Intima', dan kepada siapa?


Bismillah.

Hari ini, suka kita berkongsi akan perihal intima'.

Intima di dalam bahasa membawa pengertian menggabungkan diri.

Di dalam Islam ia membawa maksud menggabungkan diri atau melarutkan diri ke dalam Islam secara menyeluruh.

Intima' yang satu ini pula berhajat akan ia tiga macam perkara iaitu keimanan, kesedaran dan kewajipan.





Mursyidul Am kita pernah berkata,

"Islam itu menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan ia perlu dijadikan asas perjuangan kepada mana-mana parti politik yang inginkan perjuangan sebenar.

Parti baru boleh ditubuhkan jika Umno dan Pas dibubarkan, dengan syarat ia mesti berdasarkan Islam."




Mu'allim kita juga pernah berpesan, bahawa pimpinan kita ada berucap,

"Andai kata pemimpin yang dilantik dalam jemaah kita itu tidak lagi berpegang pada Al-Quran dan sunnah, jangan berani-berani kita merafa'kan sembah memberi wala' kepadanya lagi."

Sungguh, kita diajar untuk bergabung dengan Islam yang sebenarnya.

Kita dilarang untuk berintima' atas dasar yang lain sama ada;


kecenderungan/spontan (العفوي),

simpati atau belas kasih (العاطفي),

kepentingan (المصلحي),

mahupun peribadi seseorang(الشخصي).

Penggabungan kita bukan pada nama, tetapi dasarnya jua yakni Islam.
Apalah nilaian yang ada pada nama kan..

Wallahu a'lam.


2 Responses


  1. Anonymous on April 27, 2011 at 5:27 PM

    Alhamdulillah tulisan yamg ringkas tapi cukup jelas.

    Manhaj Ilahi yakni Islam adalah manhaj yang meraikan fitrah manusia.

    dan sungguh, intima kita pada islam tidak menghapuskan intima kita pada keluarga,bangsa dan tanah air kita.

    kerana fitrah manusia mencintai keluarga,bangsa dan tanah air mereka.kerana sesungguhnya orang yang paling kuat dan benar intima`nya kepada islam adalah orang yang paling sayangkan keluarga,bangsa dan tanah airnya dan menginginkan segala kebaikan serta berusaha mewujudkan kebaikan tersebut kepada keluarga bangsa dan tanah airnya.

    sekadar perkongsian bersama
    moga ukhuwah berkekalan ^_^

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on April 28, 2011 at 1:55 PM

    Syukran sudi berkongsi.

    Harap tulisan kita ada manfaatnya.
    Moga thabat dalam perjuangan!