Baru-baru ni, ada kesempatan ke sebuah kompleks membeli-belah sekitar Maadi. Kemudian masuk ke sebuah stationary. Dengan tujuan untuk membeli satu peta dunia.
Setelah membuat bayaran,aku agak terkejut sebab publisher untuk peta tersebut adalah dari Malaysia. Diterbitkan dengan izin Pengarah Pemetaan Negara Malaysia.(sampai ke mesir bende ni).
Dan terkejut lagi sebab perasan benda yang tak best pada peta tersebut. Bila perhati di kawasan negara belah asia barat, negara Palestin tiada. Sudah dipadamkan. Dan digantikan dengan suatu yang bukan negara iaitu tanah haram Israel.
Apa barang?
Salah satu propaganda Yahudi. Indoktrinasi kedalam fikiran umat Islam untuk melupakan Palestin dan mengakui Israel sebagai sebuah negara.
Apa yang aku boleh buat setakat ini?
Hanya mampu mengangkat pena, cuba menggantikan perkataan "Israel" dan digantikan dengan "Palestin"?
Setidak-tidaknya, kita boleh kembali boycott produk-produk Israel. Terutama bagi kita, yang semangat memboycott semakin menurun. Boleh start balek kot sikit-sikit.
Dah selalu dengar lagu sedih, jom layan lagu semangat sikit.
MasyaAllah,best sgt vid tu..jzkk berkongsi..
Seronok bila dapat ambil semangat dari kanak2...malu sendiri menjadi dewasa, tp semangat jihad kanak2 lbh hebat dari kita..Allahuakbar
na3am.mmg cambes pon.
sama2..
Mari menjadi dewasa!=)