Mimpikan 'Hikayat Abdullah'


Alhamdulillah.

Hari ini berkesempatan jumpa seorang sahabat kat KL. Lama juga tak jumpa. Kali terakhir masa winter 2 tahun lepas di Mesir.

Selesai berborak panjang, aku pun tahan teksi ke Dewan Bahasa & Pustaka. Cadangnya nak balik rumah sekali dengan mak. Pejabat hanya terletak di menara MAA yang memang dah dekat sangat dengan DBP.

Boleh tahan banyak buku di sini. Tak kurang juga dari terbitan-terbitan lama.

Teringat satu buku yang memang aku teringin nak baca. Hikayat Abdullah oleh Munshi Abdullah. Karya ini siap dikarang pada tahun 1845.

Buku yang sedikit sebanyak menceritakan tentang latar masyarakat di Melaka dan Singapura zaman tu. Macam cool gila kalau dapat baca ni!

"Hm.. bang, nak tanya buku boleh?"

"Boleh, buku ape ye?"

"Hikayat Abdullah!" aku separuh menjerit.

"Oh, sekejap..
Dik, buku ni Karya Agung.."

"Karya Agung tu macam mane?"

"Karya Agung ni salinan asal, dan biasanya mahal. Cuba tengok kat depan tu"
Sambil merujuk kepada rak buku di depan.

Aku teliti beberapa buah buku yang dilabel karya agung ini. Helaian kertasnya kuning kitab jawi lama, cover pulak tidak bergambar.

Memang 'agung'. Nampak klasik sangat.

"Yeke mahal, mahal tu berape bang?"

"Kejap..Hm, 160 ringgit"

Senyum kambing sekejap kat brader ni.

"Hoho. Takpe lah bang. Saya amik yang ni je"
Aku bayar harga 2 buah buku yang sedia ada kat tangan.


Tak sampai hati pulak nak beli. Takde jodoh kot hari ini. Takpa la.
Kumpul duit sebulan 15 ringgit boleh dah nak beli tahun depan kalau nak sangat.

Orang lain boleh je kumpul duit dari kecik untuk beli cincin.
Takkan kita tak boleh..hehe.

p/s- makin besar nikmat kita dapat, makin besar tanggungjawab kita pada masyarakat..

7 Responses


  1. qubnani on September 20, 2011 at 9:29 PM

    salam,

    saudara, saya pernah baca buku Hikayat Abdullah tu di Mesir.

    kalau ada rezeki, cuba selongkar di bilik tutorial ARMA. byk lagi saya rasa karya-karya agung yang orang skrg x tahu nak agungkan ada kat sana.

    wallahualam~

    p/s: teruskan menggeledah khazanah2 penulisan lama. byk hikmah yang akan awak jumpa.

  2. sis_aflah on September 21, 2011 at 7:29 AM

    hikayat abdullah yang pts terbitkan tu murah skit.. tapi tak pernah beli.. jeling2 je hee..

    apa 2 buku yang dibeli tu :)

  3. mohd hazwan bin mohd salleh on September 21, 2011 at 3:27 PM
    This comment has been removed by the author.
  4. mohd hazwan bin mohd salleh on September 21, 2011 at 3:32 PM

    kak fadhilah:

    sy carik buku tu la asalnya. jumpa thn lepas tp dia dah ubah suai jadi semi klasik. nak carik thn ini dah tak jmpa pula.

    yg 2 buku ni salah satunya diterbitkan tahun 1967. menghimpunkan kisah tulisan Abdullah munshi.

    nanti saya share bila dah habis baca ya ;P

  5. mohd hazwan bin mohd salleh on September 21, 2011 at 3:33 PM

    qubnani:

    wsalam. oh, ade ke. perasan dah buku-buku kat situ memang zaman atuk kita.

    Kat dbp ada beberapa lagi karya agung lain. antaranya Inderapura.

    iA. ade masa kita selongkar kat bawah tu.

    p/s- tulisan yang menitik beratkan bahasa menjadikan ia benar-benar berharga.

  6. Amermeftah on October 2, 2011 at 10:55 PM

    serius bro?! lu jumpe hikayat abdullah publishing yg klasik? adui, kalau gua dah kasik angkat, 160 je tu, ada tau thn berapa publish?

    cik qubnani, ada sekeping buku yg saya cukup minat setiap kali buat setadi grup dlm bilik tu, Kamus Perbendaharaan Kata Sastera Lama, diorg nak lg ke ah? boleh amik tak?

  7. mohd hazwan bin mohd salleh on October 3, 2011 at 3:45 PM

    haha, betul la. tapi dia berbalut tak boleh bukak. cuma nampak helaian kertas dia yg memang kuning. ade dua buah rasanya. selain buku ni ada beberape lagi tajuk lain yg di cop karya agong.

    anyway, baru pergi bilik tutorial tp tengok buku kat situ semua dah hilang. lupa pulak nak tnye bdk arma. jangan kena buang dah la heh..