Ketupat cinta


Musim cuti macam sekarang ni, eloklah kalau isi dengan benda berfaedah macam baca buku. Kalau ikut kajian pun, orang Malaysia antara kumpulan terendah majoriti rakyatnya dengan bilangan buku di baca dalam setahun.

Tak ingat exact number, bilangan buku per person in a year. Tapi rendahlah.
Jadi nak promote buku ni.




Tajuk: Ketupat Cinta [Musim Pertama]
Penulis: Faisal Tehrani
Tahun terbitan: 2009
Sumber: Pakai duit poket yang tak berape tebal ni.


Seperti biasa, tulisan FT yang ini tidak mengecewakan.



Dengan sense of humor yang sangat tinggi. Beliau membidas sikap pemimpin-pemimpin negara sekarang, mengaitkannya dengan setiap kisah istana dan ragam Parameswara yang disebutkan dalam novel ini.

Uniknya, cerita dalam buku ini dipandu oleh makanan asli melayu. Setiap makanan itu punya falsafahnya. Satu masakan dalam satu bab.

Tun Musa al-Kazim sebagai gerau (chef) diraja diletakkan sebagai watak utama yang terpaksa melayan karenah Parameswara dan satu macam drama yang berlaku dalam istana. Seorang yang alim. Hafal ayat-ayat al-Quran, juga memahami hadis-hadis baginda rasul.




"Adapun sirih itu pohonnya memanjat dan akan ia itu mengharap sandaran,
akan tetapi memanjat ia itu tidak ia merosakkan tempat ia bersandar.


Tidak umpama pokok sakat atau pokok api-api, memanjat lagi menguasai.

Maka sirih itu tuanku ertinya merendah diri, hendaklah kita
kala berbincang itu memuliakan orang lain,
tetapi tiada pula menafikan diri sendiri adalah pemberani."



Tun Musa kita ini bukan orang sebarangan. Tinggi ilmu agamanya, cinta lagi kepada Rasulullah juga ahli bait.

Tapi apakan daya, bagi setiap pencinta itu akan ada pembencinya. Kerana sesungguhnya beliau pencinta Allah juga Rasul-Nya.

Dibabadkan dalam cerita ini, beliau telah dikhianati dan akhirnya dihukum tanpa bicara sewajarnya.

(Tak tahu kebenaran sejarah dalam cerita ini,mungkin ada yang ditokok tambah. Tetapi istifadhah atau pengajaran yang diperolehi adalah lebih besar dari keraguan saya terhadap sejarah asal usul makanan dalam novel ini.)

Sangat menarik, highly recommended.
Wallahu a'lam.

p/s- Adili manusia sebelum menghukum, berani bila hak kita dizalimi. Kerana rakyat yang sentiasa takut dengan ugutan akan membangunkan rakyat yang bodoh.