Apabila sihat kepalanya, tubuh yang lain tidak akan rosak


Daulah, jika yang memimpinnya orang yang soleh nescaya akan menjadi aman negeri tersebut.

Kemakmuran dan kemewahan akan tersebar kepada seluruh rakyat jelata, waima kepada haiwan dan binatang sekalipun.


Imam Malik bin Dinar berkata:

“Ketika Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah, para penggembala kambing di puncak gunung berkata:

من هذا الرجل الصالح الذي قام خليفة على الناس؟
Siapakah khalifah yang soleh yang sedang
memerintah manusia sekarang ini ?

Lalu orang-orang yang berasal dari kota bertanya kepada mereka: 'Mengapa kalian mengetahui semua itu?'


Para penggembala menjawab:

فإن عدله كفّ الذئاب عن أغنامنا
Sesungguhnya pemerintahan apabila dipegang oleh seorang khalifah yang saleh,
serigala dan singa tidak akan mengganggu kambing-kambing kami !





Hasan al-Qasob berkata:

“Aku bekerja sebagai pemerah susu kambing pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Pada suatu ketika, aku melewati seorang penggembala, sedangkan di tengah-tengah gerombolan kambingnya ada tiga puluh serigala.

Padahal sebelumnya aku mengira gerombolan anjing karena aku belum pernah melihat serigala.

Aku bertanya:

!ما تفعل بهذه الكلاب ؟ وواحد يكفي
Wahai penggembala, untuk apa anjing sebanyak ini ? ٍ
Seekor sudah memadai!



Dia menjawab:

ألا تعلم أن هذه ذئاب وليست كلاب
‘Wahai anak muda, ini bukan kawanan anjing,
melainkan serigala’.


Aku berkata lagi:

ذئب في غنم لا يضرها؟
Apakah serigala tidak membahayakan
kambing-kambingmu ?


Dia lalu menjawab:

إذا صلح الرأس فليس على الجسد بأس
Wahai anak muda, apabila kepala sudah sehat
maka badan tidak akan rosak.

Pada masa itu adalah masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz."




Musa bin Ayyan berkata:

“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz , kami menggembalakan kambing bersama serigala pada suatu tempat, demi Allah. Pada suatu malam, serigala menyerang memangsa seekor kambing kami.


Aku berkata:

إنا لله وإنا إليه راجعون ما أرى الرجل الصالح إلا قد مات
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. Dengan adanya peristiwa ini
kami memperkirakan bahawa laki-laki soleh tersebut telah wafat.

Hamad berkata: ‘Orang ini dan lainnya juga mengatakan kepadaku bahwa mereka hanya mengira, tetapi besoknya ternyata benar bahwa dia (Khalifah Umar bin Abdul Aziz ) telah wafat malam itu.’ "


Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz adalah pemimpin yang selalu menangis kerana merasai amanah kepimpinan itu terlalu berat.

Semoga Allah merahmatinya.
Wallahu ta'ala a'lam.



p/s
- Bila ada kakitangan bawah yang buat kerja zalim, cek la orang atasan yang dok pegang remote control tu. Kalau dah 'kepala' sakit, maka 'anggota tubuh' tentunya turut sama rosak kan..

- kita merujuk di sini dan sini.


3 Responses


  1. AtiqahHanisMustapa on August 24, 2011 at 1:56 AM

    nak setuju, boleh?

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on August 24, 2011 at 4:32 AM

    boleh je, xde org nak halang :)

    eh, awat snyp je FB. deactivated ke?

  3. AtiqahHanisMustapa on August 28, 2011 at 4:49 AM

    aah. dah sebulan deactivated :D