Telah tercatat dalam Sulalatun Salatin karangan Tun Sri Lanang akan seorang budak berumur 7 tahun di negeri Singapura, Hang Nadim namanya.
“Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura,
berlompatan lalu ke ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati
dilompati todak itu; barang yang kena terus menerus olehnya.”
berlompatan lalu ke ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati
dilompati todak itu; barang yang kena terus menerus olehnya.”
Adapun Seri Maharaja Singapura kita yang cetek fikirannya menyuruh rakyat jelata turun melawan todak dengan berkotakan betis.
Mujur seorang budak yang bijak ini turun, seraya berkata.
“Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita.
Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”
Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”
Cadangan akal kancil dari Hang Nadim ini disambut baik.
Maka terlekatlah todak-todak tersebut pada batang pisang. Cepat pula orang-orang pantai membunuhnya, mencerai roh dari tubuh.
“Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi?
Baiklah ia kita bunuh, tuanku.”
Baiklah ia kita bunuh, tuanku.”
Hasutan pembesar-pembesar tolol ini diikut sang maharaja. Maka habis dibunuhnya Hang Nadim yang berjasa. Penat berkirim susu, tetapi dibalas pula dengan tuba.
Kisah yang di atas juga berlaku pada zaman nabi kita Musa 'alaihi salam.
Pada suatu hari datang ahli nujum mengatakan pada si Firaun bahawa kekuasannya akan jatuh pada seorang laki-laki dari bangsa Israel.
Yang disebut sebagai ahli nujum ini merupakan golongan profesional, yang mana kalau cuba-cuba dibandingkan dengan zaman saudara adalah 'saintis' pada zaman Firaun.
Maka diperintahkan supaya anak lelaki yang dilahirkan selepas itu dibunuh.
Mujur nabi kita Musa A.S. dikirim ibunya ke Sungai Nil setelah mendapat petunjuk dari Allah. Lalu ditemui dan dijaga pula oleh Asiah, isterinya Firaun.
Tasawwur atau gambaran yang jelas mampu diperolehi dari kisah-kisah di atas. Bagaimana semuanya bagai wayang gambar yang diulang tayang, bezanya cuma pada latar masa.
Rata-rata pemerintah yang arrogant dan mementingkan survival mereka dalam pemerintahan akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menekan kelompok yang bangkit dengan idea dan pemikiran yang lebih baik.
Mereka menekan golongan bijak pandai yang dianggap boleh menjatuhkan kekuasaan mereka. Sikap yang persis sang Maharaja Singa-porah tadi. Gam, ugutan, sekatan etc.
Realiti yang perlu diakui kita, tradisi 'membunuh' Hang Nadim masih berkekalan hingga ke hari ini.
Doakan saja ianya akan berakhir.
Wallahu ta'ala a'lam.
p/s-pemerintah yang zalim rasanya lebih 'mengancam keselamatan negara' berbanding rakyat jelata yang menuntut keadilan.
aku tak pernah jumpe anak mude pencinta sastera melayu yg macam kau ni....teruskan perjuangan martabatkan dakwah islam berlapikkan kesusasteraan melayu...
future A.SAMAD SAID...BERJIWA ISLAM..
series bes entri ni...
kalau perasaan, hikayat melayu berbunyi sindiran/sinikal.
raja bersiung itu sama konsepnya dengan vampire. menggambarkan golongan bangsawan dahulu yang zalim serta mencekik darah rakyat jelata.
cuma sekarang vampire dicommercializekan jadi cerita yang hampeh. ini kerja-kerja capitalism!
dragon_john:
abang kawasan juga minat membaca rupenye.
musegalo:
tq sudi singgah..^_^
c's:
setuju. yang pastinya banyak yg boleh dipelajari dari karangan-karangan melayu lama.
malang kalau kita tak tahu.
(nak baca hikayat munsyi abdullah..)
Kan dah kata entry2 anda memang unik. Tak mampu nak ikut rentak bahasa. T_T
Kalau bukan kerana blog ini mencatat kembali catatan melayu-melayu lama, mungkin saya takkan terbaca kot.
Lihat bagaimana kerajaan tak adil terhadap rakyat yg cuba buat perhimpunan Bersih.
tu dikira 'membunuh hang nadim' la..
mungkin next version cerita pasal Jebat penderhaka~
oh, tu susah sikit. kena buat kajian lebih.
takut-takut kita tersalah tuduh pula.. :)