Binakan semula Kota Melaka dan legasinya


Ini bukan kota Melaka ya..


Kota Melaka bukanlah kota sebarangan kerana diperbuat ia dari bahan yang ampuh. Tempat rakyat jelata duduk berteduh, sesuai sebagai benteng pertahanan bila diserang musuh.

Adapun keampuhan kota ini pernah disebutkan oleh Abdullah sebagaimana berbunyi;

"Bagaimana teguhnya serta dengan tebal dan lebarnya, semuanya batu besi belaka. Satu-satu batu itu lebarnya sedepa: demikianlah dibuat oleh Mejar Farquhar -diletupkan dari bawah tanah- semuanya habis terbang. Jikalau tidak dibuatnya begitu, nescaya sampai hari ini pun dipecahkan satu-satu batu itu belum boleh habis."

Dek permasalahan dalam dan luar istana yang tidak mampu dibendung, maka kalah juga Melaka ditangan soldadu Feringgi bila mana jambatan Melaka berjaya ditawan.

Kedatangan mereka bukan sekadar memastikan penguasaan eropah terhadap perdagangan rempah melainkan untuk meneruskan agenda salibiah jua.

Maka tidak sedikit kehinaan yang menimpa umat Islam ketika itu seperti mana yang disebut oleh ahli sejarah Melaka abad ke 21 kemudiannya, sebagaimana berbunyi;

"Kota A Famosa didirikan sebagai benteng pertahanan terhadap serangan-serangan balas yang bakal dilakukan oleh penduduk setempat. Dan kota tersebut dibina daripada batu-batu hasil runtuhan Kota Melaka, masjid-masjid dan maqam-maqam sultan."

Biarpun kejatuhan ini menjadi episod duka seluruh Nusantara, ia tetap meninggalkan satu khazanah berupa undang-undang bertulis berasaskan syariat Islam diberi nama Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka.

Implementasi undang-undang Islam telah berlaku sejak lebih 500 tahun yang lalu.

Yang demikian merupakan satu legasi peninggalan Kerajaan Melaka tiada ternilai dan sepatutnya dikaji dan dijadikan asas dalam perlaksanaan syariat Islam Malaysia masa kini.



Barangkali soldadu Portugis yang melukiskan ini..


Ah, manusia jangan begitu takbur menidakkan undang-undang Allah di atas muka bumi.

Ayuh.

Binakan semula 'kota Melaka' yang telah rakus diruntuhkan musuh. Hidupkan kembali legasi peninggalan berupa undang-undang Islam di bumi emas ini. Semoga ia terpasak kukuh dan ampuh, menjadi benteng buat umat Islam dari panahan-panahan ghazwatul fikr zaman kini.

Kita asalnya hina, hanya dengan Islam menjadi mulia.

Wallahu ta'ala a'lam.

p/s- sokong mereka yang memperjuangkan implementasi hudud di tanah air.



Rujukan
1) Cerita-cerita dari Abdullah Munshi
2) Undang-undang syariah vs common law (link)

4 Responses


  1. sis_aflah on October 2, 2011 at 2:24 AM

    sedih tengok kartun tu.. kalau pun tak faham hudud tu apa.. jangan la dibuat main..

    sejak lebih 20 thn yang lalu.. apa isu di kelantan yg mereka tak 'kartunkan'.. sampai dah naik lali jugak dibuatnya..

  2. Amermeftah on October 2, 2011 at 10:44 PM

    ya, mustahil Kota Melaka daripada kayu sedang Borobodur dan Angkor Wat yang lagi tua pun batu, malulah kalau Kota Melaka daripada kayu, sedang Melaka kononnya negeri kuat lagi kaya

  3. mohd hazwan bin mohd salleh on October 3, 2011 at 3:41 PM

    bila hidup rasa tak bertuhan, kalam-Nya dijadikan permainan ..

  4. mohd hazwan bin mohd salleh on October 3, 2011 at 3:42 PM

    Ada tengok satu slot 'pejuang bangsa' kat tv alhijrah yg ceritakan tentang sejarah Melaka.

    sangat menarik dan rasa perlu ganti byk rancangan2 mengarut dan tak ilmiah kat mesia. rosak budak2 kecil tengok.