Mengimpikan taqwa yang bercambah




Tanamlah pokok berbuah, anda pastinya mempunyai satu matlamat. Ingin menikmati hasilnya. Menunggu buah itu masak, dan merasa manisnya.

Semai benihnya, jangan pula diracuni.

Baja pula tanahnya apabila pohon sudah mula bertumbuh.

Bila sudah berbuah, lindungi ia. Jangan sampai dirosakkan serangga perosak sementara menanti buah masak.


Ni kalau tak balut, hancus!


Bicara taqwa juga ada persamaannya.

Benih taqwa hanya dapat disemai dalam diri dengan menerima Islam.
Janganlah pula diracuni benih tersebut dengan menolaknya.

Baja pula pohon taqwa yang semakin membesar itu dengan ilmu.
Tuntutlah ilmu, rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu.
Agar pohon tersebut dapat membesar sihat dan kuat.

Andai buah atau hasilnya sudah kelihatan, lindungilah ia dari rosak
dengan menjauhi makanan yang haram.
Moga-moga kita dapat memetik dan menikmati hasilnya
dalam keadaan cantik dan sempurna kelak.


Semoga Ramadhan yang dilalui dapat membantu kita menjadi orang yang bertaqwa. Kerana memang itu matlamatnya dan harapan kita semua kan.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua. Harapnya taribiah Ramadhan benar-benar mampu mendidik kita.

Wallahua'alam.

p/s-Wah, indahnya bila khatib bagi khutbah Jumaat hari ni kat Masjid Attoyyibin Selayang. Bagai di awang-awangan. Khatib tak terlalu menumpukan pada teks ucapan dan berjaya menarik perhatian jemaah. Barulah jemaah tak tidur..

Peace!

2 Responses


  1. dr.endy on October 20, 2010 at 3:12 PM

    minta share... jzkk!~

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on October 20, 2010 at 11:37 PM

    silakan.moga ada mnfaat.