Belajar adab dari garam dan tepung


Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi
(bukan Qardhawi ye)

Adapun orang yang kuat beramal itu ramai di atas bumi ini, namun sedikit pula mereka yang memiliki adab, yang tinggi akhlaknya.

Lupa pula sekalian orang bahawa sesungguhnya memperbanyakkan adab bersama amal soleh yang sedikit lebih penting daripada memperbanyakkan amal soleh tetapi kurang adabnya.

Imam Qurafi berkata dalam kitab al-Furuq:

"Ketahuilah, sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan.

Oleh yang demikian Ruim (orang alim yang soleh) berkata kepada anaknya:

Wahai anakku, jadikanlah amalan kamu sebagai garam dan adab kamu seperti gandum.

يا بني: اجعل عملك ملحا وأدبك دقيقا

Yang dimaksudkan dengan suruhan tersebut ialah hendaklah kamu memperbanyakkan adab-adab sehingga nisbah banyaknya adab-adab yang perlu dilakukan seumpama nisbah gandum kepada garam (dalam adunan tepung yang dicampur dengan air).

Dan memperbanyakkan adab-adab bersama amal soleh yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan amalan soleh bersama adab-adab yang sedikit."

[Rujuk Min Adabil Islam ; Syeikh Abdul Fatah Abu Ghudhah]

Bila menyebut nama baginda rasulullah, letakkan "Saidina" di hadapannya. Sebagaimana disebut orang Saidina Muhammad sollallhu 'alaihi wasallam.

Begitu juga pada para sahabat baginda. Misalnya Saidina Abu Bakar radhiallahuanhu.

Tidak ketinggalan para imam dan masyaikh kita. Letakkan panggilan yang bersesuaian di pangkal namanya. Seperti Imam Syafie RA dan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi.


Syeikh Dr Yusri Rusydi
Seorang pakar bedah yang mengajarkan kitab Sohih Bukhari
di Masjid al-Azhar.


Mari beradab dengan Rasulullah, para sahabat, imam-imam dan ulama'.
Biasakan diri kita untuk menyebut nama-nama individu yang dicintai dengan panggilan kehormatan dan kecintaan.

Kerana mereka semuanya insan yang dicintai Allah.

Ambillah iktibar dari garam dan tepung.
Perlu bijak dalam menyediakan adunan. Biar betul nisbahnya.

Takut-takut kalau kurang tepungnya dari garam, akan rosak adunan kita, tiada pula yang mahu menjamahnya nanti.

Wallahu ta'ala a'lam.

2 Responses


  1. aiyqosim on June 5, 2011 at 2:53 PM

    Haram hukumnya memanggil Nabi Muhammad SAW dengan 'isim mujarrad' (nama sahaja), contohnya, "wahai Muhammad!"

    Wajib meletakkan 'Saydina' Muhammad SAW.

    Hanya 2 tempat sahaja dikecualikan dan boleh memanggil dengan nama sahaja, iaitu dalam azan + iqamah, dan dalam bacaan tahiyyat akhir dalam solat.

    Allahu A'lam.

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on June 13, 2011 at 5:16 PM

    jzkk :)