Archive: March 2009


Sanah helwa!!


28/3-ade sc gabungan n sambutan besday duk dak2 batch..ikhwah je r.sc aritu bawah mentor council Perubatan..ade wat diskusi kitab..Hatta Ya'lamu asy-syabab(sehinggalah para pemuda itu sedar).Tp mmg mush ma-ul la jgk sbb nak diskusi sebuah kitab dlm masa sejam sengah.so ustaz pon buat la secare rngkas n bincang point2 penting je.

layan..~

ustz Azam bin Bahadur..penceramah jemputn kali ini..

chef Moji in da house..tgh wat sambal sambil diselia oleh umaq hehe

mak aih..bdk ni,org wat keje die dok men game ha.hik3~

sibuknye lah prof hafizi n mr golok duk mengarah org.pengarah program la katekn huhu

tolong cket2..


azizi mngecek pH puding jagung nye..same ade bole dimkn atau tidak.bes2 dpt mkn puding jagung







grr..medad aka sifu ku tgh wat muke ganaz.garang wo die ni

itadakimas!!menu biase bile bdk2 laki wat program..hehe.ayam panggang buh sambal n sayuq.


bile kitorng dah kenyang baru r diorng bawak keluar kek ni..haih,bandai2..

sanah helwa tuk sume yg sambut besday dr bln satu smpai la 6.maknenye korng dah mkin beso n tue..moge sukses selalu.


"Allah matlamat kami,
Rasul ikutan kami,
Al Quran perlembagaan kami,
Jihad jalan kami,
Mati syahid di jalan Allah cita
tertinggi kami.. "




wassalam..


Undergoing MyBlogLog Verification


Hari Antarabangsa 2009


Salam alayk!!

Seperti bese cam tahun2 yg lepas(ceh,padehal baru 2 tahun pon kat cni),cairo u ade wat International Day tuk student2 luar mesir(muwafidin) yg study kat kasrel aini ni.Nak perkenalkn negara n budaya masing2 la kiranye..





dua org budak batu rakit yg bwak rakit..eh silap2,white board ke u.hehe~

Pagi2 Juwe dah ajak ak pi angkat white board.katenye tuk program arini.so,ak pon g r tolong2 siket.mule2 nak bawak naek teksi sbb segan r nak usung bende ni.tp.uncle2 arab yg bawak teksi ni xnak plak..sbb beso sgt.aih..~

"hungga bungga..hungga bungga.."

mak aih..mngirap btol la bile dgr je bunyi2an ni.Dah agak da,mesti de bdk2 arab yg sakat kitorng bile tgk kitorng wat mende pelik sikit.Almaklumlah,ngan masing2 pakai baju melayu pastu angkat white board tgh2 jln ni.

Ikot hati nk je bg diorng cium kasut All star ak ni.Bg berpinar mata diorng..tp xpelah.Diorng xtau kot Malaysia ni cmne senanye.sabo2~





kat booth india..

Eh,ade booth india r thn ni.teruja sgt..ktorng pon trus usha kat ctu

"are you from India?"

"yes.."

"how many of u are studying here?"

"only 5.As you know,India is a big country but only 5 of us studying here while malaysia.."

xsempat die nak habiskan jawapan die dah de org laen tarik brader india ni ajak borak.Tp ak dah bole agak dah ape die nak kate.

Yg besnye diorng ade pasang lagu2 hindustan kat cni.Terpegun la sekejap bile ade satu part Shah rukh khan tgh pukul gendang mase lagu mohabbatein.adoi la..teringat mase zaman dulu2 rajin layan citer camni.Skang x r..pening ade la tgk citer hindustan.





bersame 2 org besday boy..profesor hafizi n ajiji aka s/u sulit baem he2..





org India maen karom ghupenye..


mentol sibok melayan tetamu2 pudin..hihi

Last2 skali dpt la tgk persembahan bdk malaysia.diorng wat persembahan silat n zapin.bes la jgk trutame yg silat.naek smangat bile diorng pasang lagu semerah padi..hm.

ape2 pon..tahniah la kpd ajk2 tuk program ni.Nmpak diorng letih tungkus lumus wat keje.nak kene layan brader2 arab yg singgah booth tu,ulang alik angkat barang n mcm2 lagi.respek2..




Dekatkanlah dirimu dgn orang-orang yang melakukan kebaikan nescaya engkau menjadi salah seorang dari mereka,dan hendaklah engkau jauihi orang-orang yang melakukan kejahatan nescaya engkau berjauhan dari mereka.


-Saidina Ali Karramallahuwajhah-








insaf by rabbani


Bosan tggu lecture start tuk kelas histo..ak pon nyanyi r satu lagu kat Pidod yg lepak sebelah ak mase ahad lepas.walaupon xsesedap suare beliau..ak xkesah

"Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia"

"eh..lagu pe ha??cam biase dgr mase skolah dlu.."tnye pidod penuh tanda tanye.

"hm..ntah r.xingt ak..nyanyi je.."

pastu bile kat umah aku pon selongkar r folders dlm laptop ku..akhernye terjmpe jgk.

lagu lame tp sedap..sedih n menginsafkan.tambah2 dgn suare asri yg cambes.especially bile die tarik.hm..


Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku



p/s:mengapa kekadang begitu sukar melafaz kata taubat..tetapi terlalu mudah untuk meruntuhkan ikrar dan janji yg dibina.

kerasnya hati..




Insaf - Rabbani


Cintai Rasul


Satu satu..sayang sayang Allah
Dua dua..sayang Rasulullah
Tiga tiga..sayang ibu ayah
Satu dua tiga sayang semuanya
Satu dua tiga sayang semuanya~

Siapa antara kita semua ni yg cinta dan sayangkn Rasulullah..?

Tentu ramai sahaja yg pasti akan mengakuinya..Ya,tentu sekali kami cintakan baginda Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.

Tp tahap cinta kita terhadap baginda tentu berbeza..ada yg benar2 meletakkn cinta rasulullah di tmpat yg tinggi dlm hatinya.

Ada pula yang tidak konsisten cintanya..hari ini begini,dan esok pula begini.

Ada pula yang tidak mampu meletakkan cinta rasulnya dtempat yang sebenar dan selayaknya..sukarnya mencintai seseorang yang tidak pernah kita tatap wajahnya,tidak kita dengar suaranya..

Bukalah lembaran2 sirah baginda..kaji serta selidiki sifat-sifat,ciri-ciri dan peribadi baginda.Kerna hanya dgn cara ini kita dapat mngenali baginda dengan lebih dekat..Luangkan walau sedikit dari waktu2 yang kita ada.

Jelasnya..sedalam mana cinta kita terhadap Rasulullah,ia tidak akan mampu menandingi cinta baginda terhadap kita semua,umat Nabi Muhammad.

Sebagaimana lafaz rindu Rasulullah terhadap ikhwannya..mereka yg tidak melihat baginda tetapi beriman dan amat mencintai baginda.

Sebagaimana bimbangnya baginda akan nasib umatnya selepas pemergian baginda kelak,walau disaat-saat nyawanya ingin diambil oleh Jibril a.s.

Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahukan kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku."

(iLuislam.com)



“ummati,ummati..”lafaz baginda..

Ini buktinya..cinta dan sayang baginda terhadap umatnya tiada tandingan.semoga kita semua mencintai Rasulullah dgn sebenar2 cinta..bukan sebuah cinta bermusim.

p/s-cinta Allah,cinta Rasul dan cinta ibu bapa.salam maulidurrasul..(walaupun dah lambat siket)