Selepas meniti hari-hari peperiksaan dengan memerap di rumah, hari ini kami keluar beramai-ramai. Mencuba menghirup udara dingin luar dari kota Kaherah yang sibuk.
Cairo’s all boys gen 7 telah menjalankan satu program bersama. Menjelajah negeri Dumyat dalam masa sehari.
Destinasi dituju ialah Ra’sul Bar (راءس البر). Ra’sul Bar apabila diterjemah secara mudah bermaksud Kepala Darat.
Dikhabarkankan bahawa Saidina ‘Amr Bin ‘Asr berlayar ke Mesir melalui jalan laut. Setelah menempuh perjalan yang jauh, beliau akhirnya bertemu dengan daratan lalu berlabuh di situ.
Bersempena dengan itu, kawasan tersebut dinamakan Ra’sul Bar kerana ia merupakan daratan pertama yang ditemui oleh beliau dalam perjalanan ke Mesir.
Sungai Nil yang merupakan sungai terpanjang di dunia juga berakhir di sini. Sungai yang berpunca dari Tasik Victoria di Sudan ini akhirnya mengalirkan segala isinya ke dalam laut Mediterranean.
Di sini jugalah dikatakan tempat dimana dua laut bertemu tetapi tidak bercampur, mengikut beberapa pendapat. Air masin dan tidak. Umpama ada benteng yang memisahkan. Sebagaimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran, surah Ar-Rahman.
" Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu,
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. "
(Ar-rahmaan; ayat 19 dan 20)
Subhanallah.
(cerita naqal dari Izzudin Nadzif dari seorang Ustaz.)
Muara sungai.
Rumah api.
Lidah terasa masin apabila titisan air laut singgah di bibir.Aroma laut sungguh meninggalkan kesan.
Tatkala kecewa tidak dapat melihat kawasan dimana dua laut bertemu dek kerana laut yang bergelora, kami masih kagum melihat laut. Ombaknya nampak gah. Luasnya pula tidak tergapai pandangan. Percikan-percikan air dari celahan batu persis si mutiara.
Kami kagum. Laut itu hebat.
Tetapi kami tidak lupa. Penciptanya tentulah yang paling hebat. Yang Maha kuasa. Yang Maha besar.
MashaAllah. Tiada tuhan selainNya.
(coming up next..Sketches: Dumyat Explorer)
cantik gambar2 ni.. =)
tenkiu2..tp pakai kamera biase je.xmcm enta punye.hoho~
weh!! cpat r upload gambar2 action yg bleh mmbuatkan umar jeless tuu!!
btw, sjak bile ayat ko jiwang karat semacam ni hazu??hehe
tidak mengapa, bahasa yang cantik mencantikkan kebenaran. kebenaran yang cantik menambah keyakinan!!
tu nnti aku boh kat entri laen.
ayat jiwang?xde r.
mungin lebih puitis sesuai dgn jiwa aku yg semakin mekar dam matang =P
salam..
menarik temni..kalo aku pi sane..ko bawak aku bole?hehehe
-syah-
subhanallah...
cantik2..
to shah:
aah,byk je tempat cantik kat sini.cuma byk je lg x explore.
boleh2,xde masalah.kalo nk mai cni gitau la =)
to anisah:
bole la try ke ra'sul bar jln2 amek angin.