1515




Objek : 1515 (terbitan 2002)
Penulis : Faisal Tehrani
Sumber : MPH (guna duit poket JPA)


Dendam musuh-musuh Islam masih tidak padam sejak perang salib dan menyebabkan puak-puak ni berhajat benar membunuh umat Islam. Portugal, selepas berjaya menewaskan Islam di Goa, di bawah Albuquerque meneruskan rancangannya menawan Melaka.

Hancur punah Melaka, gereja-gereja tumbuh melata dipimpin paderi Feringgi.

Buku yang menarik. Menggunakan langgam bahasa melayu klasik yang mudah dan tak membebankan. Diselitkan dengan perribahasa-peribahasa lama yang tidak dijumpai ketika di sekolah menengah.

Cerita yang baik adalah cerita yang berjaya menarik pembaca masuk merasai situasi sebenar di dalamnya. Dan buku ini mampu melakukannya dengan menjadikan aku seorang askar Melaka yang cuba mempertahankan jambatan Melaka dari bdilan Flor de la Mar.

Tun Nyemah diletakkan sebagai watak utama dan mempunyai 2 jalan cerita yang berbeza kerana fakta sejarah yang berlainan. (agak pening)

Tapi pembaca akan mula faham yang 2 fakta sejarah yang berbeza berlaku disebabkan oleh satu perkara. Iaitu "sejarah ditentukan oleh penguasa". Orang yang mempunyai kuasa mampu memadamkan fakta sejarah yang tidak diingini, juga mewujudkan fakta yang baru untuk kepentingan tertentu. (masih berlaku zaman la ni)

Jadi kagum dengan kehebatan Melaka yang sayangnya jatuh kecundang dek pemerintah yang lupa diri.

Wallahu A'alam.

p/s-homesick grade 4.. T_T

4 Responses


  1. Puteri on October 4, 2010 at 1:41 PM

    one of my fav (last read in 2006). watak tun nyemah tu rasa sangat ayu + energetic. better than lara croft..btw, tryla google nama tun nyemah mulya.

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on October 4, 2010 at 3:15 PM

    respek sesangat kat Tun ni.

    Tp since ak bkn ahli sjarah, so xtau macam mana tahap kesahihannye. Betul ke idak.

    Kan best kalau betul dan ada bukti yang Mlaka xkalah pon dan Sayyidah Nyemah ni berjaya lead tentera Islam counter balik barat..huhu.

  3. Amermeftah on October 6, 2010 at 7:10 AM

    Jangan lupa baca 1511H Kombat

    ckp tentang kesasihan sejarah, layari jugak blog ini, anda pasti terkejut beruk:

    http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

  4. mohd hazwan bin mohd salleh on October 6, 2010 at 2:27 PM

    aiseh, mne nk dpt kt sini?

    trkejut keberukan bila mmbaca tentang wong fei hong.

    trimas kerana brkongsi.