Archive: December 2008


kisah si anak utk dkongsi..



“wan..oo..wan,bgn.teman mama g pasar sekejap naek moto”,kejut si ibu meminta anaknya spy bangkit dr tdur yg lena.

“ok2..nnti wan bgn.5 minit je ag..”,rengek manja si anak ingin menymbung tdurnya.

Berulang kali si ibu mengejutkn anaknya,tetapi jwpn yg sama dberikn..hanya slps beberapa ketika barulah si anak bgn mencelikkan mata.Mengambil kunci motor dan memecut ke pasar sambil dibonceng si ibu..

Adakah si anak benar ikhlas..?hadirkanlah ikhlas dalam hatimu wahai anak..itu ibumu~

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“alamak..kerja kursus aku cam tertinggal r kat umah..masak r camni”,bisik hati kecil si anak ketika dalam perjalanan ke asrama dari rumah..setelah menghabiskan cuti panjang di kg halaman.

“Ya Allah..mintak2 r bende tu ade kat bonnet blakang”,doa si anak mengharapkn keajaiban.

Setelah menempuh perjalanan hamper sejam dr Kajang ke Rawang.Akhirnya kereta yg di pandu si ayah tiba di destinasi.Lantas bonnet dibuka dan aktiviti menyelongkar beg dlakukan.tiba2..rasa tkot dan xsedap badan menguasai diri.

“hm..ayah.wan rase wan ade tertnggal kertas kerja kat rumah.Camne ni??”,ngadu si anak dgn soalan pintar meminta pandangan si ayah.

“bile cikgu nak bende tu?”,tanya ayah dlm nada yg tenang.Tp wajah si ayah jelas mnyembunyikan rasa didlm hati.Dah tau nak balek asrama knape la x kemas barang btol2.kalo sekolah blakang rmh xpe la jgk..

“minggu ni..bende tu nak kene hantar”,jwb si anak.

Lalu si ayah memandu keluar dr kawasan asrama.Petang itu juga kerja kursus tersebut diambil dr rumah dan dbawa kepada si anak.Bayangkan perjalann yg terpaksa ditempuh si ayah..ditambah pula keadaan jln yg sesak di hujung mggu.

Anak..anak..x habis2 mmbebankan ayah mu.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“..kalau keluar ngn kwn2 g mid ke..t squareke.. selalu wan mkn kat food court je..murah sket.pastu amek ikan keli goreng sekor jd lauk.sedap.. baru puas mkn ble perot lapar”.cerita si anak smbil brbual kosong sementara mnggu waktu berbuka bersame keluargenye.

“eh..ikan keli”,bisik si anak didlm hati..terkejut bile tudung saji diangkat keesokan harinya,melihat juadah utk berbuka nnti.Jelas..si ibu yg menyediakan juadah tersebut.

Ya Allah..itulah hati seorng ibu.Adakah kau sedar wahai si anak~

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hak diantara kita dgn makhluk disamping hak kita terhadap Allah SWT.Di sana ada beberapa hak(kewajipan) yg diperintahkan Allah SWt supaya kita menunaikan kpd makhluknya.Di antara hak yg besar yg diperintah oleh Allah Swt yg mesti ditunaikan oleh seseorng yg beriman itu ialah hak terhadap kedua ibu bapanya.Betapa besar kewajipan menunaikan hak kpd kedua ibu bapa ini sehingga Allah SWT menyebut selepas hakNya sendiri yg mesti ditunaikan kpd Allah SWT.

Firman Allah SWT yg bermaksud:

“Dan tuhanmu telah memerintahkan bahawa kamu tidak boleh menyembah melainkan kepadaNya dan dengan kedua ibu bapa kamu berbuat baik.”

(Surah Al-Israa’:23)

Allah memerintahkn spy berbuat baik kpd kedua ibu bapa itu selepas perintahnya supaya kita mengabdikan diri kpdNya.

Dan betapa dahsyatnya derhaka kpd kedua ibu bapa sehingga Rasulullah SAW meletaknya menjadi salah satu tanda hampirnya kiamat.Apabila malaikat Jibrail bertanyakan Rasulullah SAW:

“(Wahai Muhammad)Khabarkan kepadaku bilakah kiamat”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“orang yang ditanya bukanlah lebih tahu daripada orang yang bertanya”.

Seterusnya malaikat Jibril bertanya lagi:

“Khabarkan kepadaku tanda-tandanya.”

“Apabila hamba perempuan melahirkan anaknya(anak yang dilahirkan daripada hamba perempuan itu mengabdikan dirinya sendiri)”



Apabila tidak mengenang budi kedua ibu bapa,menjadikan kedua ibu bapa sbg org yg boleh diperlakukan sewenag-wenang sehingga boleh diabdikan dan boleh dijadikan khadam.Setelah kedua ibu bapa itu berkhidmat kpdnya dan menjaganya ketika ia masih kecil,tiba-tiba setelah ia besar ia membiarkan kedua ibu bapanya dlm keadaa keuzuran,tidak diberi perhatian dan pertolongan kepadanya.Ia adalah kecuaian yg sgt besar dlm menunaikan kewajipan,bukan sahaja kewajian terhadap kedua ibu bapa itu sendiri tetapi kewajipan terhadap Allah SWT.

*Mutiara 2 Tok Guru

Hidup di negara orang..disamping teman2 yg laen.Sibuk menempuh lautan ilmu dan exam yg menakutkan..kekadang menjadikan kita seorng yg lupa.Tentang tanggungjwp seorng anak terhadap ibu dan bapa.

Brape kali kita menelefon ke rmh bertanyakan khabar..atau paling kurang pon dgn sms..to tell the truth,kalo kire2 balek..mak ana tepon ke cni lebih byk dr ana tepon ke rumah.

Insaf2..

Post kali ni brtujuan utk mngajak sume termasuklah ana sendiri brfikir dan menilai diri..kadang2 kita ade buat sesuatu yg membuat mak n ayah rase sedih..

Ya Allah..ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihi ku sejak aku masih kecil lg.

N satu lagi..sbenarnye nak wish..

Hepi 24th wedding anniversary to mama n ayah

Semoge sebuah perkahwinan yg bahgia ini berterusan dan berkekalan selamenye..

gamba family yg sempat dicilok mase raye ritu..


Rindu r kat sume..huk2~

p/s- antara dek bradek sume..mama kate ana r yg paling susah nak kuar celik tgk dunie.hehe..bese r..hero kuar lmbat(btol ke ayat ni??xkesah r..)

sory sbb xdapat nak belikan hadiah..insyaAllah balek nnti ye.hehe..


Berkorban Apa saja~


”Dan Ibrahim berkata: "Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".

Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

(surah Ash-Shafat, ayat 99-110.)

Ayat itu adalah menggambarkan kepada kita, baik Nabi Ibrahin As taupun Nabi Ismail As yang masing masing sebagai ayah dan anak, kedua-duanya sama-sama diuji Allah Swt tentang sejauh mana kadar ke-Imannya dan kecintaannya, apakah lebih mencintai Allah dengan perintahnya, atau lebih mencintai anaknya yang sangat disayanginya?

Deminkian pula Nabi Ismail, sebagai anak tidak luput pula dari ujian dan cobaan ketabahan, ujian kesabaran, dalam menerima perintah Allah untuk disembelih dan di Qurbankan. Namun rupanya mereka bedua tidak ragu dan bimbang untuk melaksanakan perintah Allah, berdua lulus dan berhasil sukses dalam menghadapi ujian yang begitu berat.

Itulah kisah sejarah Nabi Ibrahim as dengan putranya Nabi Ismail as, yang menjadi latanr belakang di syari’atkannya ibadah Qurban kepada kaum muslimin melalui utusannya Nabi Muhammad Saw, sebagai pelanjut syari’at Qurban millah Ibrahim As.

…………………………………………………………………………………….

KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAH KORBAN

Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:

"Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH. Tetapi, yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." – Surah al-Haj: 36-37.

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadah korban seperti berikut:

1) Ibadah korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat
dengan mempereratkan hubungan kasih sayang antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dengan golongan yang bernasib baik melalui pengagihan daging-daging korban.

2) Ibadah korban berupaya
membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

3) Ibadah korban dapat membentuk jiwa yang ikh
las kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan demi mendapat keredhaan ALLAH.

4) Ia juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH kerana menurut perintahnya.

5) Ibadah korban merupakan amalan mulia dan sesiap
a yang menunaikan ibadah tersebut bakal mendapat ganjaran paling baik, iaitu syurga.

…………………………………………………………………………………….

Berikut antara khutbah dan artikel yg dpt dikongsi bersame dlm menyelusuri erti pengorbanan bersempena dgn Aidil Adha yg kite raikan ketika ini.

Aidil Adha tahun ni same cam tahun lpas gak..beraye kat bumi Mesir ni.Org kate kalo raye korban kat mesir ni mmg meriah banding ngan Aidil fitri.Mmg btol r kot..uncle2 arab ni mmg lg smgt nak sambot Aidil Adha.



“Beraye kat mane nnti..balek mesia?”,tanye sorng uncle
arab(dlm bhs arab r kan..letih r die speaking melayu)

“ xlah..braye kat cni.wa enta??braye kat mesia ke..”saje mgusik pak cik tersebot hua2~.Pastu hmpir sume kdai mkn arab tutop.Balek kg r tu kot…



Cam bese gak..tahun ni PERUBATAN buat sambutan Aidil adha.Tp tahun ni aktiviti menyembelih dilakukan di
hayyu asyir..kat dataran depan umah negeri.So,terpakselah mandi pagi2 sblom suboh sbb nak nek bas yg dah disediakan utk ke sane.Xpenah ag mndi pg2 sblom suboh ni tmbah2 tgh winter..sjuk yg amat.Allah je yg tau..

Smpai2 je sane kami pon trus ikot imam yg tgh bertakbir tu.Pas solat n dgr khutbah raya,kami pon bersiap utk aktiviti yg ditunggu2..mnyembelih n melapah binatang korban.

Bergambar lpas selesai solat(gmbar dicilok dr paih kui2..)


Tahun ni kalo xsilap ade kurang lebih 4 unta n 14 kambing yg djadikan korban.Best sgt sbb dpt kenal senior2 laen ngn lbeh dekat n blaja skill2 melapah yg cambest dr diorng.Bese r..dah mkn garam dulu.

BIsmillah..sampailah jua tujuan unta ni dhidupkan diatas muke bumi


Tahun ni ana ditugaskn bersame team member yg laen,dibawah saudara baihaqi utk melapah kambing.Kalo banding ngan tahun lpas,ni lg snang.Sbb tahun lpas kne lapah daging unta.Nak patah gak tulang blakang ni sbb duduk lame sgt hew2~


daging yg telah dilapah..


Esok nye plak ade majlis umah terbuke Perubatan.Menu nye ialah..ape ha?xtau r..tp bile tnye tukang bg lauk tu die kate gulai kambing dgn daging unta masak merah.hm..xkesah r,janji dpt mkn.(smpai skang xdpt nak beza rase daging kmbing ngan unta hehe).

Alhamdulillah sume bejalan ngn baek..syukran tuan rumah.(time kaseh gak sbb bg kami tapau lauk hehe..bole wat stok 2 ari~)


rujukan:http://mediadakwah.com n http://www.al-fikrah.net


p/s:segan ritu mase kat asyir sbb kantoi xkenal Ustz Khairul Anuar..siap bole tnye name lg mase tu hik2.xpe2 pasni da kenal da yg mane..