Tanda


Aku pernah tanya pada adik aku, macam mana nak tahu yang seseorang tu suka kat kita atau tidak.

Dia hanya tergelak. Lama berfikir baru menjawab.

Begitu begitu. Begini begini.. semput. Sedaya upaya cuba menerangkan pada kita tanda-tanda yang mungkin.

Adalah sedikit yang aku pelajari. Tapi nyata aku tersalah tanya. Budak ini masih berhingus dan mentah. Lucu pula melihat reaksinya.




Sebagai hamba, kadang-kadang membuatkan aku tertanya pada diri sendiri.
Adakah kita ini hamba yang dicintai Rabbuljalil?

Lalu aku tanyakan pada rakan,

"Macam mana ya nak tahu kita ni antara orang yang dicintai Allah?"

Sahabat kita yang satu ini bukan sebarangan orang, mudah pula dia menjawab. Tidak seperti adik kita yang berhingus tadi.

Katanya,

"Kau mudah untuk bangun, qiamullail di malam hari. Allah benar-benar ingin
bertemu dengan kau dalam solatmu. Kerana bukan semua orang kuat untuk menghidupkan malam. Hanya mereka terpilih, yakni orang-orang yang dicintai-Nya."





Bagaimana pula status kita ni kalau tak solat on time pada awal waktu, liat nak bangun qiam dan sebagainya?

Fikir.

Sedih bukan kalau ada tanda-tanda yang menunjukkan kita ini bukan antara mereka yang dicintai-Nya.
Adalah dosa kita yang tak disedari, menjadikan tubuh terasa berat untuk beribadah.

Sungguh, tasawwuf begini meruntun jiwa yang malang.

p/s- Allahumma ballighna ramdhan..

One Response


  1. AtiqahHanisMustapa on July 27, 2011 at 9:01 AM

    :'(