2 sebab kenapa enjin gagal dihidupkan


Aku dapat lesen kereta lepas SPM. Sekali test je terus lepas. Lepas tu terus pencen drive. Duduk mesir cukup 2 tahun, baru aku drive balik.

Untung, tak perlu gantung P pada kereta.

Sepanjang hidup aku ni (macam dah lama gile drive), ada 2 kali enjen kereta tak hidup bila aku nak balik rumah. Cuak tahap gaban la aku. Kereta tak boleh start bai..

Bukan macam motor, boleh pimpin balik hantar kedai tauke cina.

First time, dekat Hospital Serdang. Sampai dekat kereta je alarm bunyi. Aik, harami mana datang rompak kereta aku ni. Bulan puasa boleh buat kerja gini.



Telefon parent. Terpaksa suruh Motor Club datang tengok.

Rupa-rupanya bateri habis. Start enjin, lampu nyala.

Tak tutup lampu rupanya. Malu. Yang pastinya aku terpaksa buat muka kekucingan depan parent aku untuk mengelak di marah kerana kecuaian. Aduh, sungguh amatur sekali gaya pemanduanku.



Kali kedua, dekat PKNS bangi. Pulas punya pulas kunci kereta tak jalan juga.
Pelik, lampu tak pasang pon. Nak pasang pekdahnya tengah-tengah siang.

Berpeluh-peluh dalam kereta. Aduh, malunya nak telefon ayah lagi.

"Pergi tolak sikit..nak start enjin."
Idea gila aku ditolak mentah-mentah orang sebelah.

Sekali adik aku tunjuk kat kotak gear. Ya Allah, aku tak letak kat P rupanya. Padan tak boleh start.

Ingat bateri habis jugak. Nasib baik, kalau tak habis budak sebelah ni aku paksa tolak kereta.

Hampeh. Aku rasa ramai je freshie kat luar alami benda macam ni.
Takpe, boleh ambil iktibar. Yang penting tak buat lagi.

Kepada semua pemandu amatur, jangan takut untuk ke bandar. Rajin-rajinlah bawak kereta.

Sekian perkongsian berhemah dalam pemanduan.
Jangan lupa mebaca basmalah dan doa safar sebelum memandu.

Adik-adikku insyaAllah boleh!

6 Responses


  1. fatin syafiqah on April 3, 2011 at 8:42 AM

    siapalah gerangan orang sebelah hang time dpn bangunan PKNS tu!hahaha
    sian kat cheq,mama x bape brani kalau cheq yang bawak hu~~ sdeh

  2. kome on April 3, 2011 at 9:28 AM

    sungguh amatur

  3. mohd hazwan bin mohd salleh on April 3, 2011 at 9:54 AM

    atin:
    err, camtu bek xyah amek lesen =P

    kome:
    weh, amek lesen serius susah.
    Ha..cuak r tu. Keh3~

  4. fatin syafiqah on April 3, 2011 at 5:41 PM

    tah!dah lerr susa layan JPJ!
    hahaha :D

  5. Learner on April 9, 2011 at 7:14 PM

    at least ko tak cam aku tsilap arah jalan. haha.

  6. mohd hazwan bin mohd salleh on April 9, 2011 at 10:28 PM

    Bro Izwan:

    hoho..takpe,nnti tak lame2 dapat pengalaman salah jalan pulak.

    jalan kat s alam paling tak best. boleh try salah jln kat sana.
    keh3..