sendiri berjaya membunuh 4 orang perompak pembuat onar di tanah Melaka yang berbakti itu.

Lihat bagaimana sultan kita ini.

Maka aku percaya pada satu masa dahulu rakyat yang menghina dan membuat jahat kepada sultan akan mendapat tulah.

Kerana baginda sultan dilindungi Allah SWT.



Bahagialah rakyat dan amanlah negeri jika kita dikurniakan sultan seperti Sultan Alauddin Riayat Shah.

Sultan yang mudah didekati akan selalu dikasihi rakyat.

p/s- suka lihat sultan imamkan solat dan berjubah.


Buphthalmos dan sepasang mata yang cantik




Kisah bayi dengan mata yang cantik

"Eh, comelnya baby auntie ni. Mata dia cantik la.."

"Aah, besarkan mata dia. Comel! Tengoklah siapa pok dan mok menakan dia.."



Rasanya adik ni ada bilateral buphthalmos


Doktor kata, ramai ibu-ibu yang tersalah anggap bila lihat mata anak mereka yang besar.

Mereka rasa bertuah sebab anak mereka mempunyai sepasang mata yang cantik.

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Si anak tersebut sebenarnya mungkin mengalami penyakit bawaan/keturunan (congenital disease) pada matanya.

Iaitu Buphthalmos ataupun infant glaucoma.

  • infant: bayi
  • glaucoma: penyakit yang selalu dikaitkan dengan peningkatan tekanan dalam mata (IOP) yang menyebabkan optic degeneration dan hilang penglihatan.


[Symptoms: Patients with buphthalmos will exhibit excessive tearing, extreme sensitivity to light (photophobia), increased intraocular pressure, and distortion of the optic disc. The eyes appear abnormally large, often with hazy corneas.]

Kasihan. Mata cantik yang disalah ertikan oleh si ibu.

Kerana buphthalmos yang tidak dirawat akan mengakibatkan si anak tersebut buta.


Cantiklah mata yang tidak disentuh api neraka

Teringat pula pesanan Ust Nasaruddin Tantawi dalam Ijtima' Tarbawi.
Beliau peringatkan tentang sepasang mata yang tidak akan disentuh api neraka.

Pertama, mata yang menangis kerana takut pada Allah.

Kedua, mata yang berjaga di jalan Allah.


Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi). -source-





Biar cantik atau tidak secara zahirnya.
Kerana dua jenis mata yang disebutkan di ataslah yang lebih kita impikan.

Syukurlah kalau ada sepasang mata yang cantik, jangan sampai ia disalah ertikan..


Till then.
Wallahu a'alam.

p/s-hujah buphthalmos ni boleh digunakan pihak kerajaan dalam debat gen7.


Melaka, tanah yang berbakti







Nina Chattu..

Siapa yang tak kenal dengan manusia di atas.

Kerana hasad dengki dan harta, habislah bumi Melaka, tanah yang berbakti kepada para pedagang ini jatuh ke tangan soldadu Portugis.

Porak-poranda laskar Melaka apabila Jambatan Melaka ditawan Feringgi. Habis dibakar masjid-masjid. Siapa yang menentang pasti dibunuh.



Hancur, hancur dan hancur Melaka dan seisinya.
Semua gara-gara Nina Chattu tak mengenang budi..




Apa jadi dengan BKAN Melaka baru-baru ni?


Badan Kebajikan Anak Negeri Melaka di Mesir baru-baru ini telah di”bubarkan”.

Sedangkan persatuan inilah yang telah berbakti kepada ahli-ahli mereka sejak dari dulu lagi.

Tenaga yang menggerakkan persatuan ini terdiri dari kalangan pelajar sendiri. Merekalah yang menguruskan hal ehwal pelajar berkaitan kebajikan, akademik dan hisbah.

Isunya sekarang, mengapa BKAN ini perlu diganti dengan yang baru?

Sebagai sebuah persatuan yang lama dan berpengalaman, atas dasar apa perlunya ditubuhkan sebuah persatuan yang baru? Bukan sedikit kerja-kerja yang sudah mereka lakukan.

Hak mahasiswa turut dinafikan walaupun hampir semua yang menentang.

Telinga dipekakkan setulinya dari suara-suara mahasiswa yang berhujah.
Slogan ‘mahasiswa tak boleh terlibat dengan politik’ memang sangat bias dan lucu.


Reaktif


Bersatulah kerana dengan sebab perpecahanlah kita menjadi lemah.

Mahasiswa punya hak, dan inilah kita sendiri tak tahu. Bersuaralah bila perlu. Jangan jadi jamaah mandom. Tak reaktif dan hanya patuh walaupun benda terang-terang ‘bukan berada pada tempatnya’.

Istilah “mahasiswa dicucuk anasir-anasir luar” atau “jangan jadi mahasiswa kebendaan” tertolak oleh minda yang sihat.

Janganlah diikut Nina Chatu itu. Nanti hancur pula tanah yang berbakti ini.

p/s-pernah berada bawah BKSAM dan BAS..