Objek: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Penulis: HAMKA
Sumber: Pusat pinjaman buku Sang Pemenang
Melalui Tuan Zainuddin dan Encik Hayati, aku cuba mengenal siapa HAMKA.
Pengenalan pertama melalui hasil karya beliau yang bertarikh 1938 ini.
Sebuah kisah yang cuba mengetengahkan permasalahan suku bangsa yang berlaku ketika itu. Kuatnya semangat kesukuan, antaranya Minangkabau yang sangat mementingkan susur galur keturunan dalam menetapkan jodoh waris mereka.
Dan yang menjadi mangsa tentunya anak-anak muda yang hangat bercinta dengan latar belakang keturunan yang berbeza.
Tuan Zainuddin telah dididik oleh sengsara sedari awal hingga ke akhir cerita.
Aku rasa kekuatan kisah ini terletak pada 'surat'nya. Surat-surat menjadi medium utama penghubung antara dua watak ini. Klasik..
Tapi jika anda sangat rigid mencari kisah cinta yang benar-benar Islamik, rasanya buku ini tidak akan mampu memuaskan anda.
Aih, agak kecewa.
Tidak mahu putus asa dan karam bersama-sama kapal Van Der Wijck, aku nak cari lagi beberapa hasil karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah selepas ini sebelum membuat kesimpulan.
p/s-semakin suka bahasa melayu lama.
Terima kasih rakyat Malaysia
8 years ago
Salam kenal,
Karya buya hamka memang hebat. Bahasanya lembut dan mudah menyentuh hati.. bagai berbicara terus dengan pembaca..
Salam kenal kembali!
setuju.. tapi sy mencari yang lebih.
Kena baca beberapa karya lagi sebelum mebuat rumusan terhadap hasil-hasil penulisan beliau.
saya cadangkan buku tasauf moden..sbb buya hamka sndiri baca buku tulisannya ni semasa dlm tahanan..
oh..trima kaseh.
Ada rezki insyaAllah ketemu karangannya.