Kebelakangan ini, kami disajikan dengan wajah-wajah kematian ketika kuliah.
Selain untuk tujuan pembelajaran, mungkin juga melatih pelajar berhati kering, melalui habituation. Tidak terlepas suroh-suroh bayi yang biasanya dibunuh si ibu.
Infanticide.
Ada yang dilemaskan, ada yang dilukakan, dan ada yang dijerut dengan tali pusatnya sendiri.
Kalau masyarakat arab jahiliah dahulu membunuh anak perempuan mereka kerana takut membawa bala dalam keluarga, masyarakat sekarang lebih teruk dari itu. Tiada beza jantina dalam jenayah yang dilakukan pada hari ini.
Makanya siapakah yang lebih jahil?
Masyarakat kita sekarang atau arab zaman jahiliah.
"Mereka menganggap dengan menadah air dari atap yang bocor adalah cara yang berkesan. Sedangkan yang terbaik tentunya dengan menutup dan membaiki lompong kebocoran pada atap tersebut."
Seorang yang faham di sebelahku berkata-kata.
Tindakan membina sekolah harapan ibarat menadah air yang bocor dari atap. Semakin lama air semakin melimpah dari tadahan, sedangkan atap yang berlubang masih tidak di tampal.
Ianya tindakan yang tidak mampu menyelesaikan masalah.
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamakamu, dan Aku lengkapkan bagi kamu nikmat-Ku. Dan Aku ridha Islam itu menjadi agama bagi kamu
(al-Maidah; 3)
Ianya kehidupan.
Pengurusan jenayat menurut syariah, pelaksanaan amar ma'ruf nahi munkar secara serius dan menyeluruh dengan menutup pusat-pusat maksiat adalah kuncinya.
Baiki atap yang bocor, jangan ditadah saja air yang menitik. Takut dikata orang majnun.
Moga tiada lagi anak-anak yang lahir dari perut sang pembunuhnya.
Wallahu a'lam.
Post a Comment