Phocomelia and thalidomide
Pernah dengar tentang.."thalidomide tragedy".
Thalidomide was introduced as a sedative drug in the late 1950s.
Dijual dalam beberapa buah negara di dunia antara tahun 1957 hingga 1961. Dan malang sekali, ubatan tersebut mempunyai teratogenic effect. Ibu mengandung yang mengambil thalidomide akan yang melahirkan bayi yang cacat.
Bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan pada anggota badan, dipanggil sebagai phocomelia. (an extremely rare congenital disorder involving the limbs).
Dilaporkan beribu-ribu bayi lahir dengan kecacatan kekal tersebut pada masa itu.
Ini menyebabkan penjualan dadah terbabit dihentikan dan ditarik balik dari pasaran dengan serta merta.
Satu langkah pencegahan untuk mengelakkan tragedi ini menjadi semakin teruk.
Tiada rawatan khusus untuk mereka yang lahir dengan phocomelia. Hanya prosthetic limb (anggota palsu) yang mampu digunakan untuk memudahkan kehidupan seharian mereka.
Pencegahan dan kelebihannya
Mengambil contoh di atas, pencegahan adalah suatu yang utama dari merawat. Cantas masalah dari akar umbinya.
Bilamana kes-kes phocomelia meningkat, ia segera dicegah dengan melakukan pengawalan terhadap ubatan yang mempunyai kesan pada bayi dalam kandungan. Ujian terhadap ubatan, pesticides, juga racun serangga dilakukan dengan lebih ketat sebelum diluluskan untuk dipasarkan.
Berikan juga maklumat serta pendidikan kesihatan kepada ibu-ibu yang mengandung.
Its easier, less time and resources consumption.
Masalah sosial macam mana?
Kalau masalah sosial pula menigkat, kes buang bayi sana sini berlaku.
Langkah utama yang perlu diambil, cegah sebelum parah. Hapuskan pusat-pusat maksiat. Bagi didikan agama dan moral pada masyarakat. Bahaya gaya hidup bebas dan implikasinya. Hukuman yang tepat bagi pesalah.
Kalau hanya buka baby hatch, sekolah pelajar hamil etc dengan harapan untuk membela (bei-la bukan bee-la) mereka dan merawat masalah sosial sekarang, tapi tak cantas masalah dari akar umbi maka tentunya objektif menangani masalah sosial tidak tercapai.
Tambah pula dengan cadangan jadikan negara pusat hiburan malam.
Maka akan bertambah-tambah la nanti baby hatch centre dan sekolah pelajar hamil.
Its harder, time consuming. Plus menghabiskan wang kerajaan untuk pengurusan.
Peace!
Wallahu a'alam.
Post a Comment