Mase kecik2 dulu, selalu je disogokkan dgn cerita dongeng menarik. Membina sebuah dunia fantasi yang penuh dgn harapan.
Antara yg menarik apabila sebuah kisah seorng putera pergi menyelamatkn seorang puteri.maka si putera akan berusaha sedaya upaya. Dengan apa cara sekalipun.
Meredah gunung yg tinggi.
Merenangi lautan api.
Raksasa2 apatah lagi.
Dan akhirnya sampai ke destinasi yg dituju. Sebuah istana yg tnggi menaranya. Dilihat si puteri sedia menanti di tepi jendela menara.maka tersenyumlah si putera.
Kerana matlamat nya akhirnya tercapai.menyelamat kn si puteri.
hm..menarik juga. Teringin rasanya menjadi seorng putera. Dgn lagak gaya seorng wira.
Tp dlm dunia realiti sekarang. Bukan putera itu yg diidamkan..
"Putera dunia adalah mereka yang bergiat di sekeliling kehidupan duniawi tanpa menghubungkannya dengan Akhirat. Mereka memiliki kesenangan hanya untuk kepentingannya sendiri.
Orang lain seolah-olah tiada kaitan dengan dirinya,sekalipun di sekeliling mereka ramai orang yang menderita.
Sementara itu, putera Akhirat adalah orang yang kehidupannya berteraskan akidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Putera Akhirat adalah orang yang mempertahankan kebenaran Islam, sedia mempertaruhkan jiwa dan raga demi membela Islam, selain menhindari dan memerangi segala yang berbentuk mungkar serta maksiat.
Putera dunia dan putera Akhirat mempunyai perbedaan yang jelas. Antara kedua-duanya yang berlainan anutan itu tidak mungkin bersatu."
nota kepada diri.
Mengambil petikn kata2 Tok Guru Nik Aziz.
Ya Allah..jadikn kami ini putera2 akhirat.jauhilah kami dari sifat2 putera dunia.
Semoga disisi kami akan sentiasa punya kekuatan. Utk menemmpuh cabaran dan ujian yang mendatang dlm menuju matlamat kami.ila mardhotillah..
semoga dgn senyuman kami mnghadap Mu.tersenyum tatkala mendapat catatan amalan dari kanan.
astghfirullah.
Post a Comment