Kita agen dalam mempromosikan Islam


"Huwa min gami3atul azhar as-syarif.." (Dia dari universiti Azhar as-Syarif)


Bisik-bisik seorang anak kepada ibunya tatkala aku berjalan pantas melintasi dua beranak yang berdarah Mesir. Membaca tulisan pada belakang jaket aku.

Auricle yang masih berfungsi samar-samar menangkap. Malu-malu alang pula aku mendengarnya.

Malu kalau aku buat benda yang bukan-bukan semasa menyarung jaket sebuah universiti yang agung ini. Tempat di mana para pewaris nabi yakni ulama dilahir dan dikaderkan.

Takut juga andai ia menjadi fitnah kerana aku yang memakainya. Sedangkan aku bukan pelajar dari sana.

Hanya membeli dan mengenakannya tatkala angin pagi masih sejuk menghembuskan hawanya.

Aih, berjalanlah aku dengan gaya santun dan comel di hadapan mereka.





Kasrel Aini Med School (gambar takde kaitan)




المسلم لازم كالفنان في تسويق نفسه
Seorang muslim seharusnya seperti seorang artis dalam 'memarketkan'(memandu) dirinya.



Suka nak berkongsi kata hikmah yang telah disyarahkan seorang sahabat dari Jordan.

Nak buat apa pun, kita kena buat yang terbaik. Sebab orang akan pandang kita bagaimana, dan Islam itu bagaimana. Refleks terhadap agama yang kita imani.

Kalau artis boleh bijak mempromosikan diri, mengapa kita tidak?

Umpama kita menyarung jaket atau persalinan yang tercatat padanya kalimah indah "MUSLIM".

Barulah lebih berhati-hati bila nak buat sesuatu kan.



Baju amali special edition.

Promosikan Islam melalui peribadi diri, Qudwah hasanah.
Kerana kita merupakan agen dalam mempromosikan Islam.

Mush keidah bardu?

p/s- Aku pelajar Kasrel Aini, tahun 4 =)