Cintai Rasul


Satu satu..sayang sayang Allah
Dua dua..sayang Rasulullah
Tiga tiga..sayang ibu ayah
Satu dua tiga sayang semuanya
Satu dua tiga sayang semuanya~

Siapa antara kita semua ni yg cinta dan sayangkn Rasulullah..?

Tentu ramai sahaja yg pasti akan mengakuinya..Ya,tentu sekali kami cintakan baginda Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.

Tp tahap cinta kita terhadap baginda tentu berbeza..ada yg benar2 meletakkn cinta rasulullah di tmpat yg tinggi dlm hatinya.

Ada pula yang tidak konsisten cintanya..hari ini begini,dan esok pula begini.

Ada pula yang tidak mampu meletakkan cinta rasulnya dtempat yang sebenar dan selayaknya..sukarnya mencintai seseorang yang tidak pernah kita tatap wajahnya,tidak kita dengar suaranya..

Bukalah lembaran2 sirah baginda..kaji serta selidiki sifat-sifat,ciri-ciri dan peribadi baginda.Kerna hanya dgn cara ini kita dapat mngenali baginda dengan lebih dekat..Luangkan walau sedikit dari waktu2 yang kita ada.

Jelasnya..sedalam mana cinta kita terhadap Rasulullah,ia tidak akan mampu menandingi cinta baginda terhadap kita semua,umat Nabi Muhammad.

Sebagaimana lafaz rindu Rasulullah terhadap ikhwannya..mereka yg tidak melihat baginda tetapi beriman dan amat mencintai baginda.

Sebagaimana bimbangnya baginda akan nasib umatnya selepas pemergian baginda kelak,walau disaat-saat nyawanya ingin diambil oleh Jibril a.s.

Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahukan kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku."

(iLuislam.com)



“ummati,ummati..”lafaz baginda..

Ini buktinya..cinta dan sayang baginda terhadap umatnya tiada tandingan.semoga kita semua mencintai Rasulullah dgn sebenar2 cinta..bukan sebuah cinta bermusim.

p/s-cinta Allah,cinta Rasul dan cinta ibu bapa.salam maulidurrasul..(walaupun dah lambat siket)