TV: Tanyalah angah!



Bulan baik, hari baik.
24 Ramadhan.

Nabilah: Angah, hari raya (aidilfitri) untuk bangsa apa? Melayu ke, cina ke, india?

Angah: Hm, hari raya ni untuk orang Islam. Tak kisah la bangsa apa. Melayu, cina, India.

N: Yang jiran pak cik Bo*** tu sambut raya tak?

A: Dia Islam ke tak?

N: Entah..

A: Dia bukan Islam, jadi tak sambutlah raya :)
(Hoho.. pandainye aku jawab. Yes!)



Hi, saya tak puasa penuh. Tapi masih
bersemangat nak raya!


N: Kalau father's day boleh sambut tak?

A: Boleh!

N: Sebab kawan Bilah kata tak boleh sambut sebab tu Kristian punya..

A: Oh. Boleh, sebab sambutan hari bapa tak bertentangan dengan ajaran Islam.

N: (Nganga kejap..)

A: Eh, faham tak?

N: Tak fahamlah. Bertentangan tu ape?

A: Bertentangan tu berlawanan. Gitu-gitu tu..

(Argh, camne nak explain. Sapelah kawan dia ni?
Karang aku sebut aqidah lagi pening.. @#%$%)

4 Responses


  1. eNdY on August 25, 2011 at 2:07 AM

    comel btol nabilah nih..huhuhu... bdk2 skarang nih lebih advance. Sume benda pon dah tahu, intrnet, fb etc. Sbb ade sifat ingin tahu..=)) Tapi bgus la mcm tuh..huhu

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on August 25, 2011 at 4:47 AM

    yup, setuju!

    bagus je ade bright kids yg eager nak tau semua bende sekeliling dia.

    tp tggungjwb org dewasa kat rmh la kan nak guide.

    so, sila la tolong explain pasal fathers day ni kat die ye :P

  3. Humairah on August 25, 2011 at 3:34 PM

    cakap simple je..

    kita orang Islam, kita tengok apa yg Allah cakap, yg Nabi cakap.

    Allah ngan Nabi ajar kena sayang mak ayah. Jadi tak salah sambut hari bapa.

    agama lain diorang tak sembah Allah, sebab tu kita tak boleh sambut perayaan diorang.

    (ni text yg saya akan guna klu cakap ngan adik saya.. nabilah ni umur brp?)

  4. mohd hazwan bin mohd salleh on August 26, 2011 at 1:15 AM

    oh, bagusnya ada jiwa mendidik..
    dah try cerita balek dgn dia.

    tadi mkn kek lapis, lps tu kita pon ckp la kek lapis Serawak sedap. Pastu tau dia bisik ape..

    "Jangan makan kek lapis Sarawak. Ada lemak ba alif ba ya.."

    Mak aih, knowledge die. Rupanya dia tahu ade satu minyak tu kantoi ade lemak babi dan selalu minyak ni org Serawak selalu guna. hoho..

    Umur dia nak masuk 7 thn..:)