Tetamu senja- A Samad Said





Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


..Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka,
maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun
dan tidak (pula) mendahulukan(nya).

[Yunus; 49]

3 Responses


  1. sis_aflah on September 15, 2011 at 8:52 AM

    suka dgn puisi ni.. dah lama jumpa, masa sekolah menengah kot.. waktu mula2 berjinak dgn dunia sastera ;)

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on September 15, 2011 at 4:13 PM

    hebat!

    kita dulu mempergunakan puisi untuk cemerlang di dewan peperiksaan,
    masakan isinya sampai ke dalam fikiran.

    rasa macam nak kumpul puisi-puisi ketuhanan la.. ;)

  3. sis_aflah on September 16, 2011 at 4:50 AM

    banyak juga puisi2 ketuhanan ni.. ada setengah tu yg kalau baca memang tak faham langsung huhu..

    seingat akak la, nama seperti shafie abu bakar, kemala, a.aziz deraman, suhaimi hj muhammad (sekadar beberapa nama) banyak hasilkan puisi2 ketuhanan ni.. sbnrnya ramai lagi, tp lupa sbb dh lama tak membaca puisi hehe..