Poems of a sinner





Banyak sekali buku di gudang buku tauke cina ni. Bersusun-susun.

Belek-belek buku di satu sudut.
Sempat aku menangkap satu buku yang tidaklah tebal.

"Sajak orang berdosa?

Aneh, siapalah nak baca buku orang berdosa.."
Selorohku kepada seorang sahabat sambil ketawa kecil.



"Sebab semua orang berdosa kot.." jawabnya sambil tersenyum tawar.
Jawapan bersahaja yang ringkas tetapi tepat.

Sungguh.


Doa orang berdosa

Tuhanku
semakin umur melaju
pejal pertahanan
merapuh
tinggal kental hanya
pengalaman
berat dihela
ke hari pertimbangan

tuhanku
akulah manusia berdosa
menyorokkan mukaku
yang mesti kau lihat
kerana semakin aku mencarimu
semakin jauh meninggalkan

tuhanku
kau maha pengasih
hanya akulah pelarian
menjarakkan ruang cinta
yang kau sediakan

tuhanku
hanya kau maha tahu
ampunkan aku dalam taubatku

amin!

A Wahab Ali- 1976



Bodohnya memandang orang lain berdosa.
Kerana aku lupa, aku pun sama sahaja seperti mereka. Bahkan lebih teruk barangkali.

Astaghfirullah al-'azim..