Seribu kali embat, haram tak patah






Subjek : Fatin Nabilah
Lokasi : Pelbagai

Ketika mak dan ayah setelkan beberapa urusan, aku lebih selesa duduk saja di dalam kereta sambil ditemani subjek. Umur beliau 6 tahun. Cubit mencubit merupakan aktiviti pilihan kami. Nak tengok siapa cubit paling sakit. (Haha)

Tiba-tiba subjek bertanyakan soalan.

-Apa yang Allah cipta dulu?

+Hm..manusia ke?

-Ha..

+Nabi Adam lah. Lepas tu dapat anak dia, beranak beranak dapat cucu, cicit, lepas tu beranak beranak beranak banyak-banyak. Pastu dapatlah mama, ayah, Nabilah..

-Oo.. Rasulullah takde ke? (Rasulullah yang dimaksudkan subjek adalah Nabi Muhamad SAW)

+Adalah sekali dekat tengah. Lama dulu sebelum Nabilah lahir. (cuba memudahkan jawapan agar dapat difahami)


Kelihatan subjek berpuas hati dengan jawapan diberikan sambil mengangguk kecil.

Pernah pula suatu hari selesai solat, subjek bertanya..

-Angah, Bilah nak buat pahala banyak-banyak. Nanti boleh masuk syurga.

+(senyum)

-Syurga tu macam mana?

+Syurga ek.. syurga tu cantik, ada sungai mengalir, lepastu airnya manis.. (sila panjangkan hujung ayat dengan 3 harkat agar menarik didengar anak kecil)

-Oo..macam mana angah tahu?

+Dalam Quran..dalam Quran ada sebut.
Dah, jom turun makan.

-Owh..ok.

Pelik juga aku, soalan-soalan berkisar kepada pencipta alam, juga perkara ghaib boleh berlegar dalam kepala subjek.

Aku pun tak pasti jika pernah bertanya pada orang soalan-soalan sebegini masa tadika dulu.

Sebenarnya, soalan-soalan tersebut lahir dari pembelajaran yang diterima ketika di sekolah. Langsung diterjemahkan kepada soalan di rumah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih.

Model pembelajaran dan kurikulum yang baik, disamping kebolehan menyanyikan lagu mengatasi godaan syaitan dan cara mengambil wudhu tentu sekali diperlukan bagi mencorak kain putih.



Mantap gila sekolah macam ni. Biar asas aqidah kukuh dari kecil lagi. Tegak tak mudah tumbang.

Kata orang, seribu kali embat haram tak patah.

Wallahu a'alam.


p/s-paling tidak, wanita yang melepaskan rambut akan malu bila lihat budak-budak kecil langsung tidak merengek bila mengenakan tudung =)