Pesuruh tu apa?
Azan berkumandang di TV.
Khusyuk pula Nabilah menontonnya. Dibacanya terjemahan azan yang ditulis dalam bahasa melayu. Perlahan-lahan dibaca tapi tetap dapat aku mendengarnya.
Tidak berapa lama kemudian ditanya satu soalan kepada kakaknya. Soalan yang diajukan pula kepadaku.
"Angah, Nabi Muhammad pesuruh Allah tu apa? Pesuruh Allah tu apa maksudnya?"
"Pesuruh Allah tu maksudnya, Nabi Muhammad yang sampaikan semua perintah dari Allah kepada manusia. Perantara antara umat manusia dan Allah. Allah, nabi kemudian manusia".
Panjang aku menjawab. Tidak mahu mengalah kepada soalan dari budak tahun 1 ini.
Beza kami 15 tahun.
"Oh.." balasnya terkebil sedikit. Tidak pasti sama ada dia benar-benar faham. Tapi jawapan aku melegakannya.
Jangan jemu menjawab pertanyaan si kecil seperti ini walaupun mungkin tidak difahaminya. Takut jika dimatikan sifat ingin tahu ini, alah pula untuk dia bertanya lagi.
Sedangkan alfahmu itu merupakan tingkatan pertama yang penting dalam menggerakkan hati dan anggota tubuh.
Mengenal Allah melalui Rasul
Mu'allim ada berpesan kepada kita, dua cara untuk kamu mengenal Allah.
Pertamanya melalui akal.
Secara fitrahnya, akal manusia akan sentiasa beriman bahawa segala yang di dunia ini ada penciptanya. Bumi yang terbentang luas. Langit yang tidak bertiang. Apa yang terkandung di antara keduanya.
Tentu ada penciptanya. Kerana manusia sehingga ke hari ini tetap tidak mampu mencipta dari nilai sifar.
Keduanya, melalui junjungan besar Sayyidina Rasulullah.
Post a Comment