Rejab sebagai pemanas badan





Alhamdulillah,

Segala puji milik Allah.
Dengan kesihatan yang ada.
Dengan kekuatan yang ada.
Dengan dada yang still turun naik bernafas.

Terasa betul beratnya imtihan kali ini. Sampaikan semalam boleh spend lebih 2 jam main futsel (slang Key El) kat nadi shabab.

Hilangkan serabut dan tensi dengan bersukan. Cool kan? Bangun pagi ni dah sengal-sengal otot. Adeh, mana taknya dah lama tak main. Letihnya ya Allah. Macam manalah pemain-pemain world cup boleh tahan. Tambah-tambah player Korea and Japan. Berlari non-stop. Respek!

.............................................................

Sedar atau tidak, hari ni dah masuk hari ke-10 dalam bulan Rejab. Bulan yang ada keistimewaannya.

Bulan dimana Rasulullah diisrak dan dimi'rajkan.

Juga bulan dimana difardhukan solat ke atas setiap individu bernama muslim.

Seharusnya bulan ini kita penuhkan dengan memperbaiki amalan fardhu dan mempertingkatkan amalan sunat.




Ianya sebagai pemanas badan sebelum memasuki bulan barakah, Ramadhan al-mubarak.

Umpama menyemai benih dan membaja dengan sebaik mungkin pada hari ini, moga-moga kita sudah mampu menikmati hasilnya nanti.

Jika tidak dipersiapkan diri ini dari sedari awal lagi, takut-takut kita mudah kekejangan dan semput tatkala meniti hari-hari di dalam bulan Ramadhan kelak.

“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadan”

Pakat amal doa yang Rasulullah baca ni.

Meniti Rejab, mengintai Syaban, mengharap Ramadhan.
Till then. Wassalam.


p/s-bukan pemain bola je nak kene perhangat badan.


5 Responses


  1. nabil on June 22, 2010 at 11:09 AM

    amin~

  2. ermatihaa f on June 23, 2010 at 2:43 AM

    owh,rejab pemanas badan eh?

    btw,amalan rejab,pahalanya 70 kali ganda,syaaban 700 kali ganda dan ramadhan 1000 kali ganda.

    Allah!

    Besar,namun kita tidak menghargainya!

  3. Atiqah hanis on June 23, 2010 at 3:38 PM

    gudluck!!

  4. faisazli on June 23, 2010 at 4:06 PM

    ceq nak komen jugakk~
    xdpt updet blog sendiri...updet komen kt blog org pon jd naa.:D

    futSEL 1 round lg mlm ni yok...bru trpanas bdn,trcabut kaki..

    Allahumma amiin~.

  5. mohd hazwan bin salleh on June 23, 2010 at 5:39 PM

    nabil..
    Amin ya Rabb!

    ermatihaa..
    yup,sepatutnya buat persiapan sejak dar sekarang. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi :)

    atiqah hanis..
    All the best utk kamu juga.

    faisazli..
    xlarat boh. hg pi la main sorang2.wakaka..