Hikmah yang terhijab kerana ilmu yang terbatas




Anologi menarik

Kebiasaannya, seorang budak sanggup melakukan apa sahaja sebagai tindak balas bila kemahuannya tidak dipenuhi. Reaksi untuk menzahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap permintaan yang tidak ditunaikan.

Protes!

Sebagai contoh,

anak kamu yang berumur 6 tahun meminta kamu membelikan aiskrim yang dijual di tepi jalan.

Tetapi melihat kepada keadaan sekelilingnya yang kotor dicemari sampah sarap dan lalat. Ditambah pula si penjual aiskrim kelihatan kotor.

Kukunya hitam, hingusnya mengalir membasahi pipi..

Nescaya dengan ilmu yang kamu miliki, aiskrim yang dijual itu kotor. Sebarang infeksi boleh berlaku. "Mintak simpang aku nak makan aiskrim tu!"

Walaubagaimanapun, si anak tidak berfikir seperti bapanya. Apa yang ada di fikirannya adalah "aku nak makan aiskrim tu jugak!"

Bila dihalang, maka menagis meraunglah si anak. Hatta dikhabarkan bahawa anak-anak bandar seperti dari KL dan Selangor sanggup berguling-guling di tempat awam seperti filem hindustan.




Merajuk (""">sumber)


Aih, merah padamlah muka si ayah malu.

Tidak henti-henti si anak. Tidak belajarkah dia bahawa sesungguhnya sifat proaktif lebih baik berbanding reaktif membabi buta sebegini.

Ini semua kerana si anak tidak mampu berfikir seperti ayahandanya. Sesungguhnya, tidak makan aiskrim yang kotor itu adalah lebih baik untuk dirinya.

Pengetahuan anak kecil itu terhad dan terbatas dalam menterjemahkan fikiran dan kehendak kepada sesuatu yang lebih rasional.


Ilmu Allah

Dalam asmaul husna, Allah swt. disebut sebagai Al ‘Alim (Yang Maha Mengetahui).
Bahwasanya ilmu Allah tidak terbatas.

Dia mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi, yang dahulu, sekarang, ataupun besok, baik yang ghaib maupun yang nyata.

“Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi.”(QS. Al-Hajj: 70)

“Dialah Allah, Yang tiada Tuhan selain Dia. Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” (QS. Al-Hasyr: 22)

Tak ada satupun yang tersembunyi bagi Allah swt. Sebutir biji di dalam gelap gulita bumi yang berlapis tetap diketahui Allah swt. “Di sisi-Nya segala anak kunci yang ghaib, tiadalah yang mengetahui kecuali Dia sendiri. Dia mengetahui apa-apa yang ada di daratan dan di lautan. Tiada gugur sehelai daun kayu pun, melainkan Dia mengetahuinya, dan tiada sebuah biji dalam gelap gulita bumi dan tiada pula benda yang basah dan yang kering, melainkan semuanya dalam Kitab yang terang.” (QS. Al-An’am: 59)

Ilmu Allah swt. maha luas, tak terjangkau, dan tak terbayangkan oleh akal pikiran, tiada terbatas. Dia mengetahui apa yang sudah dan akan terjadi serta yang mengaturnya. Manusia, malaikat, dan makhluk manapun tak akan bisa menyelami lautan ilmu Allah swt. Bahkan untuk mengetahui ciptaan Allah saja manusia tidak akan mampu. (1)


Terbatas

Manusia bersifat lemah.

Tidak mampu menafsir sesuatu perkara atau event yang terjadi walhal setiap darinya mengandung hikmah.

Pentingnya selalu husnudzon dengan Allah. Optimis, sesuatu kesedihan yang berlaku adalah permulaan kepada kebahagian pada masa depan.

Hikmah sentiasa terhijab, kerana ilmu kita juga terbatas. Dan Allah juga sudah mengetahui yang terbaik untuk kita kan =)

p/s- jangan sedih-sedih na. "la tahzan, innallah ma'aana". Chill~