Archive: June 2009


wannabe a prince



Mase kecik2 dulu, selalu je disogokkan dgn cerita dongeng menarik. Membina sebuah dunia fantasi yang penuh dgn harapan.

Antara yg menarik apabila sebuah kisah seorng putera pergi menyelamatkn seorang puteri.maka si putera akan berusaha sedaya upaya. Dengan apa cara sekalipun.

Meredah gunung yg tinggi.
Merenangi lautan api.
Raksasa2 apatah lagi.

Dan akhirnya sampai ke destinasi yg dituju. Sebuah istana yg tnggi menaranya. Dilihat si puteri sedia menanti di tepi jendela menara.maka tersenyumlah si putera.

Kerana matlamat nya akhirnya tercapai.menyelamat kn si puteri.
hm..menarik juga. Teringin rasanya menjadi seorng putera. Dgn lagak gaya seorng wira.

Tp dlm dunia realiti sekarang. Bukan putera itu yg diidamkan..




"Putera dunia adalah mereka yang bergiat di sekeliling kehidupan duniawi tanpa menghubungkannya dengan Akhirat. Mereka memiliki kesenangan hanya untuk kepentingannya sendiri.


Orang lain seolah-olah tiada kaitan dengan dirinya,sekalipun di sekeliling mereka ramai orang yang menderita.


Sementara itu, putera Akhirat adalah orang yang kehidupannya berteraskan akidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Putera Akhirat adalah orang yang mempertahankan kebenaran Islam, sedia mempertaruhkan jiwa dan raga demi membela Islam, selain menhindari dan memerangi segala yang berbentuk mungkar serta maksiat.


Putera dunia dan putera Akhirat mempunyai perbedaan yang jelas. Antara kedua-duanya yang berlainan anutan itu tidak mungkin bersatu."






nota kepada diri.




Mengambil petikn kata2 Tok Guru Nik Aziz.


Ya Allah..jadikn kami ini putera2 akhirat.jauhilah kami dari sifat2 putera dunia.


Semoga disisi kami akan sentiasa punya kekuatan. Utk menemmpuh cabaran dan ujian yang mendatang dlm menuju matlamat kami.ila mardhotillah..


semoga dgn senyuman kami mnghadap Mu.tersenyum tatkala mendapat catatan amalan dari kanan.


astghfirullah.








tangis mereka hiba kita


Alhamdulillah.

Juz one more to go.harap sume brjln lancar.-->oral physiology.

Dah lame xkol mama.(ni evoiz pnye masalah la ni)baru tadi sempat.wa..seronoknya.walaupun tak la lame sangat.mama kate sekarang musim durian(ade blog laen sbut pasal ni juge).katenye semalam baru balek ke johor.ziarah atok n nenek.

Bile sebut pasal durian.otak aku akan melayang ke satu bende--->pulut durian.wa..kalo dapat mkn badan panas mcm nak demam pon xkesah.

Mama kate nak buatkn kuah durian nye dulu.takot2 musim durian abes nnti.hm..smpat x r nak rase.sempat kot.

Dalam adek beradek..ade sorng yg xleh mkn durian.patin.even bau pon xlalu.pelik2.hilang satu nikmat dunia.hehe..smpai mama cerita dulu yg bdk nabilah ni bole pula acah2 akaknye ni ngn durian.ahakz~(oo..dah pandai ye).

………………………………………………………………………………………………….........................................................................

Habis cerita mesia.tadi lpas exam sempat la jg tgk satu cerita.

sinopsis sikit..


"Seorng lelaki diburu penjenayah pergi mendapatkan perlindungn di rumah seorng tua.luka kesan tembakan tersebut perlu dijahit.lelaki tua berkenaan segera menghulurkan bantuan.bergegas keluar dari rumah untuk mndapatkn ubatan.sebaik sahaja beliau berlalu pergi,scene pergaduhan berlaku semula.satu kumpulan penjahat mnyerbu rumah tersebut dan aksi pergaduhan berlaku lagi.

Kumpulan penjahat tersebut kelihatan akan kalah.dek ketangkasan lelaki itu berlawan.tapi,tanpa disedari.salah seorng dari mereka sudah menggengam selaras senjata.

Si tua yang kembali mmbawa ubatan td panic ketika sampai semula ke rumah nya.melihat kejadian yg terjadi.beliau berlari masuk.

Tapi peluru buta yang dilepaskan penjenyah tersebut tidak mengenal mangsa.jasad mangsa yg sudah uzur itu ditembusi peluru2 tidak bermata.(emo gile bile ak tgk scene ni)"



“ya Allah..siannye la pakcik tu.xpasal2 kene tembak”

Spontan kata2 ni keluar dari mulut.melihat skujur tubuh tidak berdosa menjadi mangsa penjenayah berhati binatang.

“aah..camni la jemaah yg tgh solat kat Thailand tu kene tembak gak”

Seorang rakan yg lain masuk mencelah.mengingatkn kami kepada tragedi yg terjadi di masjid Al-Furqan.rasa kasihan pada si tua td yg hanya melakonkn satu watak dlm latar sebuah filem,bertukar kepada kesedihan mengenangkan saudara di selatan thai.mengalami kejadian yg ada similaritinya.namun berlatar belakangkn dunia realiti sekarang.

selatan thai menangis..


gugurnya mereka ketika sedang solat.semoga ditempatkn dikalangan orng2 yg soleh.

Sedih bila baca.klik sini.(bole search kat tmpat lain jg)

Ya.umat Islam masih ditindas.diperlakukn sebegini tnpa ada pembelaan.setiap hari bila baca akhbar akan ada cerita menyayat hati macam ni.tapi apa yang boleh kita lakukn.Hanya mampu menunjukkn protes,mnyelar.dan sebagainya.T.T

nak share satu video clip.



Pentingnya kesatuan bagi membina kekuatan.

tingkatkn kecaknaan.kisah mereka..hal kita.tangis mereka hiba kita.

dan beginilah yg sepatutnya.

wassalam~

p/s-kalo bole aku nak je mintak selatan thai tu.bagi kat mesia.sebagai tukaran bagi la kat diorng pokok emas.



“Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan bertindakbalas dengan berjaga( tidak dapat tidur) dan merasa demam lantaran reaksi tubuh” . [HR Muslim]



uhibbuka ya akh muhammad


Selesai solat,aku bersandar pada dinding masjid.penat berjalan di tgh panas kat husin td tak hilang lagi.ade janji dgn ustz firdaus dan ustz bahar kat sana.pastu jln2 siket belek2 jubah mane yg sesuai.

Sedang sedap2 duduk,tiba2 aku disape seseorang.

“Enta 3amil eh?”,tegur mesra beliau.

Akh Muhammad rupanya.

seorng arab mesir yg baik orngnya.berkemeja kemas dgn jambang yg disisir rapi menyerlahkan sedikit penampilan dirinya.seorang yg aku rasa bersedrhana dlm hidup.bknlah seorng yg terlalu kaya,ataupun terlalu dhaif.

“Alhamdulillah kuwais.er..enta dah habis keje ke?”soalan td aku balas dgn soalan lain.

“eih?..aiwa,salim.keje aku dah selesai hari ni”

terkial2 jg dia nk paham soalan aku dgn bahasa arab yg lintang pukang ni.

Panjang kami berbual.mujur akh Muhammad ni bole berbahasa inggeris walaupun tidaklah sefasih mana.kami berbual pasal imtihan,cuti dan aktivit cuti nnti.

“doakn kami spy dpt najjah dlm imtihan nnti ye”ngadu aku kat akh mhmmad.mintak dia tolong doakn kejayaan kami.

“rabbina waffa’”..

“jazakallahu khairan kathiran..”ak mmbalas.

Lpas dah lame sikit kami berbual,die mintak diri dulu nk balik.katanya,kalau die tak duduk jauh..dia nak stay lame sket ngn aku kat msjid ni.akhi mhmmad duduk kat satu kg di giza.jauh katanya.maka terpakselah bergerak pulang cepat.


“uhibbuk..”


Die ckp kat aku.tp..aku hanya mmpu tersenyum2 kambing.ape yg aku nak balas ni.haih..selalu masalah mcm ni timbul.


“kalau kamu kata macam tu,ape yg sepatutnya saye jawab.uhibbuka bardu..??”


Susah sgt,aku tnya je la kat dia.tersenyum akh Muhammad ni kat aku.


“ahabbakallah inniahabbabtani fiih”


mendoakan agar insan yang mencintai aku mendapat cinta dari Allah.First time dgr mcm panjang.xdpt tngkp lagi.tapi die xkesah.dia ulang balek sampai aku dpt.siap tasmi3 lagi.(xingt sgt,rase ni la yg dia ckp huhu..sape2 nk betulkn bole ye)


dekat masjid Ibrahim ni la aku kenal ramai kawan2 arab.ade kes sbb tertukar selipar punya pasal pon bole jd member.tp ni la masalah nya,komunikasi.bila selalu jumpa..aku akan kehabisan modal..nak cakap ape.dgn vocab arab yang terlalu sedikit menjadikn perbualan aku terlalu sempit.duduk kat sini dah hampir 2 tahun.tp penguasaan bahasa masih terlalu lemah.maybe sbb aku ni stay di takuk lama.xdevelope dan asah vocab.(mintak maap ustz hafiz sbb xmashi lagi dgn bahasa.penat je ustz ajar kami kat intec dulu.hu..kene belajar byk dan byk lagi!!).


“saya ade apple..”

“eih..abble?”

“apple..tuffah..”

Owh.baru paham.kebanyakn arab kalau speaking,huruf p die tebal sikit.bunyik macam b.kalo police jd bolice.ha..cmtu la.

Ya Allah..ape plak ni.tibe2 die buka plastic hitam dia n bagi aku 2bijik epal.walaupun pada awalnya aku menolak..tp apakan daya,kalo arab dah nak kasik mmg susah nak tolak.


walaupun epal2 ni bukan la sama levelnya dgn epal2 kelas tinggi,tp aku agak pasti keikhlasan mu pasti tinggi darjatnya.


Baik nye la akhi mhmmad ni.org kate kalo arab yg baik mmg baik btol.tp kalo yg mmg hati busuk..mmg busuk la.tak nafikan arab yang suka kenakan kita.tp xsume yang jahat n xleh label sume arab mcm tu.

Bile kata die ni jahat..die ni la jahat.macam mana la ngn kita.bila mampu melabel orang macam tu seolah mengiktiraf diri adalah yang terbaek.kene bykkn bersangka baik.mendidik diri memiliki hati seorang sufi.(Cuma berpada2 dlm melakukn kebaikan..takut2 kebaikn td dibalas dgn sebaliknya.mohon perlindungan dari Allah)

Semoga ukhuwah yang terjalin bertambah baik dan mendapat keredhaan Allah.


Peliharalah hubungan dgn Allah..

Hubungan sesama manusia..

Dan hubungan terhadap alam sekeliling.


Wassalam~


p/s-salam takziah utk keluarga dan sahabat kepada arwah ammar zulkifli.semoga ditempatkn bersama golongan orang-orang yang soleh.Al-fatihah~


tatkala telah sempurna Islam



"Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.


Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s..

Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya.

Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata:

"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:

"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat:

"Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya:

"Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?."

Kemudian Ali r.a. berkata:

"Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:

"Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan..

Sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya.

Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Begitulah dalamnya cinta para sahabat terhadap baginda Nabi Muhammad saw.Hebat sekali.Kita bagaimana?(muhasabah)Jika cinta..buktikan.Jika sayang..lafazkan.

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika


Sekadar entri ringkas untuk berkongsi artikel dari internet.salam ukhuwah~

p/s-meneruskan perjuangn lusa utk psychology.

teringat satu lagu yg cambes.



“Wahai kaum muslimin

Diwaktu orang membunuh sunnah rasul

Marilah kita menghidupkannya

Seratus pahala mati syahid

Itulah sebagai ganjarannya..”