Buta tanpa cahaya
ok..ade satu bende yg nak kongsi dan korng2 bole buat dgn hanya menggunakan imaginasi korng.xperlu bergerak atau menjerit2 untuk memberi response seperti rancangan 'Dora the explorer'. juga yg sama waktu dengannya.(xperlu bag pack juge).tapi kalo still berdegil nak buat juge maka dimaafkan.
pertama,bayangkan yg korng sedang berjalan di sebatang jalan yang sangat lurus dan sgt symmetri.di kiri dan kanan jalan ada semak samun yang menyemakkan pandangan.
ketika anda berjalan mnyelusuri jalan ini,keadaan sangat cerah kerana dilimpahi cahaya bulan purnama beserta kelip-kelip yang amat cantek.
kemudian,secara tiba-tiba jalan menjadi sangat gelap.gelap segelap-gelapnye.
sinar cahaya yang menyuluh pandangan tiada lagi.tetapi langkah masih tetap diatur.
dan langkah itu tidak akan berhenti.
bagaimana perasaan anda?
adakah anda masih berjalan di jalan yang lurus itu?
atau mungkin sudah memasuki zon semak samun?menyimpang jauh dari jalan lurus tadi.
persoalan demi persoalan ini begitu sukar untuk dijawab.kerana apa..kerana tanpa cahaya yang menyuluh,hakikatnya anda BUTA walau secara fizikalnya tidak.
majlis ilmu dan zikir
begitulah analogi bagi seseorang bernama manusia di muka bumi Allah ini.kita umpama sedang berjalan di sebatang jalan gelap yg lurus.
tanpa cahaya,kite mungkin akan terkeluar dari jalan tersebut dan menghala ke jalan yang salah.dalam mana kite ni SEDAR ATAUPUN TIDAK.
jika takut terkeluar dari jalan itu,maka..tidak dapat tidak kita memerlukan cahaya yg gemilau.nur yang dapat membantu kita agar tidak menjadi buta dalam menempuh jalan lurus ini.
dan cahaya yang dimaksudkan dapat diperoleh dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.dengan menghadiri majlis sebegini,sebenarnya kita memperoleh 'cahaya' untuk meneruskan perjalanan selagi mana kaki berdaya melangkah.
bak kata orang,'mohon pencerahan'.(aku xbiasa gune tapi biase dgr.make sape yg biase gune phrase ni maka korng faham la kan.)
maka,sesibuk mana pon kite.carilah peluang untuk ke majlis agama @ ilmu.semoga cahaya yang diperoleh akan menjadi sangat-sangat bermafaat untuk kita kelak.
p/s-intipati dari kate-kate Ustz Azam.
aku x perfect.aku juge bkn prefect.hanya mengharap ape yg aku tulis dapat bantu
utk ingatkan aku kat mana aku senanye.taro mana ambo lo ni kalu ore kelate royak.
utk ingatkan aku kat mana aku senanye.taro mana ambo lo ni kalu ore kelate royak.
menarik2.. post yg mesra pembaca.. rasa sejuk je hati
oo..mekaseh.
semoga perkongsian xseberape ni mmbantu.
sejuk sbb nak masuk winter da kot..heh.
nice! jazakallah khair :D
wa iyyaka!