Pasang spy


Macam biasa bila nak masuk dewan periksa hari tu, aku maklumkan pada ayah mama dulu. Tanya khabar, mohon doa restu mereka. Susah senang soalan nanti, biar dipermudahkan dengan berkat doa dari mereka.


Tut.Tut.

Ada reply message dari ayah.

"Ayah dah ok sikit. Ayah sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak-anak. InsyaAllah wan akan berjaya dengan cemerlang."

Wah, lega sikit hati ni. Dapat kata-kata pembakar semangat .


Encik Salleh, 51. Ha?

Aik, tapi pelik. Awat ada tulis "ayah dah ok sikit" ni. Musykil2.
Tadi masa borak dengan mama, tak cerita apa pon. Semua nampak ok je.

Lepas exam, sempat telefon ke Malaysia lagi. Story2 pasal exam etc..
Mama pon cakap,

"Sebenarnya, ayah kena admit masuk hospital 4 hari.."

Zup aku potong.

"Ha, dah agak da.. kenape bla bla..bla bla."

Rupanya ayah masuk hospital sebab batuk kuat, demam. Cholesterol level dah tinggi pulak tu.
Saja didiamkan, katanya tak nak ganggu study.

Mana taknya, sejak pindah balai Kajang masuk trafik, ayah banyak kerja outdoor. Letih kot, tambah exposure kat asap lagi.

"Oh, cholesterol tinggi ke. Jaga makan. Jangan makan kuning telur banyak, kasik kat Nabilah je. Banyakkan sayur masa makan..bla bla lagi."

Jadi pakar nutrisi kejap. Hehe.

Mama pesan.

"Nanti balik Ramadhan ni, teman mama nak ke masjid ye.."


My dad preparing a juice for our
breakfast (iftor).

Ayah semakin raya semakin sibuk dengan Ops-nya. Anak yang sulung pula dok kerja jauh dekat Kuantan sana. Terpaksalah anak kedua balik, since yang ketiga dan empat tak boleh drive.
(boleh terima tak alasan ni..:p)


So, pengajarannya, pasang la spy di kalangan adik beradik korang untuk pastikan kita tahu perkara yang berlaku di rumah. Terutama yang telah didiamkan oleh mak dan ayah kita kan..

Any man can be a father, but it takes a special person to be a dad ;)
Happy father's day. Peace~

p/s- jangan ajar diri 'berdiam' dengan pengorbanan mak dan ayah kita.

3 Responses


  1. AtiqahHanisMustapa on June 19, 2011 at 3:06 PM

    atin kan boleh drive :D

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on June 19, 2011 at 6:22 PM

    atin bole drive tp mama tak nak naik.ahaha..

    selambe je kutuk -_-"

  3. AtiqahHanisMustapa on June 21, 2011 at 3:38 PM

    eceh !