Letih berdiri, kami berjalan ke tempat lain. Dari yellow zone, kami ke observation bay, ke red zone dan seterusnya ke asthma bay. Berlegar-legar di sekitar emergency department (ED) sambil buat muka 'kami student yang lemah, tolonglah ajar kami incik..'.
3 orang student mesir yang kurang pandai mahu belajar.
Anda bukanlah Aizawa, Asada mahupun Minakata sensei semasa membuat elective posting di mana-mana hospital kerajaan. Maka kedatangan kami bukanlah sesuatu yang dinanti-nantikan.
Kalau ada rezeki, kami dapat belajar ambil darah patient, buat ECG, belajar history taking dan physical examination.
Tapi kalau takde rezeki hari tu, kami hanya boleh menyamar sebagai mesin ECG, alat penimbang berat, pasu bunga ataupun wheel chair yang tak akan di ambil peduli oleh doctors, staff nurses mahupun sisters kat situ. Haha, sedih gile~
ECG machine
Awalnya kami request kat Dr Suhailan (doktor besar kat ED) untuk tag dengan mana-mana doktor tapi dia menolak.
"Saya tak akan tag kamu dengan mana-mana doktor. Just introduce yourself and learn from any doctor here. Even you can learn something from the senior student from UPM. Ask them. Gunakan peluang yang ada.."
Aku tak rasa jawapan dia adalah alasan untuk mengelak kami yang menyibuk ni. Tapi memang ini adalah caranya. Bertanyalah dengan sesiapa pun yang sudi menolong. Kami tak akan di guide sepenuhnya di sini.
Remember the old saying:
“Give a man a fish; and you have fed him for a day. Give a man the tools to fish and you have fed him for a lifetime”
Belajar dari buku sepenuhnya selama 3 tahun macam kurang membantu, mungkin kerana hafalan aku yang lemah.
Tapi bila kita boleh lihat aplikasinya secara klinikal, ia sangat-sangat berbeza dan sebenarnya ini adalah cara terbaik untuk mengingat. Hafalan yang disertakan dengan pemerhatian secara langsung di hospital.
Buat muka tebal dan bertanya adalah 'fishing rod' kita kan..
Sampai sini dulu. Pengalaman lain akan dicatatkan pada post akan datang. Salam ramadhan dan wassalam.
Peace!
Tulisan hanyalah pandangan penulis. Sebarang ketidakpuas hatiandan aduan bolehlah menghantar surat layang ke email penulis.