Memoir Akala- Bagaimana kucing melihat cinta [Part 1]


Aku seekor kucing.

Namaku Akala. Pelik sikit nama ni. Tuan muda aku yang kononnya mengaji kelas aliran agama (KAA) di Kuala Lumpur yang menamakan aku.

Akala dalam bahasa arab (آكل) yang bermaksud makan.
Katanya kerana aku kuat makan. Tapi kucing mana yang malas makan?

Bagus lagi kalau bubuh wardah, mujahadah atau thabat. Baru gempak.



Bulu aku putih, putih semata. Ekor aku pula mengembang seperti ekor tupai. Mata aku biru cair. Tetapi bila malam, ia kelihatan kemerah-merahan. Maklumlah, aku pemburu yang cekap. Badanku pula sedang-sedang saja, sesuai sebagai seekor kucing betina yang comel.

Selaku kucing yang comel, manja dan bijak aku mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dimiliki kucing-kucing bandar yang lain. Antaranya ialah:

Pertama,

Walaupun aku dibiarkan hidup bebas tidak bersangkar, aku bijak mencari tempat membuang atau melepas.

Kalau nak membuang, aku akan ke tandas kerana di situ memang tempatnya. Biarlah kalau kepala aku tidak beralas sekalipun, janji tak kotorkan rumah.

Cumanya, selalu puan atau tuan rumah lah yang kena cucikan lantai sebab aku tak reti nak menjirus air atau mengepam tandas.

Kalaupun pintu rumah tertutup, aku tak melepas di halaman rumah. Aku carik tempat lain, contohnya halaman jiran sebelah. Haha.. (Sori, kucing tak dak akai sangat, jangan dok marahlah kat kami.)

Tak ramai ye kucing yang reti buat camni. (Bangga.)


Kedua,

Aku juga pemburu yang bijak. Pantang terdengar bunyi di dapur, mesti aku segera ke sana. Maka habislah cicak, lipas ataupun tikus dikerjakan. Takut dah diorang nak singgah ke sini lagi.

Bukan cam kucing zaman sekarang. Kucing bandar la ni pemalas. Makan nak yang dalam kotak saja (Frieskies). Nampak tikus, dia yang lari dulu. Hampeh. Baik takyah bela kucing (kami).


Tuan dan puan rumah pula baik. Sebut bab makan saja pun aku dah tersentuh.

Bila time makan, mereka akan siapkan lauk untuk aku. Kadang-kadang lauk yang sama macam mereka makan. Tapi tuan dan puan tak pernah lupa peringat anak-anak mereka..

"Nak kasik lauk ni, hati-hati. Kalau jenis yang banyak tulang,
buang sikit tulang-tulangnya. Takut nanti kucing tercekik tulang, kesian."


(Sapa tak pernah tengok kucing tercekik tulang? Macam nak buang kahak la..sian2)

Bila aku mintak lauk mereka yang pedas-pedas, tuan selalunya akan hisap sikit daging atau ayam tu. Selalu anak mereka akan tanya..

"Kenapa ayah hisap daging tu?"

Lalu tuan jawab.

"Sebab lauk ni pedas. Ayah hisap bagi kurang sikit,
takut kepedasan pula kucing tu."


(Tak pasti pasal deria rasa kucing. Takpe nanti ada masa kaji :p)

Pasal nak bagi makan kat haiwan je pun, tuan dan puan dah boleh didik anak-anak mereka.
Jangan buat naya kat haiwan, apa lagi kat manusia masa dok atas bumi ni kan.

Saban hari aku makin sayang kat keluarga ni.
Biarlah mereka pulang ke kampung di Johor 3 4 hari, aku still ada kat sini. Tak lari kemana.

Bila dengar bunyi kereta mereka sampai berhenti di depan pagar rumah, aku mesti berlari mendapatkan mereka. Segera aku menggesel-geselkan badan pada kaki mereka sambil mengiau manja melepas rindu.

Sungguh, aku sayang keluarga ini.

(Bersambung..)

p/s- tak terjumpe gambar kucing sekor ni..
(dah jumpe! tunggu kalau ada part 2 nanti..)